Thursday, 20 September 2018

Mengapa Skim Cepat Kaya Boleh Berlaku?

Mengapa Skim Cepat Kaya Boleh Berlaku?
Mengapa Skim Cepat Kaya Boleh Berlaku?
Mesti ada diantara kita yang tertanya2 kenapa masih ramai lagi orang boleh terjebak dalam Skim Cepat Kaya (SCK) ini walaupun sudah banyak kali dipesan oleh kerajaan melalui media massa dan laporan2 di dada akhbar.

Yang ajaibnya, skim2 ini seperti hilang tumbuh patah berganti pula selepas satu2 SCK ini tutup.

Dari sudut kajian yang dibuat, ada beberapa sebab kenapa Skim Cepat Kaya Boleh Berlaku :-

Keadaan Ekonomi

Mengapa Skim Cepat Kaya Boleh Berlaku?

1. Negara yang sedang melalui zaman kemakmuran

Dimana ada banyak wang, disitu ada banyak penipuan yang berlaku. Apabila ekonomi sesebuah negara tengah naik, dan pendapatan serta simpanan rakyat meningkat. Disitu lah timbulnya SCK ini bagi menarik lagi orang untuk melabur.


2. Kredit boleh digunakan

Takde duit? Boleh buat pinjaman

Salah satu sebab lagi adalah orang boleh meminjam wang untuk melabur didalam pelaburan. Strategi ini kerap kali digunakan dengan menarik minat pelabur dengan menjanakan wang atas angin (guna duit bank). Hakikatnya, ramai yang terduduk apabila pelaburan itu lenyap tanpa khabar.


3. Teknologi

Teknologi juga memudahkan SCK kaya ni merebak

Dengan adanya teknologi ini, SCK ini menjadi lagi mudah kerana semua transaksi menggunakan online dan juga semua info "benar" hanya perlu dipaparkan di dalam laman web mereka sahaja. Lagi mudah duit keluar dan masuk apabila teknologi ini makin berkembang. Tauke SCK ini boleh menghilangkan jejak mereka dengan mudah juga kerana mereka tidak berdepan "face to face" dengan pelabur2 mereka. Semua hanya atas talian.


Keadaan Peribadi

Mengapa Skim Cepat Kaya Boleh Berlaku?

Mari kita lihat pula apa ciri2 yang membuatkan orang mudah sangat hendak melabur ke dalam skim2 sebegini

1. Kesediaan Wang

Syarat yang paling utama adalah memiliki wang. Jika seseorang itu ada wang, mudah mereka untuk melabur apabila termakan janji manis.

2. Sifat Tamak

Kebanyakan orang melabur dengan tujuan untuk mendapatkan keuntungan atau wang lebih. Tetapi apabila pelaburan yang mereka sudah masuk itu membuahkan hasil, akan timbul 1 perasaan tamak untuk melabur lebih lagi + menarik lagi orang lain untuk melabur juga supaya komisen mereka menjadi lebih besar lagi. Itu lah yang terjadi pada kesemua orang yang terjebak dengan SCK kaya termasuk la golongan elite seperti doktor, peguam, hakim, guru dan lain2 apabila SCK Pak Man Telo mula naik pada tahun 80an hingga 90an, Swisscash, Unifun, Highway Resources dan yang seumpama dengannya.

3. Kurang Pengetahuan tentang Pelaburan

Apabila kita tiada ilmu atau kurang ilmu pengetahuan tentang pelaburan, ia memudahkan SCK kaya memerangkap orang2 ini untuk melabur. Dengan hanya menabur janji manis serta merasai sedikit komisen/dividen yang dilaburkan itu membuatkan kita yakin bahawa pelaburan ini "sah" dan "halal". Hakikatnya, anda sendiri tahu apabila sudah terkena dengan skim2 seperti ini.



Continue Reading

Hutang

Ayat paling panjang dalam Al-Quran
Ayat yang terpanjang dalam Al-Quran, terkandung di dalam surah terpanjang juga iaitu surah Al-Baqarah. Ayat ini berkaitan dengan hutang.

Hutang-piutang merupakan keperluan hidup manusia kerana tidak semua orang mempunyai kemampuan memenuhi keperluan hidupnya.

Oleh sebab itu, Islam mengambil berat akan hal ini dan mengaturkan agar akad yang berlaku dapat dipantau dari segi syariah. Islam mengatur kehidupan manusia termasuk dalam hal hutang-piutang, dan ekonomi secara amnya.

