Thursday, 8 December 2016

1.3 Juta Peminjam PTPTN Disenarai Hitam CCRIS

1. Semua peminjam PTPTN secara automatik mempunyai rekod di Central Credit Reference Information System (CCRIS) selepas 6 bulan habis belajar.

2. Pada bulan ke-7 PTPTN akan menghantar surat supaya pembayaran semula dibuat.

3. Peminjam PTPTN yang membuat pembayaran semula dengan baik, maka tidak tersenarai hitam.

4. Namun PTPTN masih belum menyenaraikan peminjam yang mungkir bayar dalam Credit Tip Off Service (CTOS).

Wednesday, 7 December 2016

Cara Kira Debt Service Ratio (DSR)


Permohonan pembiayaan beli rumah ditolak mempunyai banyak sebab.

Salah satunya adalah adanya peraturan Debt Service Ratio (DSR).

Iaitu berapa komitmen hutang kita setiap bulan dibandingkan dengan pendapatan. DSR adalah peraturan Bank Negara Malaysia untuk menetapkan berapa hutang yang kita boleh ada.

Secara umumnya DSR adalah 70%. Namun bank dapat membuat polisi-polisi tambahan mengikut kesesuaian. Justeru, boleh jadi berbeza mengikut bank seperti lokasi rumah, harga rumah atau barangkali kakitangan awam atau swasta.

Andaikan pendapatan bersih kita RM 4,000 (selepas tolak kwsp, socs0). Hutang lain adalah seperti berikut:

Hutang kereta RM 700.
Purata bayar hutang kad kredit RM 150.
Hutang ASB RM 500.
Hutang personal financing RM 600.
Maka DSR kita telah mencapai 49%. Jumlah hutang dibahagikan dengan pendapatan. RM 1950/RM 4000.


Berdasarkan DSR yang ditetapkan 70% misalnya, maka kita cuma dapat buat hutang baru sehingga RM 850 sahaja. Justeru, berdasarkan kadar pembiayaan semasa, rumah yang dapat kita beli adalah maksimum RM 200k. Kalau bayar buan-bulan lebih dari itu, memang susah.

Justeru, pastikan kita merancang hutang dengan betul. Utamakan hutang yang lebih utama. 

Friday, 28 October 2016

Tuntut Hutang Gaya Along


Untuk penghutang yang liat nak bayar hutang. Ambil langkah ini jika semua langkah berlembut dan diplomasi gagal. Jangan diamkan diri , ambil tindakan sewajarnya.

1. Hantar kad peringatan ke alamat rumah dan pejabat. Jangan hantar surat tapi hantar kad (mcm poskad) ------> tujuan biar orang lain pun boleh baca tuntukan tersebut.

2. Pergi ke tempat tinggal dan tuntut , kalau dia takda rumah , tinggalkan pesan kepada sesiapa yang ada di rumahnya bila dia nak bayar hutang dan tinggalkan kad (seperti no 1) -----> tujuan , untuk orang lain dalam rumah tu tahu yang si dia berhutang.

3. Pergi ke pejabat dia bekerja dan tuntut , tinggalkan pesan dan kad (seperti no 1) sebagai peringatan bila dia nak bayar hutang. Tujuan ----> Untuk rakan sepejabat tahu dia berhutang.

Thursday, 20 October 2016

Kijang Emas

Post ini diolah oleh En Zulkifli.
Kawan2, boleh la follow page beliau. Banyak tips yang dikongsikan mengenai emas.


Kijang Emas adalah antara emas terbaik untuk simpanan di Malaysia. Ia dijual di cawangan Maybank tertentu.

Selain harga per gramnya murah, spreadnya juga sangat nipis. Lebih nipis berbanding Public Gold (sebelum tolak komisyen bagi sesiapa jadi ejen).

Disebalik kelebihan itu, ada beberapa kekurangan yang perlu diambil perhatian sebelum membelinya;

1. Stoknya sangat terhad. Ketika harga murah, amat susah kita membelinya. Masa harga mahal barulah stoknya berlambak.

2. Emas ini tak boleh dibooking. Tiada istilah lock harga. Kita hanya boleh membelinya secara cash n carry. Stoknya berdasarkan siapa cepat dia dapat.

3. Syarat beli balik sangat cerewet. Kalau ada tercalar (biasanya ketika pajakan) walaupun sedikit, Maybank tak akan membelinya. Kita terpaksa menjualnya ke kedai emas dengan spread 25%.

4. Urusan jual beli hanya terhad kepada banking hours sahaja. Tak ada istilah lock harga. Kalau harga meroket pada waktu malam, kita hanya boleh 'ngaga' sahaja sebab tak boleh lock harga. Begitu juga bila harga jatuh.

5. Minimum belian ialah 1/4 oz (7.775 gram). Bajetnya sekitar RM1,500. Kalau bajet belian cuma RM1,000 ke bawah, memang tak ada harapan beli emas ini.

