Skim Cepat Kaya : Zenith Gold


Banyak saya terima feedback yang menyatakan bahawa Zenithgold menjawab kembali ulasan muamalat.my dalam isu riba mereka. Sebenarnya saya tak berapa nak ulas sebab skim itu adalah skim bohong, jadi mereka boleh jawab dan tukar jawapan bila-bila masa sebab mereka tidak pernah ada kontrak bertulis.

1. ZG dakwa mereka tak pernah jamin keuntungan dan modal, jadi mereka bukan riba. Kita nak tanya balik, kalau ZG tak jamin keuntungan dan modal, kenapa mereka janjikan keuntungan berkali ganda? Dan akad apa yang mereka gunakan? Adakah akad musyarakah dan mudarabah? Yang pasti, tidak ada akad, dan kontrak antara ZG dan peserta adalah batil kerana tidak ada akad. Akad batil juga haram di sisi Syariah.

2. Selepas ahli masuk ZG mereka tidak lagi boleh keluarkan duit mereka sehingga cukup tempoh matang. Ini akad jenis apa? Dalam mana-mana pelaburan, anda boleh keluarkan semula duit masing-masing sebelum tempoh matang, sama ada dengan menjual share pada harga hari tersebut ataupun withdraw deposit.

3. ZG adalah pelaburan gharar kerana ZG tidak berdaftar di mana-mana negara di dunia. ZG cuma ada laman web yang diuruskan oleh ORANG MALAYSIA yang mendakwa mereka berpangkalan di UK. Buktinya sampai sekarang geng2 ZG tidak pernah mengeluarkan penyata kewangan tahunan pelaburan mereka dalam web palsu zenithgolds.com tu. Mana-mana syarikat yang menjalankan pelaburan yang sah, akan mengemukakan pelaburan tahunan. Oleh kerana pelaburan ZG tidak jelas, maka ia termasuk dalam hukum gharar fahisy yang haram.

4. Dakwaan ZG mereka berdaftar di UK adalah palsu, syarikat zenithgold limited di UK tidak ada kena mengena langsung dengan ZG yang buat 'pelaburan emas' di Malaysia. Zenithgold UK adalah syarikat sewaan bangunan dan hartanah dan tidak ada anak syarikat atau cabang bisnes lain. Saya sendiri sudah meneliti dan memiliki laporan kewngan tahunan zenithgold di UK itu yang mana anda pun boleh beli dengan harga USD10 sahaja. Bukti yang paling ketara ialah dalam website zenithgolds.com anda tidak akan jumpai satu pun Nombor pendaftaran ditulis dalam laman web.

5. Dakwaan laman web sekuriti tinggi SSL dan tidak ada kena mengena dengan pelaburan dan syarikat yang tidak wujud. Sesiapa sahaja boleh buat laman web begitu dan cuma beli dengan mana-mana provider tanpa perlu ada daftar di mana-mana negara. Logo-logo syarikat emas dalam website ZG itu sesisapa sahaja boleh dakwa dan jangan percaya kepada website yang berselindung tanpa syarikat berdaftar.

6. ZG dakwa mereka melabur dalam BURSA SAHAM DUNIA. Ini sudah cukup bukti bohong. Mana ada Bursa Saham Dunia. Jika ZG melabur dalam emas, sama ada harga mereka perlu ikut turun naik emas, atau mereka akan labur dalam mana-mana syarikat emas. Tapi ZG bukan labur dalam emas, juga bukan dalam syarikat emas. Harga emas sejak 3 bulan terakhir ini melambung naik dan menerjun turun, tapi ZG masih offer keuntungan harian pada waktu harga sedang turun.

7. Emas jongkong yang anda lihat itu emas yang dibuat di Malaysia saja. Anda juga kena berhati-hati sebab ZG tidak berdaftar di mana-mana dengan kata lain emas ZG tidak dapat dipastikan ketulenannya kecuali di buka Cert dan di uji di kedai-kedai emas. Walaupun ada yang tulen, tapi oleh kerana ZG tidak berdaftar di mana-mana, maka boleh jadi saja dicampurkan.

8. Tidak berdaftar di Malaysia, bererti ZG TIDAK BOLEH kutip duit rakyat Malaysia. Risikonya WANG YANG DIKUTIP sendang di selewengkan kerana tidak berdaftar di Malaysia dan tidak ada sesiapa yang memantau. 'Pelabur' yang tidak pernah kenal pelaburan emas cuma melihat nombor dalam website dan berharap dapat untung dalam 400 hari. Sedangkan keuntungan itu cuma diambil daripada pandaftaran insan-insan bodoh jahil yang baru.