Ada beberapa istilah yang digunapakai berkaitan hutang di dalam Al-Quran. Ada dalam surah Al-Hadid, ayat 11, Allah berfirman: "Siapakah yang mahu meminjamkan kepada Allah pinjaman yang baik, maka Allah akan melipat-gandakan (balasan) pinjaman itu untuknya, dan dia akan memperoleh pahala yang banyak."

Hutangan (Pinjaman) yang baik dalam ayat ini bermaksud hutang daripada harta yang halal, hutang yang tidak membebankan orang yang berhutang, tiada unsur riba dan hutang yang tidak merugikan pemiutang.

Allah akan melipatgandakan ganjaran yang banyak kepada orang itu. Dalam erti kata lain - orang2 yang membelanjakan harta pada jalan Allah, baik dalam bentuk infak, memberi kepada pusat-pusat kebajikan, membantu orang yang memerlukan, memberi untuk jihad fi sabilillah, semuanya itu merupakan bahagian daripada hutangan yang baik kepada Allah.

Peringatan buat diri Amir sendiri, tak kira lah hutang dengan bank atau dengan orang terdekat. Ia tetap kena bayar walaupun 1 sen pun. Usahakan untuk membayarnya dengan minta pertolongan dari Allah.

Wallahualam đŸ˜‰
Continue Reading

Wednesday, 19 September 2018

Semakin Ramai Orang Muda Muflis

Semakin Ramai Orang Muda Muflis
Semakin Ramai Orang Muda Muflis

22,581 kes muflis direkodkan membabitkan individu berumur 25 hingga 34 tahun dari 2016 sehingga September 2016.

Semakin Ramai Orang Muda Muflis
Semakin Ramai Orang Muda Muflis

Antara kes tertinggi adalah kegagalan melunaskan pinjaman sewa beli kenderaan sebanyak 26,801 kes, diikuti pinjaman peribadi (22,153 kes) dan pinjaman perumahan (18,819 kes)

Dan kes ini semakin meningkat saban tahun. jom kita tanya diri kita, dimanakah tahap kesihatan kewangan kita sekarang?

Sumber dari Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) pada tahun 2016
Continue Reading

Monday, 17 September 2018

Persamaan Telur & Simpanan/Pelaburan

Persamaan Telur & Simpanan/Pelaburan
Persamaan Telur & Simpanan/Pelaburan

Siapa pernah beli telur kat pasar atau supermarket Biasakan lihat telur dibungkus dalam "sarang". Tapi kenapa agaknya pengeluar telur membungkus telur sedemikian rupa?

Ini kerana sifat telur yang mudah pecah perlu diletakkan dalam compartment masing2 supaya ia tak bergeser dan mengurangkan risiko telur itu pecah.

Sama juga dengan kewangan. Simpanan wang haruslah dipelbagaikan untuk mengurangkan risiko kerugian.

Persamaan Telur & Simpanan/Pelaburan
Don't put all eggs in one basket

Pelbagaikanlah simpanan wang ke dalam Emas, Perak, Unit Amanah, Hartanah, ASB, Tabung Haji, dan lain medium pelaburan. Ini adalah satu strategi yang baik bagi mengurangkan risiko kerugian dan mendedahkan wang kita kepada pelbagai aset/instrument pelaburan.

Bayangkan jika kita meletakkan wang kita sepenuhnya ke dalam satu tempat sahaja, jika rugi tempat yang kita laburkan itu maka kita akan rugi sepenuhnya.

Namun, jika kita pelbagaikan simpanan wang kita ke dalam banyak tempat pasti kita dapat mengurangkan risiko kerugian disebabkan satu tempat yang rugi akan dilindungi oleh keuntungan yang dijana dari tempat yang lain.

Sebab tu, orang omputih kata "Don't put all eggs in one basket"
Continue Reading

Saturday, 15 September 2018

Tabung Haji

Fakta Menarik Mengenai Tabung Haji

Zaman atuk nenek kita dulu, kalau depa nak ke Mekah. Biasanya mereka akan simpan duit sikit2 dalam almari kayu. Ada juga yang simpan bawah tilam. Ada juga yang Amir dengar, depa simpan dalam tempayan. Biasanya mereka tak simpan duit, depa prefer simpan barang kemas sebab tak mudah rosak.

Ada juga yang jual sawah bendang atau ladang untuk pergi Haji. Kiranya, waktu tu pandai2 la nak simpan sendiri. Kalau sapa yang tak simpan, nampak gaya sampai meninggal tak dapat nak menunaikan Haji.

Tabung Haji
Info Tabung Haji

Alhamdulillah, kertas kerja yang dibuat oleh Profesor Di Raja Ungku Aziz bertajuk "Rancangan Membaiki Ekonomi Bakal-bakal Haji" pada tahun 1959 menampakkan sinar harapan pada umat Islam untuk menunaikan Haji.

