Assalamualaikum semua, hari ini Amir nak kongsikan satu lagi Skim Cepat Kaya yang dah mula merebak di kalangan kawan2 Amir sendiri yang dikenali dengan Skim Mymi1 dimana mereka akan katakan bahawa ini adalah "bisnes pelaburan" yang berasaskan product top-up tetapi bisnes mereka menjadi orang tengah kepada semua operator yang ada di Malaysia termasuk oversea.
Jadi, Amir nak huraikan kenapa bisnes ini adalah skim cepat kaya seperti yang lain2 diluar sana (samada dah tutup ataupun masih aktif). Boleh baca point2 Amir dibawah ini dan boleh buat penilaian sendiri.
1. Nak join bisnes ini perlu melalui beberapa package yang sangat menarik untuk mendapatkan komisen/insentif setiap 10 hari (bukan setiap bulan yer!!). Bab ni dah sah2 mirip dengan skim Highway Group Resources, Mecca Fund, IPO (Yang dah lingkup & blacklist by Bank Negara Malaysia).
Ini link senarai blacklist BNM.

Tak percaya? Meh kita lihat antara persamaan skim mereka ialah dengan memerlukan mereka membayar deposit/yuran keahlian mengikut pakej yang mereka promote.

Mymi1
Highway Group Resources
Mecca Fund

2. Modal atau ayat yang biasa mereka akan guna ialah ini adalah bisnes yang betul sebab ada lesen perniagaan dari SSM. Yups, betul tu company ini ada lesen perniagaan tetapi mereka TIDAK mempunyai lesen dari BNM bagi mengutip wang pelabur Malaysia. Ini adalah 1 kesalahan disegi undang-undang kerana hanya entiti terpilih sahaja seperti bank, syarikat unit amanah & insurans yang boleh mengutip wang pelabur.
3. Amir tahu anda semua bijak2 pandai dan tidak mudah terpedaya dengan gambar borang 9 (perakuan perbadanan syarikat sendirian). Borang itu adalah pendaftaran syarikat dengan SSM. Dalam kata lain, syarikat itu telah didaftarkan dengan SSM.
FYI, SEMUA syarikat Sdn Bhd di Malaysia mempunyai borang yang serupa. Even kami pun ada sijil ni sebab ada company. Dan ini tidak bermakna bisnes mereka untung, valid dan tak menipu yer kawan2 (Langkah ini lebih kurang sama seperti Amir menunjukkan IC Amir untuk menyatakan Amir adalah seorang rakyat Malaysia yang SAH. Realitinya, berjuta2 rakyat Malaysia juga mempunyai IC kan?
4. Syarikat ini juga menggunakan konsep MLM(boleh rekrut downline). Hanya syarikat yang mempunyai lesen jualan langsung (direct selling) yang dibenarkan bertindak demikian. Ini lagi satu kesalahan kerana setahu Amir, Mymi1 tidak mempunyai lesen tersebut. Dan Syarikat MLM tertakluk kepada akta MLM yang telah disediakan oleh KPDNKK.
5. ‘Pulangan’ pelaburan (ROI) yang diberikan tak masuk akal – lebih 10% dalam masa sebulan atau 120% setahun! Kita semua tahu yang ROI tersebut mestilah angka yang sensible dan reasonable. Dengan ROI dari bisnes ini nampak sangat tak masuk akal langsung!

7. Jika betul angka ‘pulangan’ itu pula, sudah tentu satu dunia akan melompat! Majalah Fortune dan Forbes serta stesyen TV CNN dan Al-Jazeera akan menemuramah pengurus pelaburannya, dan satu dunia juga akan datang berpusu-pusu untuk melabur dalam program ini. Semua ini tak berlaku dan malah tak ada siapa di luar Malaysia yang kisah langsung!
8. Part yang paling banyak orang tergoda adalah tunjuk kemewahan yang mereka perolehi seperti tayang kereta & duit berkepuk2. Sapa yang lihat post2 mereka di FB mesti akan tergugat iman & mesti nak tahu macam mana mereka boleh kaya dengan CEPAT & MUDAH tanpa perlu susah payah.

9. Amir tahu akan ada ahli Mymi1 yang menyangkal semua poin2 di atas dan berkeras mengatakan program itu adalah betul kerana mereka mendapat pulangannya secara konsisten sudah beberapa bulan.
Inilah jawapannya: PULANGAN WANG ITU DATANG DARIPADA AHLI BARU DAN TAMBAHAN PELABURAN OLEH AHLI LAMA. Itulah sebabnya Mymi1 boleh memberikan pulangan secara konsisten – kerana ahli mencurahkan wang ke dalam syarikat! Dalam kata lain, wang itu di-recycle-kan.
Situasi ini TIDAK AKAN BERTERUSAN. Ianya akan berakhir seperti skim2 yang lain apabila :-
1) Jumlah ahli berkurangan.
2) Apabila Mymi1 diserbu oleh Polis atau masuk dalam alertlist Bank Negara .
3) Sistem pembayaran komisen Mymi1 ada penangguhan/delay atas sebab2 tidak logik (upgrade sistem).
4) Menukar terma/syarat sesuka hati seperti memberi komisen dalam bentuk saham pulak (seperti skim UFUN suatu ketika dahulu)
5) Pihak pengurusan cuba menutup operasi secara halus
Rasanya situasi diatas dah mula berlaku sejak 2/3 bulan ni kan?
-----
Additional Info untuk pembaca blog ini yang ingin tahu lebih lanjut pasal Skim ini
1. Kronologi Skim Mymi1
2. Apa khabar Mymi1
3. Mymi1 dah masuk list Bank Negara?
4. Nak kenali bagaimana rupa Skim Cepat Kaya?
55 Comments
Ada ejen mereka dtg jumpa saya... bila saya kata mereka takda lesen BNM, mereka kata mereka bukan sykt pelaburan tp mereka ada produk... huhu
Memang fitrah manusia biasa fikir yang Negatif dulu sebelum yang POSITIF
Apapun bank negara atau agensi berkaitan tidur ke??? Nak tggu ramai yg rugi baru nak bertindak???
Amir just nak pesan, dalam dunia pelaburan ini. Mana boleh berikan pelaburan yang menggiurkan sehingga komisen dapat hampir setiap bulan. Kalo betul2 wujud, mesti bank2 pun nak join skali. Mereka mesti nak untung jugak.
Dan sekali lagi nak diingatkkan, takkan kita nak lihat benda ni berlaku lagi macam peleburan skim Highway Resources yang berjaya menjerat hampir 500 ribu orang ke dalam skim mereka (yg dilaporkan dalam media). Pengasasnya bukan calang2 iaitu seorang ustaz dari sekolah agama yang berjaya memperdayakan hampir semua peringkat golongan termsk la artis dan kakitangan awam seperti guru2.
Buat pelabur Mymi, cuba buka minda anda dan cuba godek2 dalam internet ni. Banyak lagi pembongkaran pasal skim anda. Malah banyak sudah screenshot dari Telco2 yang mengatakan mereka tiada MOU dengan Mymi. Malah Bank Negara pun dah beri amaran banyak kali pasal benda ni.
Melaburlah dengan bijak dan berilmu.
Link di bwah ni klu berminat
https://wad.ojooo.com/register.php?ref=Bidun
Saya pernah juga hadiri taklimat tentang mymi1 ini.. setahu saya mymi1 ini sebenarnya memudahkan member utk membuat apa2 pembayaran yg melibatkan bank. Cth bayar bil api air, top up hp, bil astro dll. Mymi1 ini ada networking tersendiri. Guna networking mereka tidak memotong apa2 % dalam akaun simpanan kita. Selain itu mudah utk top up prepaid hp masing2 trutama keluarga. Bagi saya ianya sesuai utk mereka yg bekerja, bisnes, dan berkeluarga besar.
biz ni berselindung di sebalik produk bro...cuba teliti plan skim ponzi tu...akhirnya kelaut ..jahanam abis org yg join biz perosak masyarakat ni...
Amir sudah biasa terima komen mengatakan bahawa pembongkaran2 diatas dianggap fitnah kerana dianggap menjatuhkan bisnes orang2 kita sendiri.
Bagi Amir, jika "bisnes" atau "pelaburan" itu sangat mencurigakan kerana memberi pulangan tetap yang melampau sehingga membuatkan orang jadi tamak untuk melaburkan duit mereka ribuan ringgit. Itu yang Amir tidak suka kerana sebenarnya ia adalah penipuan yang sangat licik.
Bagaimana nak kenal ciri2 skim cepat kaya di entry sebelum ini
http://amirmarzhuki.blogspot.my/2015/08/ciri-ciri-skim-cepat-kaya.html
Dan lagi satu, disyorkan kalo nak komen. gunalah nama sebenar yer.
Astro atau apa saja yang memudahkan ramai tau bahawa pelaburan ini baik dan dapat menolong meningkat ekonomi keluarga..
sebabnya mudah... mudah nak roling duit lama dan duit baru mahsyuk...
mahsyuk laa sikit2...
kemudian hari tukar plan pulak. Sekelip mata kau berubah bro!.. macam dalam lagu Rock Bro pulak..
Macammana pulak dengan OG1asean, ada kawan ajak kita join. bolih kasi coment?
10 November 2016 at 17:34
----
Encik boleh rujuk 5 ciri2 skim cepat kaya di blog saya ni.
Insyaallah, iakan dapat menerangkan serba sedikit tentang OG1asean.
http://amirmarzhuki.blogspot.com/2015/08/ciri-ciri-skim-cepat-kaya.html
Atapun, encik join group Ponzi Scheme Alert. Disitu, ramai orang2 share pasal jenis2 skim cepat kaya. Terlampau banyak yang masih active skrg ni.
Setakat ni alhamdullilah...tak pernah lagi duit tak dibayar
Cuma sistem prabayar je yg bermasalah..lain takde.terpulang pada keyakinan diri...sanggup tak sanggup hadapi risiko..
Cik boleh rujuk terus dengan pihak Mymi1 untuk maklumat lanjut.
Atau boleh baca post2 di group Ponzi Scheme Alert. Disitu ramai ahli2 yang membongkar sendiri masalah yang berlaku dalam company Mymi1.
Seperti post Amir yang ditulis pada Mei 2016 ni, Mymi1 dalam fasa nak lingkup.
----
Kepada Cik Imalizah,
Agak2nya duit yang Cik dapat tu dari mana dtgnya? Modal dari ahli baru? Atau Cik tak kisah mana sumbernya.
Fikir2kan lah sendiri
Mungkin Cik tertinggal keretapi kot. Nama company Mymi1 iaitu Mi1 global sudah pun masuk dalam senarai Bank Negara pada 9 Jan 2017. Cik tak percaya? Boleh klik link dibawah :-
http://amirmarzhuki.blogspot.com/2017/01/mymi1-dah-masuk-senarai-bank-negara.html
Bukan 1 jer nama company yang masuk. Tapi 4 nama yang naik termasuk la juga Dinar Dirham.
Cuma saya nak bgtau apabila skim Mymi1 sudah masuk list Bank Negara. Ia adalah petanda bahawa skim itu akan tutup tak lama lg. Mcm skim Mecca Fund (smlm owner dia masuk makhamah. Boleh baca newspaper) dan juga skim Highway yang sudah lingkup. Cik perlu tahu kenapa nama company masuk list tu? Antara sebab ialah tidak mempunyai lesen mengutip wang pelaburan & juga ada laporan dari ahli sendiri yg kena tipu.
Skrg ni pun, management Mymi1 pun dah mula nk cabut lari. Ialahkan, ada ahli baru yang x dpt dah komisen sejak bulan 10 seperti komen dari cik noorazliza di bahagian atas.
Jadi, terpulang pada Cik Fiqah nak percaya atau tidak sbb post saya ada diterangkan dlm point no 8 jika cik terlepas pandang.
Buat yang belum masuk, better lari jauh2 apabila ada nama2 skim yg sudah dalam list Bank Negara. Itu saja caranya dari kena tipu.
Sebab kena tipu itu adalah atas pilihan kita sendiri :)
tipu korg je.. mana ada transaction bank fixed currency pastu makluman pakai email bodoh tulisan biru je... Pegi indon ambk gambar dgn banner kata nk bgnkan resort ratus2 juta, bayar stesen tv jemput vvip pakai duit korg melabur...sewa opis 2 pintu kt indon pastu edit gambaf bangunan kononnya satu bangunan mymi punya... Malas aku nk taip byk2,saham tu beli kt mana? Kedai mamak? Sbb tu leader ko attack golongan rendah pertengahan...kalau attack profesional, dgr diowg ckp dh tau penipu n xlogik... Mmg juta2 la duit psl duit korg sume dia pegang n pusing
Encik boleh rujuk post saya berkaitan ciri2 skim cepat kaya. DIsitu encik boleh dapat agak samada itu Skim Cepat Kaya atau tidak
http://amirmarzhuki.blogspot.com/2015/08/ciri-ciri-skim-cepat-kaya.html
Kepada Cik Fiqah,
Dah lama saya tak baca komen2 disini, rupanya ramai yang terkono.
Apakata Cik Fiqah bantu beli diorg punya saham. Hehe
Psstt..Cik Fiqah tahu tak cara sebenar membeli saham? Ke caya bulat apa yg upline citer jer?
Satu lagi, tahu tak berapa nilai sebenar 1 unit saham Mymi1 tu? Nak tahu tak? Nanti komen la kat sini kalo nak tahu yer :)
hq masih wujud...
cuma berharap ada solution utk dapat duit balik
Saya join bulan 8 2016..
Rupanya bulan 8 tu dah ada mslh...saya tak tahu...tapi mesti leader saya tahu kan..
Apa perasaan leader bila saya terperangkap begini..
Leader saya kaya..
Saya x kaya dgn cara ni pun x apa..
Jgn perangkap org...
Setiap suapan mu leader..moga teringat situasi ku.
Ku lihat masih ramai yg join...mak cik2 dan pak cik yg berduit..
Kesian..
Semoga semua ini memberi pengajaran kpd semua.
Cubalah guna fikiran waras, nak duit, perlu usaha lebih dan dtg dari keringat.. Takde benda senang nak dpt, dan tkde benda free kat dunia ni.. Engko nak mkn nasi pun, perlu tangan suap cik abg adik oii...
Saya cukup simpati dgn org yg terjebak ni, kerana seakan memberi sokongan kpda pihak yg ambil kesempatan berselindung di sebalik produk org lain..
Ingat skim mereka takkan ke mana pun klu tanpa sokongan dari org yg tak mau berfikir secara bijak.
Wlupun pada mulanya segelintir ahli mndpt habuan, tetapi itu adalah PANCING untuk teruskan penipuan..dan akhirnya akan merana... Oleh kerana silap sndiri, seluruh ahli keluarga, rakan, jiran, turut sama menanggung kerugian bahkan ada yg sanggup berhutang dgn mana2 agensi untuk di laburkan..
Ingat ni saja, harta benda, duit takan dtg semudah bergolek atau jatuh dari langit tanpa kerja keras..
Ramai org dari umur muda sampai tua dihabiskan masa untuk bekerja tapi tak pandai2 jadi kaya,, alahai ni kan pula, dijanjikan sebulan, setahun dah jadi jutawan?? Pooodaaahhhh la... Buka la fikiran tu lebar2..
Just tuk peringatan
MENGUTIP WANG PAKAGE MEMBERS TANPA LESEN BNM & KPNKK!
BertTINDAK!