Friday, 5 October 2018

Nak ada 2 Juta Ringgit Sebelum Pencen

Nak ada 2 Juta Ringgit Sebelum Pencen
Nak ada 2 Juta Ringgit Sebelum Pencen

Ramai anak muda yg risau simpanan mereka tidak mencukupi sebelum pencen. kadar inflasi yg meningkat setiap tahun menyebabkan kos sara hidup semakin tinggi. Tidak mustahil 30 tahun akan datang sepinggan nasi lemak biasa berharga rm10.

Adakah anak muda yakin simpanan mereka mampu untuk menampung perbelanjaan selepas pencen kelak?

Sapa disini yang nak ada 2 Juta Ringgit sebelum pencen? Siapa yang tak nak kan.

Jadi, Amir nak kongsikan teknik untuk kawan-kawan memperolehi RM2 juta cash masa pencen nanti pada usia umur 60 tahun.

Nak ada 2 Juta Ringgit Sebelum Pencen
Invest Regularly, Retire Comfortably

Kiraan dalam gambar ni amir pecahkan pada 3 golongan (Start umur 20 tahun, 30 tahun, 40 tahun).


  • Pada usia 20 tahun, kita perlu menyimpan RM569/bulan. 
  • Pada usia 30 tahun, anda perlu menyimpan rm1,333/bulan.
  • Pada usia 40 tahun anda perlu menyimpan RM3,373/bulan.

Semua kiraan diatas, anda perlu menyimpan sehingga umur 60 tahun yer.

Macam susah jer nak menyimpan ni?
Yups, pada yang belum pernah menyimpan, memang payah pada mulanya.
Cara terbaik ialah dengan Cara Simpanan Paksa Rela. Ada banyak cara nak simpan paksa rela ni.

Salah satu cara ialah melalui Unit Trust Direct Debit Instruction (UT DDI) di mana potongan wang tunai secara automatik dari bank peribadi ke akaun unit amanah secara bulanan.

“Macam banyak sangat je cash nak kena simpan ni Amir, kami ni dlm seratus dua ringgit sebulan tu boleh la nak buat UT DDI. Takde cara lain ke, Amir?

Ada. Cara lain ialah melalui Skim Pelaburan Ahli menggunakan KW$P akaun 1. Dengan hanya menggunakan wang dalam akaun 1, kawan-kawan mampu untuk melabur dalam Unit Trust dan memastikan perancangan anda untuk memperoleh RM2 juta berjaya!

Sekian sahaja perkongsian dari Amir.

Kalau nak cerita panjang lebar lagi, boleh klik link untuk kita sembang lagi 


Till then, happy investing!

Location: 38B, Jalan 3/70, Seksyen 3 Bandar Baru Bangi, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor, Malaysia
Next
This is the most recent post.
Older Post

1 comments:

Anonymous said...

Info menarik.. blog saya https://cararesepi.blogspot.com/