4 tahun selepas kertas kerja dibuat. Tabung Haji pun ditubuhkan pada 30 September 1963 (sebagai Lembaga Urusan dan Tabung Haji). Namanya kemudian diubah kepada Tabung Haji pada 28 Ogos 1997.

Keyakinan orang ramai terhadap Tabung Haji menjadikan ia sebuah institusi kewangan yang terbukti berkesan menguruskan perbelanjaan pergi dan balik dari Makkah.

Tabung Haji
Statistik & Hibah dari Tabung Haji

Statistik tahun 2017, menunjukkan pendeposit TH berjumlah 9.3 juta orang dengan nilai RM70,780,000,000 (Lebih 70 Billion). Banyak giler duit yang diuruskan oleh TH ni sebenarnya.

Antara kelebihan menyimpan di TH ni ialah :-
1. Simpanan di TH adalah dijamin 100% oleh kerajaan
2. Simpanan di TH adalah dikecualikan daripada bayaran cukai
3. Simpanan di TH telah dibayar zakat 2.5%
4. Tiada had Simpanan di TH
5. Simpanan di TH adalah berlandaskan syariah Islam

Di TH, tiada had simpanan tunai (kalau nak letak 1 juta sekali pun boleh) dan had maksimum pengeluaran tunai adalah RM10,000 sahaja. Pengeluaran lebih daripada RM10,000 hanya boleh dibuat di Ibu Pejabat TH dan TH Cawangan melalui cek / pindahan telegraf.

Tak lupa juga, TH ada maklumkan pada orang ramai tentang akaun pendeposit yang tidak mempunyai sebarang transaksi melebihi 7 tahun akan diklasifikasikan sebagai Akaun Tidak Aktif dan ia adalah selaras dengan Peraturan-Peraturan dan Akta Tabung Haji 1995.

Akaun Tidak Aktif tidak akan menerima agihan Hibah Tahunan atau Hibah Haji mulai tahun 2018.

Amir baru tau, rupanya masih ada yang tak tahu bahawasanya kalau nak register Haji, mereka perlu buat pendaftaran terlebih dahulu dengan deposit RM1,300. Kemudian boleh tambah bila-bila masa sampai cukup nak pergi Haji.

Sebab ada yang assume, bila dah buka akaun TH. Ingat dah setel untuk nama naik pergi Haji. Banyak kes yer even ada yang dah umur 40-50an pun tak tahu pasal benda ni.

Syarat nak buka akaun TH mudah sahaja.
1. Individu yang beragama Islam dan waras.
2. Warganegara Malaysia.
3. Bawa IC atau surat beranak untuk anak yang bawah 18 tahun.

Untuk info lanjut, boleh layari laman web TH www.tabunghaji.gov.my.
Continue Reading

Thursday, 13 September 2018

Belajar Berjalan Sebelum Berlari

We must learn to walk before we can run

Amir faham mengapa ramai orang begitu beria2 untuk membuat pelaburan. Pelaburan adalah seksi dan amat menggiurkan!

Sapa yang tak nak melabur dan mengaut keuntungan? On top of making profits, kita juga akan rasa begitu bijak sekali! Yes!!

Hakikatnya, belajar tentang saving money, takaful dan dana rizab adalah boring (kepada ramai orang).

Sebab tu ramai teruja bila nak g kelas yang boleh jana duit dengan cepat sekali. Kalau boleh dapat pulangan sehingga 10% setiap minggu. Ehemm..paham kan maksud ni? 😝

Realitinya, kita perlu mempelajari dan malah perlu master 4 subjek (rujuk dlm gmbr) kerana mereka adalah kritikal dalam kewangan dan sudah tentu untuk membina kekayaan.

4 ilmu yang perlu kita mahir sebelum melabur
Tanpa ilmu2 ini, wang kita masuk perlahan macam siput tetapi keluar bak bab* mengejar mangsa đŸ€Ł

Jika situasi ini berterusan, akibatnya amat buruk sekali – usia kita akan bertambah tetapi keadaan kewangan kita tetap dalam kesempitan.

Jadi jum sama2 kita belajar untuk menyimpan wang, memilih takaful, membina dana rizab dan menguruskan hutang dulu sebelum mempelajari ilmu pelaburan. Dalam kata lain, belajar berjalan dulu sebelum berlari.
Continue Reading

Skim Pelaburan Ahli

Apa yang perlu anda lakukan sebagai seorang pelabur di Unit Amanah:-

3 Perkara Asas Pelabur Unit Amanah

3 Perkara Asas

🔾️Anda peka dengan setiap transaksi pelaburan anda

🔾️Melakukan pelaburan secara berskala setiap 3 bulan melalui epf atau setiap bulan melalui teknik DDA (Direct Debit Authorisation)

🔾️Anda dengan guide consultant, melakukan review portfolio setiap tahun untuk melihat fund performance & balancing funds

Jika Menghadapi Situasi Apabila Tidak Tahu Mengenai Pelaburan Yang Dibuat

Jika Menghadapi Situasi Di Bawah

🔾️ Tidak mengetahui status akaun investment anda,
- Boleh call syarikat berkaitan atau pergi ke cawangan-cawangan berhampiran,

🔾️ Consultant Terminated/Diberhentikan syarikat,
- Procedurenya syarikat akan menghantar surat kepada anda untuk memberitahu mengenai perkara tersebut dan anda akan diberikan consultant lain,

Happy Investing.
Consultant & Investor
Amir Marzhuki
012-2372641
Continue Reading

Monday, 10 September 2018

Fakta Penjagaan Sebuah Nissan GTR

Hari ini, Amir just nak share bersama pembaca yang plan nak beli kereta, anda bukan tengok pada monthly komitmen + minyak + parking + tol sahaja yer.

Tips Beli Kereta
Tips Beli Kereta
Ada kos lain yang perlu dilihat (tersembunyi) seperti :-
  1. Roadtax
  2. Insurans
  3. Maintenance kete
  4. Cuci/polish kete
  5. Tukar tayar
Tips Beli Kereta
Kos Memiliki Kereta
Jadi, ada yang cadangkan kalau nak beli kereta, kita perlu lihat harga kereta dengan buat kiraan 12 bulan gaji (harga kereta). Kalau gaji RM3,000, dicadangkan pakai kereta dengan harga RM36,000.

Tapi kalau nak pakai civic pun boleh. Cuma kena beringat kos2 yang lain macam amir listkan kat atas. Hutang kereta membuatkan kita tak dapat menyimpan setiap bulan.

Kalau ada hati nak pakai GTR plak? Berapa gaji min sebulan?
Kalau harga GTR dalam 300k, bahagikan dengan 12 bulan. Anggaran gaji sekitar 25k sebulan gitu.

Kalau wat kira2, anggaran kasar perbelanjaan untuk kereta idaman ini sekitar 70-80k setahun (monthly + kos lain2).

Ini hanya pendapat Amir sahaja. Lain orang, lain citarasa.

Amir sendiri dah merasa pakai kereta bernilai RM180,000 masa beli, lepas 4 tahun (value kereta tak sampai 100k 😂). Turun RM80,000 dalam 4 tahun.

----------------------------------------------------------

Dibawah adalah perkongsian dari pakar servis kereta nissan GTR, En Mohammad Yazid mengenai kos yang perlu diambil kira kalau nak memiliki kreta idaman ini

Fakta Penjagaan Sebuah Nissan GTR


Kereta Nissan GT
Menjelang hari-hari terakhir aku berkhidmat di syarikat ini. Jadi aku ingin kongsikan pengalaman aku tentang penjagaan sebuah GTR. Apa yang aku kongsikan ini adalah berdasarkan pengalaman aku dan pasukan mekanik aku disini.

Kita mulakan dengan servis biasa sahaja dulu diikuti dengan "common wear & tear parts"

- SERVIS -

• Engine Oil Service Package
Engine Oil digunakan sebanyak 5.5liter. Jika menggunakan aftermarket big oil pan, lebih banyak minyak diperlukan.
Kos dalam lingkungan RM950(Motul 300V) berserta upah.

• Transmission Service Package
Transmission Fluid digunakan sebanyak 11 liter. Sama seperti konsep Engine Oil tadi, jika aftermarket big oil pan digunakan, lebih banyak minyak diperlukan. Pakej merangkumi "Front Diff Oil" dan "Rear Diff Oil"
Kos dalam lingkungan RM2600 berserta upah.

- COMMON WEAR & TEAR PARTS -

• Spark Plug
VR38 merupakan sebuah enjin 6 Silinder V6, so 6 biji spark plug diperlukan. Spark Plug original ada 2 jenis, NGK dan Denso. Harga lebih kurang.
Kos dalam lingkungan RM1,320 berserta upah.