Sekali lagi pesan saya kepada rakyat Malaysia, jangan terdesak sangat cari duit haram melalui Zenithgolds.

Post a Comment

19 Comments

Anonymous said…
Mantop!! Teruskan lg bg pencerahan supaya tiade lg mangsa yg kbanyakanyye bangsa M... Yg peliknye xde pn bangsa2 yg maju lain( mat saleh, jepin, korea) berebut2 utk melabur k dlam pelaburan yg terhebat d dunia... Pelik??
Unknown said…
Banyak membaca, makin keliru siapa yg betul dan siapa yg salah..😁
Unknown said…
Salam,aku telah melabur dalam zg sejak tahun lepas lagi..hingga cukup 400hari aku wihtdraw seperti waktu dijanjikan..setiap bulan withdraw aku masih dalam prosesing...hinggalah sekarang terus di tutup akaun zg aku dgn tiada ape2 info atau email dari pihak zg..cuma yang dapat tahu dari ahli2 atasan dijanjikan selesai bulan sept 2017 ni..jika ade rezeki aku adelah..jika tkde ini pemgalaman pertama aku dalam biz macam ni...moga akan datang jadi iktibar utk aku
Anonymous said…
September dah nak abis bro. Dah dapat ke duit tu?

Teringat ada dua ladies approah aku. Kejar aku dua hari. Aku bagi chance explain depan aku tapi tak boleh jawab bila aku minta audit report. Kesian. Diorang tu claim accountant bank tapi dan nampak baik baik tapi sudahnya jadi macamtu.
hafifi said…
Korg bnde2 cmni xpayah percaya..baru2 ni ethrade dah bungkus..diorg mmg akn bg wd pd asalnye spye akn tmbh pelabur,dah ckup limit,diorg blah..
NN said…
Tepat sekali !
NN said…
Pada aku nak melabur ni

(1) kena ada ilmu
(2) jangan terikut-ikut orang
(3) and no such thing as free lunch...maksudnya nak duit kena usaha la...mana ada benda yang senang.

Ramai orang yang cari cara buat duit dengan mudah ni ..tapi usaha malas...patu start la melabur dalam skim2 cepat kaya ni..patu duit hilang...diri sendiri yang rugi...
Anonymous said…
dari bulan 5 withdraw smpai skg x dpt2.. pundek punya zenith gold, kwn yg bawa masuk zenith gold btg idung dh x nmpak,tnjuk masuk akaun riban2,tukar kereta sport,skg wasap pn dh block, mmg last la main mende2 bodoh gini, perabih duit.
Jamall said…
aku dari bulan 5 widraw..sampai sekarang dalam akaun masih (PROCESSING)..kepala otak zenith gold tu..adalah seorang leader tu dulu sebelum aku join bukan main lagi manis mulut..lepas terjadi macam ni..pukimak punya org..nak tegur org pun susah..sial zg..aku doakan owner zg tu mampus dan semua harta dia kena bencana..Amin
Jamall said…
kepada sesiapa yg nak melabur dgn ZG (zon penggelap wang)..berfikir dulu..ramai yg dah kena mangsa..kalau tak silap aku di malaysia terdapat 40k ahli termasuk aku yg kurang nernasib baik ni..tak masuk akal langsung dah berbulan-bulan duit tak masuk2..celaka zg
Anonymous said…
Ya, aku pun kena tipu jua. Nasib baik aku x melabur banyak. Kepada anda yg nak melabur tu, fikir kan lh dulu, nanti menyesal.
Anonymous said…
Sy pn kna tipu zenith gold, nasib main rm380 saja, #zenith gold penipu anjing babi sial, dan kpd smua geng ahli zenith gold padan muka korang kena tipu dgn aku aku skali
Unknown said…
skim bangsat....tu je yg boleh saya cakap...saya pun mangsa jg
Unknown said…
skim haprak..smp skrg pun tak nampak hasil...memang sial
Unknown said…
Xpa la ambik pengajaran..
Aq pula should get the money on feb 2018 . January 2018 acc zenith pending sampai ke hari ni
Mrmang hanat.. Upline x respon mesej watsapp.. Apa smua dy sunyi sepi..aa x halalkan smua kata2 manis dia..hanat
Next time. Klw pelaburan tu suda lama betapak . Xyh join. Sbb x lama lg drg akan cabut lari tu duit.tu pengalaman aq.