Sunday, 16 August 2015

5 Kriteria Penting Memilih Emas Pelaburan

Sejak 2/3 tahun ini, sudah banyak company yang mengeluarkan emas bagi tujuan pelaburan (fizikal..Beli Emas, dapat Emas). Ada beberapa kawan Amir pun mula menilai mana satu emas yang sesuai bagi tujuan pelaburan atau simpanan. Selama 1 tahun lebih, Amir ada wat sedikit research mengenai syarikat lain seperti Power Gold, GCP, GSR, dan sebagainya. Amir rasa lebih adil jika anda tanya terus ejen syarikat tersebut sebab Amir takut maklumat yang diberi itu tak tepat ataupun tak lengkap kerana setiap syarikat sentiasa membuat pembaharuan ke atas sistem mereka bagi memantapkan perniagaan. Ejen syarikat atau dealer2 tersebut lebih arif untuk bagi penerangan tentang bisnes mereka.

Amir cuma mahir tentang Public Gold (PG) kerana pernah attend seminar & belajar secara online dengan Mentor. Ilmu2 berkaitan dengan pelaburan emas pula Amir ada yang secara umum sahaja. Dari hasil survey, ada beberapa emas pelaburan paling berkredibiliti di Malaysia seperti Kijang Emas BNM (dijual Maybank), emas jenama antarabangsa yang dijual di UOB Bank, emas Kuwait Finance House (KFH) dan termasuk juga Public Gold (lain orang, lain pendapatnya). Amir sendiri secara peribadi lebih fokus menyimpan Emas menggunakan Public Gold sebab ia mempunyai fasiliti terbaik di Malaysia buat masa sekarang.


Emas terbaik untuk pelaburan ialah emas yang senang dibeli, senang dijual, dan untung maksimum bila dijual! Kalau beli emas untuk dapat harga tertinggi bila jual balik nanti, pastikan 5 kriteria penting ni sebelum membeli;

1. Harga rendah
2. Spread (susut nilai) rendah
3. Stok sentiasa ada
4. Cawangan tempat jual beli banyak
5. Syarat jual beli tak cerewet

Kriteria #1 – Harga Rendah
Cuba bandingkan harga setiap emas dengan pengeluar emas yang lain. Paling baik mestilah harga paling rendah. Kalau untuk pelaburan, kena pastikan at least harga emas tu lebih rendah dari harga kedai emas (www.fgjam.org.my). Tapi kena hati-hati, emas yang harganya paling murah tak semestinya terbaik sebab mungkin spread / susut nilainya sangat tinggi! Jadi jangan mudah terpengaruh bila dengar emas tu murah. Takut-takut, bila nak jualnya pun jauh lebih murah!

Untuk bandingkan harga, anda boleh cek di website company tu, antaranya;

Kijang Emas
Public Gold
Power Gold
Sri Ayu
Goldcrest Pavilion (GCP)
Gold Silver Resources (GSR)
Dinar Kelantan
Kelantan Gold (private)

Kriteria #2 – Spread (Susut Nilai) Rendah
Apa itu Spread (Susut Nilai) emas? 
Spread akan menentukan berapa cepat dan berapa banyak kita akan dapat untung. Lagi rendah lagi bagus. Kena buat pengiraan la sikit.

Formulanya, cuba tengok harga semasa, berapa harga dia jual, tolak (-) harga dia beli balik. Perbezaan harga tu, bahagikan dengan harga dia jual tadi, dan darab dengan 100. Baru kita dapat tahu berapa % spreadnya. Lagi rendah lagi bagus.
Harga PG Jual : RM651 (harga PG jual kepada kita)
Harga PG Beli : RM599 (harga PG beli balik daripada kita)
Spread : RM52 atau bersamaan 7.9% atas harga PG jual.
Spread 7.9% tu maksudnya, kalau harga emas naik 10%, pembeli 1 Dinar PG dah untung 2.1% (10% – 7.9%). Spread 7.9% itu dikira rendah sebab ada syarikat yang kenakan spread 1 Dinar sehingga 15%! 

Kesian kepada pembeli yang tak tahu… Maksudnya, kalau harga emas naik 10%, pembeli 1 Dinar dari company X tu masih lagi rugi 5% (10% – 15%)!

Untuk rujukan pantas, anda sendiri boleh buat perbandingan spread emas yang ada di Malaysia.

