Pelaburan Emas : Nak Tambah GRAM atau DUIT?

Rakan2 Amir kebiasaannya membeli emas sebab apa yer? Simpanan, Pelaburan atau Berniaga Emas?

Jika anda memilih salah satu dari sebab diatas, anda memerlukan 2 benda yang paling penting iaitu ILMU dan MINDSET. Tetapi perlu dingatkan bahawa ketiga2 kategori diatas tadi juga berbeza yer dari segi Ilmu dan Mindset nya.

Amir kongsikan sedikit apa yang Amir belajar di Kelas Emas bulan lepas.

PENYIMPAN EMAS
Matlamatnya ialah kumpul GRAM emas. Emas naik atau turun, dia tak peduli sangat. Yang penting, kepingan emasnya bertambah. Asalkan duit jadi emas. Penyimpan emas sangat jatuh hati dengan emas. Dalam kepala dia cuma beli, beli, dan beli. Nak jual rasa sayang. Akhir sekali dia kaya sebab harta dia sentiasa bertambah.

TRADER
Dia tak peduli berapa banyak kepingan emas yang dia ada. Yang penting, BUY LOW, SELL HIGH. Asalkan DUIT dia bertambah. Trader tak boleh jatuh hati dengan emas. Bila harga naik, jual. Bila harga jatuh, mesti beli lagi untuk cost averaging (untuk pendekkan lagi tempoh menunggu). Kalau tak ada modal untuk beli lagi, terpaksa tunggu jer lah.

PENIAGA EMAS
dia lebih mudah tambah GRAM, dan dalam masa sama, dia boleh tambah DUIT dengan emas. Harga emas naik atau turun, dealer tetap untung sebab dealer dibayar komisyen. Dealer bukan sahaja "pelabur", tapi dealer juga adalah "peniaga". Dengan keuntungan tu, dia berpeluang tambah kepingan emas dari semasa ke semasa.

Jadi apa pilihan anda buat yang baru ingin menceburi dalam bidang ini?

Amir kongsikan tips dari Sifu Amir :-

1) Kalau nak GRAM emas bertambah, dalam masa yang sama DUIT pun bertambah (tak kira harga emas naik atau turun), maka posisi terbaik ialah jadi peniaga emas.

2) Kalau tak, pilih salah satu. Nak jadi PENYIMPAN, ataupun TRADER?

Sekarang anda sudah tahu apa perbezaan bagi ketiga2 kategori di atas bukan? Buatlah pilihan yang bijak dan ikut situasi masing2, jangan hanya follow orang sahaja.

Amir Marzhuki
Bandar Baru Bangi
Dealer Public Gold
PG00058738 

Handphone :012-2372641

Post a Comment

0 Comments