6. Bukan semua cawangan Maybank ada jual Kijang Emas. Cuma 30 cawangan sahaja. Kalau stok di cawangan itu habis, kita kena pergi ke cawangan lain. Tiada istilah reserve stok dan emas itu dihantar ke cawangan terdekat dengan kita.

Jadi itulah nota ringkas saya tentang Kijang Emas. Saya juga ada menyimpan dalam jumlah yang kecil. Jangan percaya apa yang saya tulis ini, tapi sahabat-sahabat boleh mencubanya sendiri.

Dapatkan PENGALAMAN SENDIRI.

Seperti yang saya selalu kongsikan, emas terbaik mesti dinilai 5 kriteria secara PAKEJ. Barulah dapat untung maksimum daripadanya, insyaAllah.

#kijangemas #emasterbaik #emasmurah

Wednesday, 19 October 2016

Apa khabar Mymi1?

Dah lama x menulis di blog ni sebab busy dengan bisnes. Amir nak nak share latest update dari group Ponzi Scheme Alert mengenai Mymi1.

Kawan2, boleh buat penilaian sendiri apabila company suka hati menukar SOP mereka tanpa mendapatkan consent dari ahli2 mereka. Masih ingat 5 ciri2 skim cepat kaya? Amir ada tulis DISINI.



Post ni diambil dari group Ponzi DISINI.

Berita baru masuk:
==========================

Sekali lagi MYMI1 tidak menepati janji dan menukar SOP secara tergesa-gesa tanpa mengambil kira kesan kepada ahli -ahli.

Setelah 2 hari menunggu untuk menukar TC/CP kepada tunai sebagaimana janji asal ialah 16.10.2016, kemudian di tangguh kepada 18.10.2016, akhirnya malam ini sekali lagi MYMI1 tanpa ragu-ragu membuat pusingan U untuk mendera ahli. Dengan memaksa tukaran TC/CP kepada unit saham, bermakna semua ahli telah dinafikan untuk mendapat TUNAI.

Monday, 22 August 2016

Peluang Baik Sentiasa Ada



Jangan risau. Biarlah rumah makin mahal, biarlah tanah kampung untuk buat rumah hari tua tu pun makin mahal.  Tak perlu kelam-kabut. Fokus selesaikan masalah kewangan satu per satu. Settlekan dulu hutang-hutang yang menyesakkan nafas setiap bulan. Restructure dulu kewangan supaya komitmen bulanan melegakan kita.

Bila dah selesai nanti, kita dah tak perlu risau. Peluang-peluang terbaik akan sentiasa ada. Ya, betul. Ia akan SENTIASA ADA. Itu yang Amir belajar dan lalui dalam masa 2 tahun ini. Bila ada duit nanti, nak beli sebuah rumah setiap tahun pun tak ada masalah, bahkan nak beli lebih daripada itu pun boleh.

Bila ada duit nanti, nak beli rumah-rumah mahal impian hidup pun boleh. Buat masa sekarang, duduk menyewa dulu pun tak apa. Secara fizikalnya, tak ada beza rumah sewa dengan rumah beli.

Perasaan risau tu sebenarnya datang sebab kita tak berduit. Bila dah berduit nanti, peluang-peluang yang baik sentiasa ada. Jangan risau... Cool dulu... ;)


Monday, 15 August 2016

SAVE, PROTECT & INVEST

4 perkara penting dalam perancangan kewangan adalah menyimpan, belanja, melindungi dan melabur (mengembangkan aset)

MENYIMPAN (SAVE)
Perlu menyimpan sekurang-kurangnya 10% dari gaji setiap bulan. Prinsip menyimpan ni bukan sesuatu yang mudah kerana perlu konsistensi dan disiplin.  Daripada simpananlah, tabung kecemasan boleh diwujudkan. Tabung ini adalah untuk kegunaan hal-hal kecemasan seperti dibuang kerja, kerosakan kereta ataun hal kecemasan yang lain.

Cara yang senang untuk konsisten menyimpan adalah dengan buat potongan auto debit setiap bulan dari gaji setiap bulan . Kalau tak silap TH boleh buat potongan setiap bulan dari akaun gaji ke TH. Dapat gaji simpan dulu baru belanja!

Saturday, 13 August 2016

8 Langkah Mudah Habiskan Baca Buku Yang Di Beli


Anda suka beli buku tapi bila tiba bab membaca dan nak habiskan bacaan, sangat lambat. Buku yang dibeli 2-3 tahun lepas pun masih belum di baca. Akhirnya, buku-buku hanyalah jadi hiasan. Rak buku penuh dengan buku buku yang masih belum berusik. Suami/Isteri/Ibubapa dah bising sebab dah guna duit beli buku, tapi tak dibaca. Membazir. Ramai yang hadapi situasi ini kan? 

Kami kongsikan tips dan 8 langkah mudah untuk anda menghabiskan bacaan buku-buku yang dibeli. Langkah mudah ini, kami sendiri sudah lakukan.

Hasilnya dari tahun ke setahun, bilangan buku yang kami baca semakin bertambah, alhamdulillah. Jadi, apabila ada jualan buku murah, pesta buku, anda boleh beli tanpa rasa bersalah. Tiada orang yang boleh larang anda, sebab anda baca hampir semua buku yang di beli! 🙂

#1 LETAKKAN TARGET REALISTIK

Letakkan target senarai buku yang mahu anda baca untuk sesuatu bulan atau tahun. Contohnya, brp buah buku dan buku apa yang hendak di baca dalam setahun. Sekarang adalah masa terbaik untuk anda menentukan secara kasar buku yang menjadi pilihan untuk pembacaan anda tahun hadapan. 

Sebagai contoh, ini adalah target minima untuk tahun 2016:
3 Buku Motivasi Diri & Produktiviti: 
1. Less Doing More Living
2. Eat That Frog (Edisi BM),
3. The Leader in You (Edisi BM)

Tuesday, 9 August 2016

Ciri-ciri Emas Terbaik

Tips Memilih Emas Pelaburan
--------------------------
Emas yang harganya PALING MURAH bukan bermakna emas tu paling baik. Bahkan saya pernah jumpa kes pembeli yang kerugian besar disebabkan beli emas semata-mata sebab harga termurah.

Untuk dapatkan emas yang boleh dijual pada harga lebih tinggi pada masa depan, sekurang-kurangnya kena semak lagi 4 kriteria penting selain harga murah;
(2) Spread rendah
(3) Supply stok tiada had
(4) Cawangan jual beli banyak
(5) Jaminan beli balik walaupun kondisi emas tu rosak

Emas itu kira terbaik jika dapat skor tertinggi SECARA PAKEJ untuk kesemua 5 kriteria tersebut. Bukan hanya skor pada satu kriteria sahaja.

Wednesday, 15 June 2016

Betul ke Kadar Faedah Ar Rahnu sebanyak 16%?


Amir kongsikan dengan para pembaca hasil dari penulisan Tuan Azizi Ali apabila ada orang mengatakan beliau silap mengenai faedah Ar Rahnu kerana mereka sendiri rasai ialah 8%. Jadi, bagaimana angka 16% ini datang yer?

Jum kita sama2 baca perjelasan dari Tuan Azizi Ali

1. Saya telah menulis beberapa kali yang kadar faedah (aka caj upah) yang dikenakan oleh ar-rahnu adalah tinggi, boleh sampai 16% setahun. Sepertimana yang tertera dalam screenshots yang saya kembarkan, ada beberapa orang yang terkejut dan kurang percaya dengan kata-kata saya itu. Jadi inilah penjelasannya.

2. Sebelum itu, saya perlu menjelaskan yang saya seorang Chartered Financial Consultant (ChFC). Ini bermakna saya tahu cara untuk mengira kadar faedah dan pulangan (ROI) dan bukan main redah saja.

3. Pertamanya, seperti semua orang tahu, kos faedah pinjaman dikira atas jumlah pinjaman yang dibuat, dan bukan atas angka lain. Kalau kita pinjam RM100,000 (nak beli rumah yang harganya RM150,000), kadar faedahnya dikira atas RM100,000 tersebut (jumlah pinjaman), dan bukan atas RM150,000 (harga rumah).

4. Yang membuatkan ramai orang terlepas pandang apabila meminjam wang dari ar-rahnu ialah kerana kos faedah dalam ar-rahnu/pajak gadai yang dikenakan dikira atas NILAI MARHUN (nilai emas) dan bukan atas NILAI PINJAMAN. Ini tak salah dari segi undang-undang tetapi sudah tentu kurang tepat dalam finance. Ianya seperti bank mengatakan kos faedah pinjaman rumah (contoh 5%) di kira atas harga rumah (RM150,000) dan bukan atas jumlah pinjaman (RM100,000). Jika bank mengira begitu, sudah tentu jumlah bayaran nampak rendah kerana dibandingkan dengan harga rumah, tetapi ianya kurang tepat.

5. Baik, murid-murid, sekarang cikgu yang berikan contoh pengiraannya. Keluarkan kalam masing-masing:
6. Jadi upah simpan (aka kadar faedah) RM0.85 ar-rahnu dalam contoh ini ialah 15.69%. Ini amat tinggi sekali! Kalau tuan boleh caj sesiapa 15.69% setahun (atau 1.31% sebulan), tuan akan kaya raya dalam masa beberapa tahun saja.

7. Lagi satu poin yang ramai orang terlepas pandang: Bayaran RM510 itu hanya caj upah (faedah). Jika anda nak tebus balik emas tersebut, anda masih perlu bayar balik pinjaman RM6,500 tadi!

8. Semua ini juga bermakna bisnes ar-rahnu/pajak gadai adalah model bisnes yang amat power! Mungkin anda patut buka satu!

Wednesday, 25 May 2016

Jadi Scammer adalah Kerjaya yang Hebat

Ulasan dari FB Tuan Azizi Ali Mentor Kewangan mengenai kerjaya sebagai Scammer.

*************************************************************
1. Saya baru terperasan yang menjadi scammer adalah satu kerjaya hebat. Mari kita buat analisisnya.

2. Pertamanya anda tak perlu modal sesen pun untuk pun untuk memulakan scam baru. Semuanya adalah self-sustaining dengan menggunakan duit mangsa.

3. Anda tak perlu belajar tinggi2 (malah setakat darjah 6 pun sudah cukup).

4. Anda tak perlu apa2 ilmu kewangan dan pelaburan (kerjanya hanyalah me-rcycle-kan duit).

5. Anda tak perlu apa2 pengalaman kerja (sebab tu student pun boleh jadi scammer).

6. Anda boleh cipta identiti baru siap dengan Datoship sekali.

7. Anda boleh maki hamun semua pakar kewangan yang mengexposekan scam anda.

8. Anda akan dipuja oleh semua pengikut anda sebagai pemberi rezeki mereka.

9. Anda boleh dapat gelaran Pakar Ekonomi Asia!

10. Anda mendapat kepuasan diri kerana dapat memperbodohkan orang yang lebih pandai.

11. Anda boleh bawa kereta super mewah yang disponsor oleh mangsa.

12. PULANGANNYA TINGGI MENGGILA (masuk ratusan juta ringgit)!!!
13. Bila skim itu berkubur, anda boleh selamat dengan kata anda jatuh sakit.

Tuesday, 17 May 2016

Skim Cepat Kaya : Mecca Fund atau Makkah Islamic Hotel?

Assalamualaikum semua, Amir doakan kepada para pembaca blog ini agar dilindungi dari segala tipu helah yang memberikan janji2 manis dari scammer yang pandai berlakon seperti orang "alim".

Dari pembacaan dan penilaian Amir sendiri, bukan semua ustaz mahupun imam muda mahir dengan pelaburan yang patuh syariah ini (kenyataan ini diulas oleh Dr Zaharuddin dalam buku beliau bertajuk Wang, Anda & Islam). Malah ramai diantara mereka terjebak dengan skim2 ini apabila nafsu tamak mengaburi akal fikiran mereka tentang hukum hakam pelaburan yang tidak patuh syariah.

Dalam Islam sendiri menyatakan bahawa jika pelaburan itu menjanjikan "pulangan tetap", ROI nya melebihi (lebih dari 50% setahun) dari pelaburan biasa, dan sumber pelaburan yang kabur2 telah disahkan bahawa HARAM.

Ini adalah screenshot dari salah seorang pelabur Mecca Fund yang mengatakan bahawa ramai orang salah faham dengan pelaburan mereka ini. Adakah itu termasuk skali dengan Bank Negara & juga JAKIM? Anda mampu menilainya.

Amir attachkan juga ulasan dari Dr Anas Madani mengenai skim ini

Sunday, 15 May 2016

Skim Cepat Kaya : Mymi1

Updated 14/1/2017

Assalamualaikum semua, hari ini Amir nak kongsikan satu lagi Skim Cepat Kaya yang dah mula merebak di kalangan kawan2 Amir sendiri yang dikenali dengan Skim Mymi1 dimana mereka akan katakan bahawa ini adalah "bisnes pelaburan" yang berasaskan product top-up tetapi bisnes mereka menjadi orang tengah kepada semua operator yang ada di Malaysia termasuk oversea.

Jadi, Amir nak huraikan kenapa bisnes ini adalah skim cepat kaya seperti yang lain2 diluar sana (samada dah tutup ataupun masih aktif). Boleh baca point2 Amir dibawah ini dan boleh buat penilaian sendiri.

1. Nak join bisnes ini perlu melalui beberapa package yang sangat menarik untuk mendapatkan komisen/insentif setiap 10 hari (bukan setiap bulan yer!!). Bab ni dah sah2 mirip dengan skim Highway Group Resources, Mecca Fund, IPO (Yang dah lingkup & blacklist by Bank Negara Malaysia).

Ini link senarai blacklist BNM.


Tak percaya? Meh kita lihat antara persamaan skim mereka ialah dengan memerlukan mereka membayar deposit/yuran keahlian mengikut pakej yang mereka promote.



Mymi1
Highway Group Resources
Mecca Fund


Friday, 13 May 2016

Cikgu Sanggup Hutang Along Sebab Rakan


Ada beberapa mentor Amir mengatakan bahawa "Niat tidak menghalalkan cara". Apa maksudnya? Sebagai contoh ialah Robin Hood yang mencuri duit dari orang kaya untuk membantu orang miskin. Cara dia tu dah salah sebab "mencuri" walaupun niat dia baik iaitu "membantu" orang miskin.

