Thursday, 20 September 2018

Hutang

Ayat paling panjang dalam Al-Quran
Ayat yang terpanjang dalam Al-Quran, terkandung di dalam surah terpanjang juga iaitu surah Al-Baqarah. Ayat ini berkaitan dengan hutang.

Hutang-piutang merupakan keperluan hidup manusia kerana tidak semua orang mempunyai kemampuan memenuhi keperluan hidupnya.

Oleh sebab itu, Islam mengambil berat akan hal ini dan mengaturkan agar akad yang berlaku dapat dipantau dari segi syariah. Islam mengatur kehidupan manusia termasuk dalam hal hutang-piutang, dan ekonomi secara amnya.

Ada beberapa istilah yang digunapakai berkaitan hutang di dalam Al-Quran. Ada dalam surah Al-Hadid, ayat 11, Allah berfirman: "Siapakah yang mahu meminjamkan kepada Allah pinjaman yang baik, maka Allah akan melipat-gandakan (balasan) pinjaman itu untuknya, dan dia akan memperoleh pahala yang banyak."

Hutangan (Pinjaman) yang baik dalam ayat ini bermaksud hutang daripada harta yang halal, hutang yang tidak membebankan orang yang berhutang, tiada unsur riba dan hutang yang tidak merugikan pemiutang.

Allah akan melipatgandakan ganjaran yang banyak kepada orang itu. Dalam erti kata lain - orang2 yang membelanjakan harta pada jalan Allah, baik dalam bentuk infak, memberi kepada pusat-pusat kebajikan, membantu orang yang memerlukan, memberi untuk jihad fi sabilillah, semuanya itu merupakan bahagian daripada hutangan yang baik kepada Allah.

Peringatan buat diri Amir sendiri, tak kira lah hutang dengan bank atau dengan orang terdekat. Ia tetap kena bayar walaupun 1 sen pun. Usahakan untuk membayarnya dengan minta pertolongan dari Allah.

Wallahualam 😉

0 comments: