Antara sebab kenapa barang kemas dianggap rugi:
(1) Harga Lebih Mahal
Dengan bajet yang sama, kita boleh dapat GRAM lebih banyak kalau beli gold bar / dinar yang rata-ratanya dijual lebih murah 10% - 15% berbanding harga barang kemas.
(2) Spread / Susut Nilai Lebih Tinggi
Bila nak jual balik nanti, spread (potongan harga dari harga semasa) yang dikenakan oleh pekedai emas sekitar 25%, bahkan boleh cecah 40%. Sedangkan gold bar / dinar, spreadnya boleh dapat serendah 5%, dan tak lebih 15% (bergantung kepada pengeluar). Kalau emas Public Gold, spread paling tinggi cuma 8%. Kalau barang kemas, Amir boleh katakan mustahil boleh dapat emas yang spread bawah 15%.
(3) Kos Upah Yang Boleh Dimanipulasi
Kalau tengok harga barang kemas, jangan lupa tanya kos upahnya sekali. Kos upahnya berbeza mengikut kedai dan kehalusan pembuatan barang kemas itu. Kekadang harga yang dipaparkan tu agak rendah, tapi bila ditambah dengan kos upah pembuatan, harganya jadi mahal juga. Bahkan kekadang kosnya membolehkan kita beli lagi 1 gram emas berbentuk gold bar!
(4) Barang kemas ada GST!
Yes, semua barang kemas dikenakan GST berbanding dengan gold bar/dinar bagi certain2 company (Emas Public Gold tiada GST yer kawan2)
Jadi kalau beli emas untuk PELABURAN, beli dalam bentuk gold bar / dinar sahaja. Kalau untuk PERHIASAN, barulah barang kemas. Barang kemas pun untung juga, tapi TEMPOH MENUNGGU jauh lebih lama berbanding gold bar & dinar.
Amir Marzhuki
Bandar Baru Bangi
Dealer Public Gold
PG00058738
(h/p:012-2372641)
0 Comments