• Front Brake Pad
Bab ni, Caliper pun Brembo. So faham-faham lah. Tapi untuk GTR ada banyak pilihan, nak tang murah ada, yang mahal pun ada.
Kos dalam lingkungan RM2,850(original), RM2,400(Endless)

• Rear Brake Pad
Pun sama seperti Front Brake Pad. Banyak pilihan.
RM2,640(original), RM1,700(Endless)

• Front Brake Rotor & Rear Brake Rotor
Dari pengalaman aku, ada 3 brand je yang aku percaya. Original(Brembo), Endless, dan AP Racing.
Kos adalah dalam lingkungan RM12,000 ke RM18,000

• ABS Pump
Boleh dikatakan kerap memberikan masalah juga, harganya boleh tahan.
Kos adalah dalam lingkungan RM10,000 dengan upah.

*Aku tak suka berkompromi tentang brek, lagipun major knowledge aku adalah perihal Sistem Brek. Jadi aku tak rekemen pakai low quality brake pad.

• Tayar
Universal, ini ikut kemampuan dan minat anda terhadap jenama dan jenis tayar tersebut. Jangan pakai tayar toreh sudahlah.
Kos dalam lingkungan RM10,000

• TPMS
Tire Pressure Monitoring System. Sensor ni ada dalam tayar. Selalu sangat rosak. Nak tukar ni kena keluarkan tayar dari rim ye Tuan-Tuan. Kalau anda pakai tayar RFT lagi tinggi kedai caj anda.
Kos dalam lingkungan RM800 sebiji dengan upah. Berdoalah jangan sampai 4 biji sekali rosak.

• Flywheel Housing
Dipanggil juga sebagai Bell Housing. Jika benda ni rosak, anda akan dengar "rattling sound" dari bawah kenderaan anda.
Kos adalah dalam lingkungan RM11,000 siap pasang.

• Height Level Sensor
Sensor ni terletak di belakang kiri sistem suspensi kenderaan. Selalu juga patah.
Kos adalah dalam lingkungan RM3,850 dengan upah.

• Suspension Set
Jika kenderaan anda berusia lebih dari 5 tahun, bersedia dengan masalah "leak absorber". Sistem suspensi kenderaan ini dilengkapi dengan sistem "damptronic" dimana anda boleh melaras kekerasan suspensi tersebut. Aku rekemen dua jenis set utk kenderaan ini, Original atau Litchfield Street.
Kos adalah dalam lingkungan RM31,000(Original), dan RM27,000(Litchfield)

• Coolant Expansion Tank
Tangki air ni jahat. Selalu bocor. Kalau anda lihat "coolant level" dalam tangki ni makin berkurang, cuba lah periksa keadaan tangki ini dahulu ye.
Kos adalah dalam lingkungan RM1,290 berserta upah.

• Valve/Rocker Cover Gasket
Bukan enjin V6 sahaja ada masalah ni, malah kebanyakan enjin.
Kos adalah dalam lingkungan RM1,500 berserta upah.

• Transmission Unit
Terlalu banyak untuk diceritakan dan ditulis disini. GR6 ni sebenarnya bermacam ragam. Tapi yang common adalah clutch wear. Jadi aku tak bagi kos satu persatu, anggaran kos keseluruhan rebuild balik gearbox unit ni adalah lingkungan RM45,000 atau lebih.

Cukuplah sampai disini saja aku kongsikan maklumat tentang GTR ni. Jika ingin mengetahui maklumat lebih lanjut boleh lah "PM" aku sendiri atau datang terus berjumpa saya. Aku akan share apa saja yang anda nak tahu tentang GTR.

Disini juga aku tak sentuh langsung tentang modifikasi ye. Untuk bab itu, ada lebih baik cerita di kedai kopi.

Continue Reading

Bagaimana Memilih Unit Amanah Yang Sesuai Untuk Pelaburan?

Bagaimana Memilih Unit Amanah Yang Sesuai Untuk Pelaburan?
Bagaimana Memilih Unit Amanah Yang Sesuai Untuk Pelaburan?

Kebiasannya, pemilihan unit amanah akan dibuat oleh agen unit amanah sebab pelabur biasanya tidak mahir Quarterly Report. Cuma Amir nak share ilmu Bagaimana Memilih Unit Amanah Yang Sesuai Untuk Pelaburan?

At least kita tahu dana/Unit Amanah mana yang kita nak laburkan. Tahu yang basic pun dah cukup bagi Amir. Selebihnya, minta agen inform kita kalau ada latest update mengenai pelaburan kita tersebut.

Ini bertujuan supaya kita risiko bila melabur dalam Unit Amanah ini. Buat pengetahuan semua, sebenarnya terdapat beratus- ratus dana yang ditawarkan tetapi mana satu yang sesuai dengan anda?

Bagi membantu anda memperoleh manfaat sepenuhnya daripada pelaburan unit saham amanah, di bawah ini disenaraikan antara soalan cadangan yang anda patut tanya kepada ejen anda sebelum membuat keputusan pelaburan.