Sama juga dengan niat murni seorang cikgu ini yang membantu orang lain terutama rakan yang dalam kesempitan dengan meminjamkan wang, memakan diri apabila dia kini menanggung hutang hampir RM2 juta akibat meminjam duit dari Along & Ceti Haram.

Ibu kepada 12 anak yang bertugas sebagai guru di Sabah itu mengaku dia tidak berfikir panjang apabila menawarkan diri membantu 102 rakan dan kenalannya dengan meminjam wang daripada tiga ceti haram atau along tanpa pengetahuan suami dan keluarganya.

“Pada awalnya, saya hanya berniat ingin membantu rakan yang terdesak. Mungkin kerana bahagia melihat kegembiraan orang lain, saya langsung tidak terfikir niat baik itu memakan diri,” katanya kesal.

Wanita berasal dari utara Semenanjung hanya mahu dikenali sebagai Masni, 50, berkata, hidupnya makin tersepit apabila rakan yang meminjam mula mengadu tidak mampu membayar semula mengikut jadual dipersetujui sebelum ini, kerana terikat dengan pelbagai komitmen.

“Bayangkan, hanya dalam tempoh kurang sebulan pada Jun lalu, saya sudah meminjam RM685,000 daripada ceti untuk membantu 102 rakan dan kenalan.

Pengajaran dalam kisah ini ialah 
1. Bantulah rakan atau ahli keluarga mengikut kemampuan kita
2. Jangan pinjam Along
3. Kalau ada yang ingin pinjam duit dengan banyak, better mereka apply di Bank.
4. Jika kita sendiri tidak cukup makan, kita boleh bantu menasihatkan rakan2 ini dengan supaya mengurangkan komitmen mereka sendiri (belajar berjimat cermat seperti potong astro, kurgkan makan diluar).

Thursday, 12 May 2016

Bagaimana Nak Elak Duit Bocor?

‘Bagaimana nak elak duit bocor?’
Jawapannya ialah  ‘Tukar duit anda ke dalam bentuk emas’

Apa sebabnya? Ada 3 sebab.
1. Fitrah manusia dengan emas ialah nak simpan elok-elok
2. Fitrah manusia dengan emas ialah nak kumpul banyak-banyak
3. Emas orang tak pinjam.

1. Fitrah manusia dengan emas : Anda nak simpan elok-elok. Cuba beli emas dan peganglah ia seperti gambar ni.
Mula-mula hati anda akan cakap ‘wah cantiknya emas nie’. Kemudian hati anda akan cakap ‘emas nie kena simpan elok-elok’

Inilah yang akan berlaku bila anda pegang emas. Anda akan fikir kat mana nak simpan emas ini dengan selamat. Sebab itu anda kena tukar duit jadi emas secepat mungkin.

Bila dapat duit, maka hati asyik fikir belanja atau bayar hutang ajer.. takder fikir pasal simpan. Sebab itu emas magnet kekayaan. Ia selari dengan fitrah manusia ingin menyimpan.

Kenapa menyimpan duit sukar dibuat? Sebab fitrah manusia dengan duit ialah nak belanja dan bayar hutang. Bila duit dah jadi emas.. anda terpaksa simpan.


2. Fitrah manusia dengan emas : Anda teringin nak kumpul banyak-banyak. Emas memberikan kepuasan jika dikumpulkan. Ini kerana fitrah manusia dengan emas ialah ia seronok jika dikumpulkan. Semakin banyak emas, semakin seronok hati anda. Tanpa disedari, lama-kelamaan emas anda akan bertambah banyak. Anda akan faham perkara ini apabila anda dah beli emas. Selagi anda belum membeli emas, anda susah nak faham perasaan seronok mengumpulkan emas


3. Emas orang tak boleh pinjam.

Bila duit dah jadi emas maka orang dah tak boleh pinjam duit
anda. Hehehe.. selamat duit. Kalau ada orang yang nak pinjam duit anda, maka anda cakap ayat ini ‘Saya minta maaflah, semua duit saya dah habis beli emas’. Biasanya kalau anda cakap macam itu, maka orang yang nak pinjam duit anda tidak boleh berbuat apa-apa.
Jadi terpaksalah dia pergi mencari orang lain pula. Takkan orang tu nak cakap “Kalau macam itu, boleh tak saya pinjam emas tuan@puan sekejap?” Jadi, selamatlah duit anda kerana dah ditukarkan ke dalam bentuk emas. Itulah sebab kenapa emas itu dipanggil magnet kekayaan.


Jadi tuan puan pembaca sekalian, inilah 3 sebab utama kenapa anda perlu menukarkan duit kertas kepada emas. Mari kita ulang suara..

1. Bila duit jadi emas, maka anda kena simpan elok-elok.
2. Bila dah beli emas, nanti akan rasa seronok nak kumpul banyak-banyak.
3. Emas orang tak pinjam.

Wednesday, 11 May 2016

Promosi Untuk Wanita Sempena Mother's Day

Tawaran istimewa hanya belian RM11,000 dah boleh jadi dealer, biasanya belian RM30,000

# Tips menjadi Dealer Public Gold
Dengan menjadi dealer emas Public Gold, kita boleh jana keuntungan dalam apa juga urusniaga dan pergerakan harga emas. Walaupun beli hanya untuk simpanan sendiri semata-mata, kita boleh dapat untung lebih besar kalau manfaatkan posisi sebenar sebagai dealer dengan membantu orang lain turut sama menyimpan emas. 

Siapa yang jadi dealer sambil simpan emas, dia untung:
1) Jimat susut nilai at least 1.3% – 2.3 (rebat).
2) Peluang jual emas sendiri tanpa susut nilai (jual harga PG Sell).
3) Peluang beli emas dengan harga diskaun 5% – 8% (susut nilai).
4) Untung berganda bila bantu orang lain membeli emas (komisyen jualan).
5) Untung simpan 
emas bila harga emas naik.
6) Untung komisyen berganda bila harga emas jatuh (komisyen jualan).
7) Beli emas untung, simpan emas untung, jual emas pun untung.
8) Harga emas naik untung, harga emas turun lagi untung.


Home Office Public Gold di Penang

Tuesday, 10 May 2016

Tips Beli Emas Harga Murah

Untuk sahabat yang nak beli tiga item emas bersaiz kecil di bawah ini, ini tips sangat penting kalau nak dapat HARGA JAUH LEBIH MURAH:

1. Gold bar 1 gram (pelbagai design)

2. Gold bar 5 gram

3. 1/2 Dinar

Sila pastikan beli melalui akaun emas GAP. Ia jauh lebih murah berbanding beli secara cash and carry (non-GAP). Item sama sahaja, cuma kaedah pembelian sahaja berbeza sebab Public Gold bermurah hati menjual item kecil (yang minting costnya mahal) dengan harga murah jika keluarkan dari akaun GAP.

Contohnya, gold bar 1 gram RM210, tetapi melalui GAP hari ni cuma RM177. Masa nak keluarkan emas tu nanti, bayar RM5 je untuk caj premium. Jadi TOTAL cuma RM182.

Jimat RM28! Banyak tu...

Untuk maklumat lanjut tentang akaun emas GAP (cara pembelian emas fizikal paling mudah di Malaysia), baca artikel Amir di link ini
http://bit.ly/ApaItuGAP

Amir Marzhuki
Bandar Baru Bangi
Dealer Public Gold
PG00058738
h/p : 012-2372641

Monday, 9 May 2016

Hukum Pelaburan Dinar Iraq?

Baru-baru ini, kotak email saya dan telefon bimbit saya di ‘serang' oleh pertanyaan berkenaan sebuah pelaburan membeli satu set wang kertas Dinar Iraq sebagai satu jenis pelaburan yang dikatakan amat menguntungkan. Saya difahamkan bahawa cara membelinya adalah melalui internet dengan. Berbekalkan harga RM 680 maka anda mampu memiliki satu set wang kertas Dinar Iraq berjumlah 41,800 dalam masa dua ke tiga hari. Bagaimanapun, saya difahamkan harga RM680 tidak lagi terpakai, harga baru yang ditawarkan adalah RM 720 pula bagi mendapatkan set yang sama.

Para pembelinya memaklumkan kepada saya bahawa potensi Dinar ini untuk naik adalah amat tinggi berdasarkan ‘trend' turun naik nilai matawang Kuwait dan Afghanistan yang turun amat teruk apabila peperangan berlaku, kemudian nialinya akan naik dan kembali stabil selepas kerajaan dan situasi ekonomi Negaranya stabil. Sebagai contoh yang diberikan kepada saya. Nilai matawang Kuwait semasa perang adalah USD 00.10 dan sekarang melonjat kepada USD 3.50 bagi satu Dinar Kuwait. Berkenaan matawang Afghanistan pula disebut bahawa nilai 1 Afghanis bersamaan US$0.03 sebelum perang dan semasa perang, 1 Afghanis = US$0.0001, manakala nilainya sekarang 1 Afghanis bersamaan US$0.02.

Hukum Kutu Emas


Skim kutu emas bermasalah dari sudut syariah. Ini disebabkan harga emas ada naik turun. Ust Dr. Azman dah bagi pencerahan dalam artikel beliau di www.bit.ly/kutuemas 

Alternatif kepada kutu emas ialah KUTU DUIT tetapi digunakan untuk membeli emas.

Katakanlah peserta kutu 10 orang dengan caruman RM20 sebulan. Jumlahnya RM200.

Katakanlah bila sampai giliran si A, maka dia akan dapat RM200. Dengan RM200 itu dia boleh dapat sekeping gold bar 1 gram. Bila sampai giliran B, harga emas telahpun naik RM210. Maka si B tetap akan terima RM200 dan terpulang kepada si B untuk top-up lagi RM10 dengan duit sendiri untuk membeli gold bar 1 gram. Kaedah begitu patuh syariah.

Itu yg saya fahami. Jika silap harap perbetulkan.

------------
Penulisan ini dibuat oleh Mentor Amir, En Zulkifli


Amir Marzhuki
Bandar Baru Bangi
Dealer Public Gold
PG00058738

h/p : 012-2372641

Tuesday, 12 April 2016

8 Tips Nak Elak Skim Penipuan Emas

Sekarang ini, Amir rasakan sudah ramai orang Malaysia mula menyimpan emas semenjak kejatuhan nilai wang ringgit kita pada tahun lepas. Dalam masa yang sama, skim2 cepat kaya pun bertopengkan emas pun tumbuh kembali & tidak pernah2 berputus asa untuk menipu lebih ramai orang lagi yang "tamak" dengan memberi janji2 manis.

Amir kongsikan 8 Tips bagaimana tidak terjebak dengan skim penipuan emas ni:-

1. Elakkan melabur di dalam skim yang menjanjikan pulangan tetap setiap bulan.
2. Elakkan melabur sekiranya harga emas yang dijual adalah terlalu tinggi
3. Elakkan melabur sekiranya anda perlu serahkan balik emas anda kepada syarikat untuk didagangkan.

Monday, 11 April 2016

Tak Boleh Login Sistem GAP?

Ada beberapa customer ada problem untuk 1st time login sistem GAP selepas pembelian telah dibuat (Dah dapat confirmation melalui email). Amir cuba kenal pasti apa masalahnya, dan rupanya customer perlu juga register di akaun Public Gold. Ini kerana akaun GAP berada di server lain dengan akaun normal Public Gold.

Langkah hendak register pun mudah jer. Tak perlu pening2. Amir kongsikan dibawah ini.

Langkah #1 : Register di Website Public Gold
Skrin #1: Pergi ke web www.publicgold.com.my, dan klik “Login”.

Skrin #2: Klik butang “Register”.

Skrin #3 : Klik Butang "OK"

Skrin #4: Masukkan maklumat peribadi. Letakkan maklumat dealer sebagai introducer anda. Ini penting sebab dealer tu nanti akan bantu anda follow-up dengan Public Gold bila diperlukan. Kalau nak saya jadi introducer anda, letakkan kod “PG00058738“, dan tekan “Check Introducer”. Pastikan keluar nama “Muhammad Amir Bin Marzhuki“. Peringatan penting, “Introducer” tak boleh ditukar kalau dah register nanti. Jadi, lebih baik anda kenal pasti betul-betul dealer mana yang boleh membimbing anda dengan betul dan penuh bertanggungjawab sebelum letak nama Introducer.

Last skali, tekan button submit. Dan anda dah boleh masuk ke akaun GAP melalui page login yang sama tadi.

Selamat membeli emas semua. Hehe

Amir Marzhuki
Bandar Baru Bangi
Dealer Public Gold
PG00058738
h/p : 012-2372641

Saturday, 9 April 2016

Check CCRIS dari Rumah


Tried and tested. Ini cara paling cepat nak dapatkan laporan CCRIS. Yang pernah ambil pinjaman PTPTN wajib semak laporan CCRIS sebelum memohon apa-apa pembiayaan, terutamanya kalau nak beli rumah.

1. Kenapa Laporan CCRIS Penting?

Laporan CCRIS ni menunjukkan rekod pembayaran hutang anda pada institusi perbankan. Daripada rekod ini dapatlah mengetahui samada anda ni pembayar hutang yang bagus atau tidak.

Sekiranya anda mempunyai salah satu daripada yang dinyatakan di bawah, anda sudah mempunyai rekod CCRIS.

  • Pinjaman PTPTN
  • Pembiayaan peribadi daripada bank
  • Kad kredit
  • Pembiayaan pembelian kenderaan
  • Pembiayaan kereta
  • Pembiayaan perniagaan daripada bank

Daripada laporan ini, senanglah bank nak tahu samada seseorang itu pembayar hutang yang bagus atau tidak sebelum mereka beri pinjaman kepada individu tersebut.

2. Laporan CCRIS Untuk Siapa?

Bagi yang ada pinjaman PTPTN dan nak beli rumah, anda wajib semak laporan ini dahulu. Takut ada rekod buruk yang anda tak tahu. Leceh bila sampai masa nak beli rumah dan dah letak deposit, loan sangkut sebab ada masalah CCRIS.

