Saturday, 21 November 2015

Antara 10 Point Penting Yang Dipelajari Dalam ‪#‎Super2015‬.


Amir tidak berksempatan nak join seminar #super2015 ini kerana sibuk dengan proses pemindahan rumah yang sudah berlangsung sejak 2 minggu lepas. Walaupun ini proses pemindahan kami yang ke 4 (dalam masa 6 tahun), tetapi persiapannya tetap mencabar kerana terasa makin lama makin banyak pulak barang yang ada di rumah ni. Hehe

Pagi ini, Amir nak kongsikan beberapa tips yang diambil dari peserta yang hadir ke seminar #super2015 berkaitan dengan pengurusan kewangan:-


#1 Always honour parent first- Asingkan awal2 peruntukan untuk mak ayah setiap bulan. Jangan anggap sebagai bebanan tapi anggap sebagai amal jariah dan sedekah yang paling utama. InsyaAllah rezeki tidak akan putus dan selalu rasa mencukupi.

#2 Provide 3-6 months emergency fund- Kena simpan at least 3-6 bulan duit simpanan kecemasan (min-3 bulan gaji / maks- 6-12 bulan) sebelum start fikir untuk pelaburan dsb. Duit ni x boleh diusik walau apa keadaan sekali pun, hanya untuk kegunaan kecemasan spt. ketika dibuang kerja dsb.

#3 Saving AT LEAST 10% per month- at least kena simpan 10% dari jumlah pendapatan bersih yang diterima. Lagi bagus simpan dalam bentuk "Forgotten Saving" spt emas. Kalau nak simpan dalam cash, simpan dalam tabung haji etc (yang susah nak keluar & xde kad ATM)

#4 Hutang ibarat pisau- Hutang jika diuruskan dengan baik (pinjaman produktif) akan beri manfaat kepada penghutang (ie hutang untuk membeli rumah dsb). Hutang yang tidak diuruskan dengan baik akan menjadi sebab porak poranda kehidupan (ie hutang dengan along).

#5 Nisbah hutang: Perbelanjaan- Debt to income (DTI) ratio kena less than 0.40 which means jumlah hutang yang perlu dibayar setiap bulan mesti kurang 40% dari gaji kasar. Perlu tambah side income @ kurang perbelanjaan untuk capai target ni.

#6 Konsep "Snow-Ball'- Boleh guna konsep ni jika terlalu banyak hutang yang perlu dilangsaikan. Secara ringkasnya, listkan semua hutang dari yg paling sedikit ke yang paling besar. Settlekan hutang yang paling sedikit dahulu supaya dapat motivasi lebih untuk langsaikan hutang2 yang lebih besar. Cari duit extra untuk bayar hutang dengan cara yang sama di #5.

#7 Double C's- Credit card and Car loan are the leading causes of bankruptcy among youth. Cuba sedaya upaya untuk tidak terjebak dalam 2 masalah ni. Jangan apply kredit kad kalau rasa pekerjaan sekarang tidak memerlukan penggunaan kad kredit. Cash is king. Jika betul nak beli kereta, konsep di #8 amat digalakkan untk diamalkan...

#8 Konsep 20:40:4 untuk car loan- 20% untuk downpayment (approximately 20% of car value depreciate the moment the car out of the showroom), 40%- monthly installment must be below than 40% of monthly gross salary, loan period must be 4 years and below. Kalau boleh amalkan konsep ni baru dikira mampu untuk memiliki kereta.

#9 "Delay Gratification"- Kemampuan untuk menahan diri dari mendapatkan keuntungan yg sedikit untuk keuntungan lebih besar in future. Hanya org hebat2 boleh amalkan konsep ni. Bersusah2 dahulu. After all, it depens on individual's financial target (ie nak bersara dari makan gaji by the age of 35, 45 etc)

#10 Konsep 'anak'- Bagi yang nak/sudah berumahtangga kena ubah mindset bukan anak2 menumpang rezeki mak ayah, tp ibu ayah yg menumpang rezeki anak2. Setiap anak ada rezeki yg tersendiri. Orang dulu2 ramai anak2 tapi rezeki x putus2. Sentiasa bersangka baik dengan Allah untuk ubah mindset ni.

p/s- Jangan lupa zakat pendapatan (bukan zakat fitrah yang setahun skali tu).

Semoga tips ini memberi manfaat kepada kita semua :)

No comments: