Post ini diolah oleh En Zulkifli.
Kawan2, boleh la follow page beliau. Banyak tips yang dikongsikan mengenai emas.
Kijang Emas adalah antara emas terbaik untuk simpanan di Malaysia. Ia dijual di cawangan Maybank tertentu.
Selain harga per gramnya murah, spreadnya juga sangat nipis. Lebih nipis berbanding Public Gold (sebelum tolak komisyen bagi sesiapa jadi ejen).
Disebalik kelebihan itu, ada beberapa kekurangan yang perlu diambil perhatian sebelum membelinya;
1. Stoknya sangat terhad. Ketika harga murah, amat susah kita membelinya. Masa harga mahal barulah stoknya berlambak.
2. Emas ini tak boleh dibooking. Tiada istilah lock harga. Kita hanya boleh membelinya secara cash n carry. Stoknya berdasarkan siapa cepat dia dapat.
3. Syarat beli balik sangat cerewet. Kalau ada tercalar (biasanya ketika pajakan) walaupun sedikit, Maybank tak akan membelinya. Kita terpaksa menjualnya ke kedai emas dengan spread 25%.
4. Urusan jual beli hanya terhad kepada banking hours sahaja. Tak ada istilah lock harga. Kalau harga meroket pada waktu malam, kita hanya boleh 'ngaga' sahaja sebab tak boleh lock harga. Begitu juga bila harga jatuh.
5. Minimum belian ialah 1/4 oz (7.775 gram). Bajetnya sekitar RM1,500. Kalau bajet belian cuma RM1,000 ke bawah, memang tak ada harapan beli emas ini.
6. Bukan semua cawangan Maybank ada jual Kijang Emas. Cuma 30 cawangan sahaja. Kalau stok di cawangan itu habis, kita kena pergi ke cawangan lain. Tiada istilah reserve stok dan emas itu dihantar ke cawangan terdekat dengan kita.
Jadi itulah nota ringkas saya tentang Kijang Emas. Saya juga ada menyimpan dalam jumlah yang kecil. Jangan percaya apa yang saya tulis ini, tapi sahabat-sahabat boleh mencubanya sendiri.
Dapatkan PENGALAMAN SENDIRI.
Seperti yang saya selalu kongsikan, emas terbaik mesti dinilai 5 kriteria secara PAKEJ. Barulah dapat untung maksimum daripadanya, insyaAllah.
#kijangemas #emasterbaik #emasmurah
0 Comments