Bagaimana Memilih Unit Amanah Yang Sesuai Untuk Pelaburan?
11 Soalan yang perlu anda ambil tahu dari agen unit amanah

1. Adakah dana unit amanah ini berdaftar dengan Suruhanjaya Sekuriti?

Semua produk unit amanah mesti didaftarkan dengan Suruhanjaya Sekuriti (SC). Untuk memastikan produk pelaburan itu didaftarkan dengan SC, hubungi 03-6204 8000 dan minta untuk disambungkan kepada Jabatan Tabung Amanah dan Pengurusan Pelaburan atau layari laman web SC di www.sc.com.my.


2. Berapa lama syarikat unit amanah tersebut beroperasi?
Apakah rekod atau prestasi syarikat itu dalam memberikan pulangan yang dijanjikan? Pelabur perlu memeriksa latar belakang sesuatu syarikat unit amanah, termasuk syarikat yang akan menguruskan dana terbabit. Cari maklumat mengenai rekod prestasi dan pengalaman mereka.


3. Adakah dana itu bersesuaian dengan matlamat pelaburan dan profil risiko anda?
Penting bagi anda memahami dana yang ditawarkan dan memilih dana yang benar-benar bersesuaian dengan matlamat pelaburan dan kesanggupan anda menghadapi risiko. Misalnya, jika anda mahu pendapat yang konsisten, anda perlu melabur dalam dana yang menyediakan pulangan dividen konsisten.


4. Apa yang berlaku kepada wang yang saya laburkan dalam dana berkenaan?
Di manakah wang itu akan dilaburkan? Pelabur perlu mengetahui dalam produk pelaburan yang manakah dana itu akan melabur, kerana ini mempunyai implikasi langsung ke atas tahap toleransi risiko pelabur. Jika dana itu melabur dalam produk pelaburan berisiko tinggi, dana unit amanah itu sendiri akan menjadi pelaburan berisiko tinggi.


5. Bagaimana hendak mengetahui bahawa dana yang saya laburkan itu berkeadaan baik? Bagaimana hendak membandingkannya dengan dana yang lain?
Anda juga boleh membandingkan dana anda dengan dana lain yang mempunyai kriteria yang sama. Contohnya, jika anda melabur dalam dana bon, bandingkan prestasinya dengan dana bon yang lain.

6. Bagaimana saya boleh membuat keuntungan (modal dan dividen) daripada dana ini?
Jika anda melabur dalam unit amanah, pulangan anda mungkin dalam bentuk keuntungan modal atau dividen. Pastikan ejen anda memberikan penerangan mengenai perkara ini dan baca prospektus.

7. Adakah saya perlu membayar sebarang bayaran atau caj?
Setiap pelaburan mempunyai kos dan melabur dalam dana unit amanah tidak terkecuali. Ejen anda mesti menjelaskan semua ini kepada anda.


8. Jika saya mengubah fikiran selepas melabur dalam sesuatu dana, bolehkah saya menjualkannya semula kepada syarikat itu dan mendapat bayaran balik sepenuhnya?
Pelabur unit amanah berhak mendapat bayaran balik sepenuhnya jika dia memutuskan untuk tidak meneruskan pelaburan dalam dana terbabit dalam masa “tempoh bertenang”.


9. Jika saya mahukan wang semula dengan segera, mudahkah saya menjualkan dana itu? Berapa lama saya mesti menunggu sebelum saya boleh mendapatkan wang saya semula?
Unit amanah ialah pelaburan yang mudah dijual beli. Anda boleh berjumpa dengan ejen dan menyerahkan notis penebusan untuk menebus kembali unit anda dan mendapatkan wang anda.


10. Adakah saya akan mendapat apa-apa penyata berkaitan status pelaburansaya daripada syarikat pengurusan?
Proses pemantauan anda akan menjadi lebih mudah jika anda menerima penyata daripada syarikat pengurusan berkaitan status pelaburan anda.


11. Di mana saya boleh mendapatkan lebih banyak maklumat mengenai dana tersebut?
Kebanyakan maklumat mengenai sesuatu dana unit amanah terdapat dalam prospektus dan laporan tahunannya.

Artikel diatas Amir ambil dari link MajalahLabur. Semoga, pembaca yang sudah melabur atau nak melabur dalam Unit Amanah ini ada sedikit ilmu dalam pelaburan. Insyaallah, ilmu ini membantu kita membuat keputusan sendiri berdasarkan input dari agen.

Bagaimana Memilih Unit Amanah Yang Sesuai Untuk Pelaburan?



Continue Reading

Tabung KWSP


Tabung KWSP
Tabung KWSP

KWSP merupakan sebuah institusi keselamatan sosial yang ditubuhkan di bawah Undang-Undang Malaysia, Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1991 (Akta 452).

Ia menyediakan faedah persaraan kepada ahlinya melalui pengurusan simpanan mereka secara cekap dan boleh dipercayai. Keanggotaan wajib kepada pekerja sektor swasta dan pekerja tidak berpencen sektor awam.

Sehingga Jun 2011, KWSP mempunyai seramai 12.9 juta ahli. Bilangan ahli aktif dan masih mencarum adalah seramai 6.11 juta. Bilangan majikan aktif pula adalah seramai 481,886.

Tabung KWSP
Kadar Caruman Semasa

Kadar caruman semasa adalah 23% daripada gaji pekerja dimana 11% adalah caruman pekerja yang dipotong daripada gaji bulanan pekerja manakala 12% adalah caruman oleh majikan .

Caruman bulanan anggota dilaburkan melalui beberapa instrumen kewangan yang diluluskan untuk menghasilkan pendapatan. Ini termasuklah Sekuriti Kerajaan Malaysia, Instrumen Pasaran Wang, Bon & Pinjaman, Ekuiti dan Hartanah.

Tabung KWSP
Size Dana KWSP

Saiz dana KWSP setakat 30 Jun 2010 adalah sebanyak RM407 bilion

Sejak 1 Januari 2007, simpanan anggota KWSP dibahagi dalam dua akaun. Akaun pertama, digelar "Akaun I", menyimpan 70% daripada caruman anggota, manakala akaun kedua, digelar "Akaun II", menyimpan baki selebihnya (30%).

Pengeluaran Akaun 1 terhad kepada pengeluaran mencapai 55 tahun, kehilangan upaya, meninggalkan negara, meninggal dunia dan juga pelaburan skim ahli.

Tabung KWSP
Pengeluaran Simpanan KWSP Akaun 1

Akaun 2 pula membenarkan pengeluaran untuk bayaran pendahuluan atau penyelesaian pinjaman rumah pertama, tujuan pendidikan, belanja perubatan, Haji dan apabila mencapai 50 tahun.

Pengeluaran Simpanan KWSP Akaun 2
Sumber dari Website KWSP & Wikipedia
Continue Reading

Kelayakan Skim Pelaburan Ahli KWSP

Kelayakan Skim Pelaburan Ahli KWSP

Kelayakan Skim Pelaburan Ahli 

Mulai 1 Januari 2017, kuantum baharu Simpanan Asas Skim Pelaburan Ahli (SPA) telah dilaksanakan. Kuantum baharu ini menetapkan RM228,000 sebagai amaun minimum ahli perlu ada dalam Akaun KWSP apabila mencapai umur 55 tahun.


Definisi Simpanan Asas

Simpanan Asas ialah satu jumlah simpanan dalam Akaun 1 yang ditetapkan mengikut umur bagi membolehkan ahli memperoleh simpanan sekurang-kurangnya RM228,000 pada umur 55 tahun.  Ahli boleh melaburkan simpanan dalam Akaun 1 yang melebihi Simpanan Asas dalam produk dan menerusi Institusi Pengurusan Dana (IPD) yang dilantik.


Rasional

Rasional pelaksanaan Simpanan Asas adalah supaya ahli memperolehi jumlah minimum sebanyak RM950.00 sebulan bagi membiayai keperluan asas persaraan apabila bersara kelak, selama 20 tahun bermula daripada umur 55 tahun hingga 75 tahun, iaitu selaras dengan jangka hayat penduduk Malaysia. 


Syarat-syarat yang Ditetapkan

Mulai 1 Januari 2017, ahli boleh melaburkan simpanan di bawah SPA tidak melebihi 30% daripada jumlah simpanan yang melebihi Simpanan Asas dalam Akaun 1.

Pelaburan ini boleh dibuat setiap 3 bulan selepas tarikh pelaburan sebelumnya, dan jumlah minimum pelaburan ialah RM1,000.00.

Syarat-syarat am prosedur di bawah Skim Pelaburan Ahli yang lain masih kekal dan tidak berubah

Jumlah Simpanan Asas dan contoh pengiraan adalah seperti jadual di bawah.

Jadual Simpanan Asas

11 SYARAT PENGELUARAN 

Kelayakan Skim Pelaburan Ahli KWSP
11 Syarat Pengeluaran

1. IPD Yang Dibenarkan 

Semua pelaburan yang dibuat hendaklah melalui IPD yang dilantik. Untuk mendapatkan senarai terkini IPD yang diluluskan, sila rujuk Senarai Institusi Pengurusan Dana terkini yang boleh diperolehi di laman web KWSP.