Amir juga diberitahu melalui Facebook dari salah seorang banker bahawa ada yang dah membayar PTPTN on-time dan tiada tunggakan tapi PTPTN gagal mengemaskini akaunnya menyebabkan rekod buruk di dalam CCRIS. Ya, ini berlaku lebih-lebih lagi bila sistem ini baru diperkenalkan. Jadi kepada yang membayar on-time pun Amir sarankan supaya periksa rekod CCRIS.

Selain itu, yang dah ada banyak produk kewangan (personal loan, kad kredit, loan rumah) eloklah menyemak laporan CCRIS anda setahun sekali atau beberapa bulan sebelum membeli hartanah. Kalau ada yang tak cantik tu, adalah masa untuk cantikkan supaya mudah dapat pembiayaan.

Terutamanya yang nak masuk lelong, semak je laporan CCRIS. Just in case kan. Yang main lelong kalau menang tapi loan tak approve, memang menangis tak berlagu sebab deposit 10% hangus. Jangan main-main.

3. Bagaimana Nak Dapatkan Laporan CCRIS Tanpa Perlu Keluar Rumah?

Laporan CCRIS boleh didapati daripada kiosk yang disediakan di Bank Negara dan cawangannya. Tempat lain takde dah kiosk ni.

Satu lagi cara adalah yang saya ajarkan di sini. Kenapa cara ni penting? Sebab selama ni majoriti yang saya kenal bersusah payah bayar tol, bayar parking, redah traffic jam pergi Bank Negara semata-mata nak dapatkan laporan ni.

  1. Laporan boleh didapati daripada Credit Bureau Malaysia (CBM). Pergi ke laman Self Enquiry Report
  2. Download borang. Klik sini.
  3. First page borang ada checklist. Senang cerita, kena sertakan salinan IC dan dua dokumen sokongan.
  4. Second page borang isikan maklumat peribadi. Tandatangan.
  5. Third page borang. Pastikan anda tandatangan kat bahagian atas surat.
  6. Scan borang yang dah lengkap.
  7. Lakukan pembayaran pada akaun Maybank Credit Bureau Malaysia 5123 5260 4549 sebanyak RM10.
  8. Emelkan borang dan resit pembayaran tadi ke info@creditbureau.com.my.

Dalam masa kurang daripada 1 hari, anda akan dapat laporan kewangan penuh, termasuk laporan CCRIS dan rating tahap kewangan anda.

Ini pula rating yang bakal diberikan berdasarkan laporan kewangan anda. Rasa-rasanya anda di mana?

Selamat menyemak rekod CCRIS anda.

Tuesday, 5 April 2016

Cara Nak Cepat Kumpul Duit

Bagi Amir, tiada short cut untuk mengumpul duit dengan cepat. Berapa cepat kita dapat kumpul duit, bergantung kepada berapa cepat kita dapatkan ILMU kewangan & pelaburan, dan mempraktikkannya.

Itu je jalannya. Bukannya masuk Skim Cepat Kaya kerana kebanyakkan yang join memang tak kaya lama.


Monday, 4 April 2016

Fahami Pelaburan Emas Fizikal Dalam Masa 5 Minit

Sesiapa yang nak belajar dan tambah lagi ilmu tentang emas, Amir syorkan download dan baca ebook ni. Ianya disediakan sendiri oleh pakar dalam bidang pelaburan emas, Tuan Mohd Zulkifli Shafie (Mentor Amir).

Amir yakin lepas rakan-rakan baca ebook ni, banyak persoalan berkaitan pelaburan emas yang akan terjawab. InsyaAllah.

Nak download ebook ini?
Klik link DISINI

Saturday, 2 April 2016

Belian Melalui sistem GAP

Buat customer yang sudah buka akaun GAP. Jika belum buka akaun GAP, boleh follow step2nya di link DISINI

Sekarang ini sudah mudah nak tambah emas dengan akaun GAP. Semudah macam beli barang online di Lazada atau Mudah. Hehe

Amir kongsikan step2 nya dibawah:-

1. Klik login button terlebih dahulu di link Public Gold 

2. Masukkan username (PG code anda), password dan jangan lupa tick "I am Human" sebelum button login.


3. Anda akan dibawa terus ke akaun GAP. Klik button "Purchase" untuk belian emas.

4. Selepas itu, klik button "Add New"

5. Decide dahulu berapa gram yang anda hendak beli. Kemudian, buat pembayaran terus ke akaun Public Gold

5571-3923-8048 (Maybank) 
3167-52-0833 (Public Bank) atas nama “PUBLIC GOLD MARKETING SDN BHD”

Kemudian, masukkan detail2 nya di kotak dan attach juga slip pembayaran sebagai bukti pembelian.


6. Akhir skali, klik button "ok" untuk lengkapkan transaksi belian emas. Mudahkan?
Amir Marzhuki
Bandar Baru Bangi
Dealer Public Gold
PG00058738
h/p : 012-2372641