Kriteria #3 – Stok Sentiasa Ada

Salah satu kriteria yang penting adalah memastikan syarikat itu boleh supply emas secara konsisten terutamanya bila harga emas jatuh mendadak. Maksudnya, bila harga emas jatuh mendadak, kita berpeluang untuk beli pada harga rendah. Seperti Kijang Emas dan Dinar Kelantan, mereka agak bermasalah sikit dari sudut ini. Bila harga emas jatuh mendadak, memang tak ada stok! Pembeli terpaksa nganga jer lah, sedangkan itulah peluang untuk maksimumkan keuntungan dengan tambah lagi belian pada harga rendah…

Bagi Amir, antara kelebihan yang ada pada Public Gold ialah bukan sekadar stok SENTIASA ADA tapi kita berpeluang beli mengikut REAL-TIME harga emas dunia. Bila harga emas naik, kita boleh book harga beli (lock price) secara on the spot. Bila harga emas turun, kita boleh book harga jual juga secara on the spot! Buat masa ini, hanya Public Gold sahaja yang ada fasiliti lock harga beli dan harga jual mengikut real-time di Malaysia.

Katakanlah harga emas masih rendah pada pukul 10 malam, 31 Julai (rm146/gram), kita boleh lock (kunci) harga rendah dan bayar harga yang kita lock pukul 10 malam tu walaupun harga emas naik balik pada pukul 12.00 tengahmalam tu (rm150/gram pada 1 Ogos 2015). Public Gold beri tempoh pembayaran dalam masa 4 hari (tempoh yang munasabah) dari masa kita lock harga tu. Ini bukan teori, tapi realiti. Jadi, pembeli emas Public Gold berpeluang dapat keuntungan lebih dengan fasiliti ni.

Kriteria #4 – Cawangan Jual Beli Banyak

Kita perlu juga cek berapa banyak company tu ada cawangan. Company terbaik ialah company yang banyak cawangan supaya mudah urusan jual beli sebagaimana Public Gold – setakat ini mempunyai 18 cawangan seluruh Malaysia. Kalau company tak banyak cawangan, takut susah bila nak jual balik nanti.


Contohnya emas Sri Ayu. Amir tengok emas Sri Ayu antara emas pelaburan paling murah dan spreadnya pun juga agak rendah. Tapi masalahnya ialah cawangan dia cuma di Kelantan dan ada 3 cawangan di luar Kelantan (Jerteh, Kuala Kangsar, Kuantan). Emas Sri Ayu mungkin terbaik untuk orang di Kelatan, tapi bagi orang luar Kelantan Amir rasa ia bukan terbaik.

Amir tak nafikan memang ramai dealer Sri Ayu di luar Kelantan, tapi kita tak boleh terlalu bergantung kepada dealer sebab bila kita nak jual balik, dealer ada pilihan samada nak beli balik ataupun tak. Tapi company memang terpaksa beli balik kalau kita nak jual.

Kriteria #5 – Syarat Jual Balik Tak Cerewet
Syarat ni pun penting. Kalau nak beli, cari company yang jamin akan beli balik emas tu tanpa banyak syarat. Kalau company tu tak jamin akan beli balik, jangan beli emas tu sebab nanti kita rugi 25% sebab terpaksa jual kepada kedai emas. Paling baik ialah company yang jamin akan beli balik walau apa keadaan emas tu, sekalipun calar, kemek, dah buka seal dsb.


Gold bar lama keluaran Public Gold. Public Gold jamin beli balik dengan harga tinggi walaupun emas tu calar, kemek dsb, kita lebih peace of mind.
Emas Pamp Suise tak boleh dibuka seal. Kalau buka, kedai emas akan tolak spread 25%! Kebanyakkan emas pelaburan yang dijual di bank dan kedai emas biasanya berseal.

Itulah 5 kriteria penting yang kena semak sebelum beli emas untuk tujuan PELABURAN. Kalau sekadar untuk buat koleksi, mana-mana pun ok. Lepas cek kelima-lima ciri, pilih emas pelaburan yang terbaik ‘SECARA PAKEJ’ untuk kesemua ciri-ciri tersebut. Semoga info yang dikongsikan disini dapat memberi sedikit idea & ilmu mengenai emas yang sesuai bagi tujuan pelaburan.

Amir Marzhuki
Bandar Baru Bangi
Dealer Public Gold
PG00058738
h/p:012-2372641

2 comments:

Syah said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Kedai Vitamin Shaklee Bandar Baru Bangi said...

Panduan yang baik!