2. Kekerapan Pelaburan 

Pelaburan boleh dibuat setiap tiga bulan selepas tarikh permohonan terdahulu, tertakluk kepada baki yang ditetapkan dalam Akaun 1. Pelaburan seterusnya boleh dibuat dengan IPD yang sama atau IPD lain yang dilantik. Hanya satu IPD sahaja yang dibenarkan pada satu masa.

3. Penambahan Pelaburan Menggunakan Wang Sendiri 

Ahli tidak dibenarkan membuat pelaburan tambahan menggunakan wang sendiri.

4. Tanggungan Risiko Pelaburan 

Ahli bertangggungjawab sepenuhnya ke atas pelaburan yang dibuat dan KWSP tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian. Ahli juga diingatkan supaya membaca dan memahami secara menyeluruh Prospektus Dana daripada IPD sebelum membuat keputusan untuk melabur di Syarikat Pengurusan Unit Amanah.

5. Pengembalian Wang Pelaburan Kepada KWSP 

Ahli hendaklah mengembalikan semua amaun yang dilaburkan (termasuk keuntungan) kepada KWSP sebaik sahaja amaun pelaburan tersebut dijual. Amaun yang dikembalikan akan dikreditkan semula ke Akaun 1. Ahli tidak boleh mengeluarkan apa-apa amaun (‘no leakages’) daripada jumlah yang dilaburkan di IPD.

6. Dividen Tahunan KWSP Atas Amaun Yang Dilaburkan 

Ahli tidak akan memperolehi sebarang dividen yang diisytiharkan oleh KWSP ke atas amaun yang dilaburkan.

7. Jika IPD Yang Terpilih Terkeluar Daripada Senarai IPD 

Pelaburan ahli dengan IPD ini perlu dijual dan dikembalikan kepada KWSP oleh IPD berkenaan.

8. Bayaran Perkhidmatan 

Tiada bayaran perkhidmatan dikenakan oleh KWSP.
Walau bagaimanapun, ahli adalah diingatkan bahawa terdapat bayaran-bayaran yang dikenakan oleh IPD kepada ahli yang melabur dengan IPD.

9. Pelepasan Kawalan Ke Atas Pelaburan 

KWSP akan melepaskan kawalan ke atas pelaburan ahli di IPD apabila ahli mencapai umur 55 tahun atau mengeluarkan semua simpanan ahli di bawah Pengeluaran Meninggalkan Negara, Pengeluaran Hilang Upaya, Pengeluaran Pekerja Berpencen dan Pengeluaran Kematian. Tuntutan atau urusan penjualan semula ke atas amaun yang dilaburkan selepas ahli mencapai 55 tahun adalah di antara ahli / waris dengan pihak IPD.

10. Penamaan 

Amaun yang dipindahkan kepada IPD tidak tertakluk kepada penamaan yang dibuat oleh ahli di KWSP. Bagi ahli yang meninggal dunia, amaun yang dilaburkan akan dilepaskan kawalannya oleh KWSP. Bayaran kepada waris ahli akan dibuat oleh IPD mengikut undang-undang yang berkaitan.

11. Pemegang Akaun Simpanan Shariah 

Ahli yang telah membuat pilihan ke Akaun Simpanan Shariah hanya dibenarkan untuk membuat pelaburan ke Unit Amanah dalam produk Patuh Shariah yang disenaraikan oleh KWSP berkuatkuasa pada 1 Januari 2017.

AMAUN PELABURAN YANG LAYAK DIPINDAHKAN 

Kelayakan Skim Pelaburan Ahli KWSP
Amaun Pelaburan Yang Layak Dipindahkan

Ahli boleh memindahkan amaun simpanan seperti berikut :-

  • Sehingga 30% daripada jumlah simpanan yang melebihi Simpanan Asas dalam Akaun 1 
  • Jumlah miminum amaun pelaburan adalah RM1,000.00 
  • Formula pengiraan: (Akaun 1 – Simpanan Asas) x 30%


Buat pembaca yang mempunyai Akaun KWSP, anda sebenarnya boleh membuat pelaburan Unit Amanah dengan menggunakan Akaun 1 KWSP ini. Apa yang perlu anda tahu ialah risiko kerugian tidak akan ditanggung oleh KWSP jika anda melabur ke dalam Unit Amanah.

Jadi, better pilih agen & syarikat dengan betul sebelum membuat pelaburan.


Sumber info dari website KWSP

Continue Reading