Monday, 11 January 2016

Mengapa Penyelewengan Berlaku

Mesti ada diantara kita yang tertanya2 kenapa masih ramai lagi orang boleh terjebak dalam Skim Cepat Kaya ini walaupun sudah banyak kali dipesan oleh kerajaan melalui media massa dan laporan2 di dada akhbar. Yang ajaibnya, skim2 ini seperti hilang tumbuh patah berganti pula selepas satu2 SCK ini tutup.

Dari sudut kajian yang dibuat, ada beberapa sebab kenapa penyelewengan ini berlaku :-

Keadaan Ekonomi
1. Negara yang sedang melalui zaman kemakmuran
Dimana ada banyak wang, disitu ada banyak penipuan yang berlaku. Apabila ekonomi sesebuah negara tengah naik, dan pendapatan serta simpanan rakyat meningkat. Disitu lah timbulnya SCK ini bagi menarik lagi orang untuk melabur.

2. Kredit boleh digunakan
Salah satu sebab lagi adalah orang boleh meminjam wang untuk melabur didalam pelaburan. Strategi ini kerap kali digunakan dengan menarik minat pelabur dengan menjanakan wang atas angin (guna duit bank). Hakikatnya, ramai yang terduduk apabila pelaburan itu lenyap tanpa khabar.

3. Teknologi
Dengan adanya teknologi ini, SCK ini menjadi lagi mudah kerana semua transaksi menggunakan online dan juga semua info "benar" hanya perlu dipaparkan di dalam laman web mereka sahaja. Lagi mudah duit keluar dan masuk apabila teknologi ini makin berkembang. Tauke SCK ini boleh menghilangkan jejak mereka dengan mudah juga kerana mereka tidak berdepan "face to face" dengan pelabur2 mereka. Semua hanya atas talian.

Keadaan Peribadi
Mari kita lihat pula apa ciri2 yang membuatkan orang mudah sangat hendak melabur ke dalam skim2 sebegini

1. Kesediaan Wang
Syarat yang paling utama adalah memiliki wang. Jika seseorang itu ada wang, mudah mereka untuk melabur apabila termakan janji manis.

2. Sifat Tamak
Kebanyakan orang melabur dengan tujuan untuk mendapatkan keuntungan atau wang lebih. Tetapi apabila pelaburan yang mereka sudah masuk itu membuahkan hasil, akan timbul 1 perasaan tamak untuk melabur lebih lagi + menarik lagi orang lain untuk melabur juga supaya komisen mereka menjadi lebih besar lagi. Itu lah yang terjadi pada kesemua orang yang terjebak dengan SCK kaya termasuk la golongan elite seperti doktor, peguam, hakim, guru dan lain2 apabila SCK Pak Man Telo mula naik pada tahun 80an hingga 90an, Swisscash, Unifun, Highway Resources dan yang seumpama dengannya.

3. Kurang Pengetahuan tentang Pelaburan
Apabila kita tiada ilmu atau kurang ilmu pengetahuan tentang pelaburan, ia memudahkan SCK kaya memerangkap orang2 ini untuk melabur. Dengan hanya menabur janji manis serta merasai sedikit komisen/dividen yang dilaburkan itu membuatkan kita yakin bahawa pelaburan ini "sah" dan "halal". Hakikatnya, anda sendiri tahu apabila sudah terkena dengan skim2 seperti ini.



No comments: