Monday, 13 August 2018

Satu Akaun Demi Masa Depan

Amir nak kongsikan 1 artikel yang diterbitkan oleh Berita Harian semasa mereka menemuduga Pengerusi Kumpulan Permodalan Nasional Berhad (PNB), Tan Sri Abdul Wahid Omar. Detail mengenai soal jawab amir sertakan dibahagian bawah ini.

Artikel ini diterbitkan pada 4 September 2017

Dari semasa ke semasa, Permodalan Nasional Bhd (PNB) terus komited dalam menambah baik dana amanah di bawah pengurusannya ke arah patuh syariah. Usaha itu adalah sejajar dengan aspirasi pemegang unit yang mahukan pelaburan mereka berlandaskan syariah. Wartawan BH Ahad, KAMARULZAIDI KAMIS dan MAHANUM ABDUL AZIZ menemubual Pengerusi Kumpulan PNB, Tan Sri Abdul Wahid Omar bagi mengulas mengenai usaha itu dan sumbangan terhadap perkembangan kewangan Islam di negara ini serta peranan PNB dalam memperkasakan agenda Bumiputera.


S : Soalan
J : Jawapan

Soalan 1 :-

S: Kira-kira 60 peratus aset di bawah pengurusan PNB kini berlandaskan syariah. Kenapa agenda berlandaskan syariah penting bagi PNB?

J: Jika anda melihat kepada aspirasi pemegang unit amanah kami, mereka mahukan pelaburan dalam unit amanah berlandaskan syariah. Kami sedang meninjau untuk meningkatkan jumlah dan nilai instrumen ekuiti berlandaskan syariah. Apabila ia membabitkan perkhidmatan kewangan, angkanya masih rendah buat masa ini. Kami melihat kepada cara atau jalan bagaimana ia akan ditingkatkan. Oleh sebab itu, kami mengatakannya secara terbuka, bahawa kami menyokong kepada setiap usaha bagi mewujudkan instrumen ekuiti tambahan.

Ia boleh disumbangkan dengan contohnya penubuhan bank Islam universal kedua. Jika anda melihat kepada pengumuman yang dibuat Malaysia Building Society Bhd (MBSB) yang akan bergabung dengan Asian Finance Bank Bhd (AFB), saya rasa ia baik untuk industri. Ia bermakna, kita akan mempunyai tambahan institusi kewangan Islam yang disenaraikan di pasaran saham. Kami juga menyokong sebarang usaha oleh bank Islam yang lain untuk meningkatkan saiz mereka, menjadi satu lagi bank Islam universal. Selain itu, kami juga melihat kepada bagaimana kami meningkatkan jumlah dan nilai instrumen ekuiti dalam kalangan peserta utama.


Soalan 2 :-

S: Mengapa operasi berlandaskan syariah seperti Maybank Islamic sebagai entiti perbankan Islam terbesar di negara ini serta CIMB Islamic dan RHB Islamic, tidak disenaraikan secara berasingan oleh syarikat induk masing-masing?

J: Ia tidak dapat direalisasikan kerana operasi perbankan Islam tertanam di dalam operasi perbankan kumpulan. Namun begitu, kini mereka menggunapakai strategi 'Islamic First'. Dalam strategi ini, meskipun ia menggunakan cawangan sama, pelanggan yang mengunjungi bank akan ditawarkan dengan produk berlandaskan syariah kecuali kalau mereka meminta untuk konvensional, baru produk konvensional diberikan. Pendekatan itu menyebabkan kewangan Islam berkembang lebih pantas. Dari segi aset, 20 peratus daripada jumlah pembiayaan di Malaysia adalah berlandaskan syariah dan bergerak menuju untuk mencapai sasaran 40 peratus seperti ditetapkan Bank Negara Malaysia. Idea kami juga adalah untuk menyokong kerajaan dan agenda pasaran modal Islam nasional.


Soalan 3 :-

S: Ada garisan kabur antara perbankan konvensional dan berlandaskan syariah, apakah komen Tan Sri?

J: Daripada RM266 bilion dana yang diuruskan PNB, 69 peratus dalam ekuiti, dan daripada 69 peratus itu, 50 peratus dalam pelaburan syarikat strategik. Daripada jumlah itu, termasuk juga kita memiliki 48 peratus pegangan ekuiti dalam Maybank. Dengan Kumpulan PNB memegang ekuiti yang besar dalam Kumpulan Maybank, ia membolehkan Maybank melantik pengurusan yang peka kepada perkembangan perbankan Islam. Saya sendiri secara peribadi pernah dilantik menjadi Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Maybank pada 2008. Sebelum itu, saya berkhidmat di Telekom Malaysia. Apabila hendak masuk ke Kumpulan Maybank itu, saya secara sendiri dan juga ramai ahli keluarga bertanya, kenapa hendak menerajui atau hendak bekerja dengan Maybank.

Bukankah ada membangkitkan isu mengenai pendapatan dari riba dan sebagainya. Jadi, saya pun berbincang dengan beberapa rakan dan mendapatkan pandangan beberapa ahli pakar agama. Kita bersetuju supaya antara salah satu langkah yang boleh dilaksanakan, kita boleh mempertingkatkan pembabitan Kumpulan Maybank dalam perbankan Islam. Oleh sebab itu, saya dan rakan di Maybank merumuskan untuk melaksanakan strategi 'Islamic First', yang mana kita lihat bagaimana ia sudah berjaya meningkatkan peratusan pembiayaan patuh syariah Maybank Malaysia sekarang ini. Jika anda pergi ke Maybank, majoriti pembiayaan yang dibuat oleh Maybank sudah patuh syariah. Alhamdulillah, dengan pendekatan 'Islamic First' di Maybank yang berjaya, ia turut dilaksanakan di CIMB, RHB dan ia banyak membantu perkembangan atau peningkatan perbankan Islam di negara kita secara keseluruhan. Ia adalah positif. Ia bermakna, sekiranya Kumpulan PNB tidak menguasai syarikat seperti Maybank dan SP Setia, sebagai contohnya, ini akan mengurangkan lagi peratusan atau peningkatan ekuiti syariah di negara kita.


Soalan 4 :-

S: Jika PNB menumpukan kepada pelaburan berlandaskan syariah, adakah ia akan mengehadkan pelaburan PNB di luar negara?

J: Buat masa ini hanya dua peratus pelaburan PNB di luar negara, kebanyakannya dalam hartanah. Sudah pasti, kebanyakan pelaburan dalam hartanah, ia adalah berlandaskan syariah. Begitu juga pelaburan dalam ekuiti awam di luar negara, ada saham yang berada dalam Indeks Dow Jones berlandaskan syariah. Selain itu, kami juga mempunyai pelaburan dalam ekuiti swasta, dan kami juga mengarahkan pengurus dana yang menguruskan dana untuk melabur dalam perniagaan berlandaskan syariah. Kami percaya, pelaburan kewangan berlandaskan syariah yang mencukupi di pasaran global kecuali dalam bidang perkhidmatan kewangan. Kami perlu kreatif dari segi melihat bagaimana tawaran boleh dipertingkatkan.


Soalan 5 :-

S: Bagaimanakah dengan sambutan atau penyertaan bank lain dalam perbankan Islam?

J: Bagi bank yang menggunakan pendekatan 'Islamic First' seperti CIMB dan RHB Bank sebagai contohnya, mereka mencatatkan peningkatan perbankan Islam yang pesat. Kita mengalu-alukan semua bank lain juga membuat pendekatan sama.


Soalan 6 :-

S: Adakah usaha PNB di Maybank sebagai paksaan kepada bank lain untuk mengikuti langkah Maybank itu untuk kembangkan operasi patuh syariah?

J: Sebelum ini, kita lihat ada beberapa bank yang mempunyai pendekatan berbeza. Ada sebuah bank ini dulunya, mempunyai pengurusan bank Islam dan konvensional yang berasingan. Mempunyai strategi berasingan. Setelah mereka mencuba, mereka mendapati bahawa ia tidak berkesan kerana banyak percanggahan di antara bank konvensional dan bank Islam. Ia juga banyak menimbulkan kekeliruan dalam kalangan pelanggan iaitu pada sebelah pagi pelanggan berjumpa dengan wakil dari bank konvensional, dan sebelah petang datang wakil bank Islam - dari kumpulan perbankan sama... ini bermakna mereka bersaing.

Ini tidak membina bagi kumpulan bank berkenaan. Jadi, walaupun hasrat mereka adalah untuk mengembangkan perbankan Islam tetapi pendekatan itu kurang berjaya berbanding pendekatan 'Islamic First' yang dilaksanakan Kumpulan Maybank. Oleh sebab itu, mereka juga menukar model mereka dan mengguna pakai strategi 'Islamic First' dan Alhamdulillah ini juga membantu mereka berkembang dengan lebih pesat lagi. Jadi yang pentingnya, ini adalah suatu usaha kita bersama-sama dalam seluruh industri, tidak kiralah Maybank, CIMB, RHB Bank atau AmBank. Ini semua ke arah yang sama untuk mempertingkatkan lagi pasaran dan perkhidmatan kewangan Islam di Malaysia.


Soalan 7 :-

S: Bagaimana Tan Sri yakin bahawa pelaburan atau fokus PNB kepada pelaburan berlandaskan syariah meningkatkan pendapatan atau perolehan PNB.

J: Pelabur sudah pasti mengharapkan pulangan yang besar daripada PNB setiap tahun. Kita melihat sekarang ini, pelaburan dalam aset berlandaskan syariah, ia dianggap sedikit pulangannya.


Soalan 8 :-

S: Bagaimanakah PNB boleh memastikan setiap pelaburan dalam patuh syariah mampu memberi keuntungan kepada pemegang unit amanah?

J: Kita percaya apabila kita melabur dalam syarikat yang patuh syariah, lazimnya pendapatan itu mendapat keberkatan dan ia lebih mapan. Kita tidak ada masalah untuk tidak melabur dalam syarikat perjudian, arak, tembakau, sebab banyak lagi syarikat lain bagi kami yang menjalankan aktiviti yang sah. Apabila mereka sudah melaksanakan perbankan Islam, ia lebih banyak mendatangkan manfaat. Jadi bagi kami, ia tidak mendatangkan masalah. Cuma isunya ialah kekurangan tawaran atau bekalan instrumen ekuiti berlandaskan syariah. Oleh sebab itu, kita menggalakkan syarikat perbankan Islam untuk disenaraikan di Bursa Malaysia.

Soalan 9 :-

S: Tan Sri ada sebut tadi bahawa adalah tidak mencukupi institusi berlandaskan syariah dalam sektor kewangan di negara ini. Jika peserta industri beralih kepada patuh syariah bagi perbankan Islam, dengan jumlah penduduk 30 juta. Adakah pasaran akan menjadi begitu kompetitif bagi sektor perbankan Islam?

J: Pastinya ia tidak. Jika melihat kepada jumlah saham berlandaskan syariah di Bursa Malaysia, mereka merangkumi 60 peratus daripada jumlah permodalan pasaran syarikat yang disenaraikan di Bursa Malaysia. Baki 40 peratus, majoritinya adalah perkhidmatan kewangan. Dari sudut pandangan kami, saya rasa adalah mencukupi bagi dana Islam meninjau instrumen patuh syariah. Selain PNB, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) juga menubuhkan dana Islam berjumlah RM100 bilion untuk dilaburkan dalam instrumen patuh syariah. Kami percaya lebih banyak permintaan, jadi kita perlu meningkatkan bekalan.


Soalan 10 :-

S: Dalam pelan strategik PNB 2017-2022, antara misinya adalah untuk meningkatkan kekayaan ekonomi Bumiputera dan seluruh rakyat Malaysia demi kemakmuran negara. Kerajaan sebelum ini sudah melaksanakan Dasar Ekonomi Baru (DEB). Dalam tempoh lebih 30 tahun DEB dilaksanakan, ekuiti Bumiputera meningkat sedikit saja, sasaran 30 peratus masih tidak tercapai, sejauh mana PNB sasarkan dalam tempoh lima tahun itu?

J: Kalau kita lihat dari segi peningkatannya, adalah peningkatan yang amat besar. Maknanya kalau kita lihat pada 1970, ketika DEB diwujudkan, kadar peratusan ekuiti Bumiputera di Malaysia adalah sekitar 2.4 peratus. Jadi kalau kita lihat setakat 2011, ia meningkat kepada 23.5 peratus. Ini bermakna 10 kali ganda peningkatan dalam jangka masa 40 tahun. Bagi saya, itu adalah satu peningkatan yang tinggi, bukan mudah untuk mencapai peningkatan itu. Sebahagian besar peningkatan itu adalah disumbangkan oleh PNB sendiri. Jika kita lihat dari segi jumlah dana PNB, RM266 bilion iaitu 69 peratus dilaburkan dalam syarikat senaraian awam dengan nilai RM186 bilion atau 10.3 peratus daripada jumlah permodalan pasaran Bursa Malaysia. Jadi, usaha PNB adalah sebahagian besar daripadanya.

Melangkah ke hadapan, apakah yang boleh dipertingkatkan... bagi saya daripada 23.5 peratus, boleh dipertingkatkan lagi bukan saja PNB tetapi juga menerusi pelbagai program termasuk peningkatan keusahawanan. Kita ada program di bawah Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU), Skim Jejak Jaya Bumiputera (SJJB), yang mahu melihat lebih banyak lagi syarikat diterajui usahawan Bumiputera disenaraikan di Bursa Malaysia. Jadi, bagi saya, walaupun, ia belum memenuhi sasaran 30 peratus, tetapi untuk meningkatkan peratusan daripada 2.4 peratus, 10 kali ganda kepada 23.5 peratus, itu adalah pencapaian yang tinggi.


Soalan 11 :-

S: Adakah sasaran ditetapkan oleh PNB untuk dicapai dalam tempoh lima tahun?

J: Ekuiti Bumiputera adalah agenda nasional yang dipantau kerajaan. Bagi PNB pula, kita mensasarkan untuk meningkatkan dana kita daripada RM266 bilion kepada RM350 bilion menjelang 2022. Itu dari segi sasaran PNB sendiri.



Soalan 12 :-

S: Mengenai agenda Bumiputera, boleh dapatkan peratusan jumlah individu pelaburan di bawah RM500 dan jumlah pelaburan lebih RM100,000. Apakah perbezaan peratusan pemegang unit mencerminkan agenda Bumiputera?

J: Kalau kita lihat dari segi jumlah pelabur, kita mempunyai 13 juta pelabur. Dari segi peratusannya, 85 peratus adalah dana daripada Bumiputera. Kita melihat dari segi jumlah ini, kita terbuka untuk mereka berumur enam bulan ke atas. Sudah pasti, mereka yang masih kecil, jumlah pelaburan mereka rendah, kecuali ibu bapa mereka menambah. Kita ada dua pendekatan, kalau boleh kita mahukan setiap rakyat Malaysia sekurang-kurangnya mempunyai satu akaun dalam ASB atau ASN dan lain-lain amanah saham. Keduanya, kita hendak pertingkatkan jumlah mereka. Hendak menggalakkan mereka melabur dalam skim.

 

Soalan 13 :-

S: Peratusan penyimpan yang banyak wang. Misalnya, mereka yang mempunyai pelaburan yang rendah sekitar RM500 berbanding yang simpan lebih RM100,000. Adakah ia seimbang?

J: Mengikut definisi, pelaburan atau simpanan, bagi mereka daripada keluarga yang kaya, dia lebih banyak lagi, itu lumrah dunia. Kalau orang itu daripada keluarga miskin, memang jumlah simpanannya sedikit. Tetapi apa yang penting adalah kita mewujudkan satu mekanisme untuk mereka melabur dan meningkatkan pelaburan mereka, kita mewujudkan produk pelaburan yang mudah untuk mereka melabur dan mendapat pulangan kompetitif, lebih baik berbanding pelaburan lain. Kita juga mempunyai Skim Saraan 1Malaysia di bawah kerajaan yang menggalakkan mereka daripada berpendapatan rendah ini melabur dengan lebih tinggi lagi.

Selain itu, kita juga mempunyai program skim pemotongan gaji. Skim pemotongan gaji ini adalah satu galakan untuk pelabur memperuntukkan sebahagian pendapatan mereka secara bulanan untuk dilaburkan secara langsung ke dalam akaun pelaburan unit amanah kami. Jadi, ini adalah pendekatan menyeluruh. Memang lumrah dunia, keluarga susah mungkin sukar untuk menabung/menyimpan RM200,000. Apa yang penting, kita menyediakan program untuk mereka melabur sikit demi sedikit supaya satu masa nanti ia akan meningkat. Bagi mereka yang berada pula, kita adakan had pelaburan, iaitu bagi ASB dan ASB2 sebanyak RM200,000 dan bagi akaun remaja sebanyak RM50,000. Melalui cara ini, mereka mempunyai peluang melabur dalam skim pelaburan lain.


Soalan 14 :-

S: Apakah halangan yang dihadapi PNB bagi menjayakan agenda Bumiputera?

J: Bagi kami, kita banyak program dari segi pelaburan, modal insan, keusahawanan. Sebenarnya, dalam program kita, apa juga aktiviti kita, meskipun pembinaan Merdeka PNB118, kita ada program 'Carve-out and Compete', membabitkan kontraktor Bumiputera dan sebagainya. Bagi saya, kita perlu serius untuk melaksanakan program kita. Macam saya katakan tadi, dalam konteks modal insan, kalau kita lihat perakaunan ini adalah kerjaya yang versatil yang mana syarikat atau organisasi memerlukan akauntan, tetapi mengapa pembabitan Bumiputera amat kecil cuma lapan peratus, jadi kita rasakan ini satu kerugian untuk Bumiputera. Oleh itu, kita membuat satu program yang begitu agresif sekali, iaitu kita hendak menjayakan 1,000 akauntan bertauliah yang baharu berbanding 1,600 yang ada sekarang ini dan ia membabitkan jumlah peruntukan yang besar sebanyak RM77 juta. Jadi, bagi kami, kalau perkara itu penting dan perlu dilaksanakan dan impak yang amat besar, kita tidak akan teragak-agak untuk membuat pelaburan dalam usaha itu. Bagi kami, tidak ada kekangan yang tidak boleh diselesaikan selagi kita bertekad, kita pasti akan berjaya.


Soalan 15 :-

S: Bumiputera itu sendiri bagaimana kemahuan mereka untuk menyahut seruan, hasrat PNB itu sendiri?

J: Bagi saya, kalau kita adakan program pencerahan yang betul, saya rasa insya-Allah ramai lagi yang akan berpengetahuan dan mereka boleh membuat keputusan mereka sendiri sama ada ini sesuatu yang mereka mahu menceburi atau tidak. Macam dalam konteks perakaunan itu, saya suka menggunakan perakaunan kerana peratusannya sangat kecil, lapan peratus, antara sebabnya adalah ramai pelajar Bumiputera tidak terdedah kepada kerjaya perakaunan. Sebab dia tidak tahu apa kerja akauntan ini buat apa, siapa dia, susah atau senang, mereka yang sebelum ini terdedah, mereka mempunyai suatu persepsi bahawa perakaunan itu teramat susah, memang tidak ramai yang lulus.

Padahal kalau kita lihat pada pencapaian itu tadi, lima orang daripada pelajar kita berjaya dengan cemerlang. Sebenarnya boleh, jika diberi dorongan dan bantuan yang bersesuaian. Sama juga kalau kita melihat dari segi keusahawanan. Sama ada anda mahu lakukan atau sebaliknya.


Soalan 16 :-

S: Lazimnya, kegagalan meningkatkan kekayaan Bumiputera sering dikaitkan dengan amalan 'Ali Baba', apa pendapat Tan Sri?

J: Kalau kami tahu mereka itu 'Ali Baba', mereka tidak layak. Proses pemantauan penting untuk pastikan apa juga program Bumiputera benar-benar membantu Bumiputera.


Sunday, 12 August 2018

Simbiosis Pelabur Dan Perunding Unit Amanah


Sebenarnya ada dua cara untuk melabur dalam unit amanah.

Satu cara ialah anda sendiri yang laburkan duit anda. Ini sesuai jika anda sendiri seorang yang aktif dan mempunyai kemahiran melabur yang tinggi.

Tetapi majoriti rakyat Malaysia lebih gemar melabur dalam instrument unit amanah menggunakan khidmat perunding unit amanah kerana mereka sendiri pun kurang pandai nak uruskan.

Simbiosis Pelabur Dan Perunding Unit Amanah
5 Item yang anda perlu ambil tahu bila melabur dalam Unit Amanah jika melabur sendiri

#GunakanKhidmatPerundingYangTerlatih

Sebab itulah ramai rakyat Malaysia yang terutamanya mempunyai wang di dalam akaun 1 KW5P menggunakan khidmat perunding unit amanah yang terlatih kerana itulah fokus kerja mereka setiap hari. Seorang perunding unit amanah yang terlatih biasanya setiap hari akan berjumpa dengan pelanggan mereka yang berlainan untuk 'review' portfolio mereka.

Walaupun mereka mungkin mempunyai 200 orang clients, mereka biasanya fokus kepada 4-7 dana sahaja.

Ini bermakna mereka memantau pergerakan harga dana-dana itu hampir setiap hari.

Sudah pastilah majoriti rakyat Malaysia tidak ada masa untuk memantau pelaburan unit amanah anda sekerap perunding unit amanah yang terlatih.

Simbiosis Pelabur Dan Perunding Unit Amanah
Ditinggalkan oleh Perunfing Unit Amanah

#DitinggalkanPerunding

Di Malaysia ini, ada berpuluh-puluh ribu perunding unit amanah. Sudah pastilah gaya mereka laburkan wang clients mereka berbeza dari satu perunding ke perunding yang lain.

Ada juga perunding yang hangat-hangat taik ayam. Buat sebulan dua, terus give up dan buat profession lain. Makanya, banyak pelabur yang digantung tak bertali.

Pelaburan anda masih ada di syarikat unit amanah itu, tetapi ianya bagaikan pokok durian yang tidak terjaga.


#PerundingUnitAmanahIalahManusia

Sebenarnya pelaburan unit amanah ini perlu dipantau dan disiram setiap 3 atau 6 bulan sekali. Tapi kadang-kala, pelabur itu sendiri yang menyebabkan perunding unit amanah itu tinggalkan mereka.

Bila perunding datang nak berjumpa, dia cuba elakkan. Bila dah buat appointment, berkali-kali mereka mungkir janji. Kadang-kala mereka rasa mereka lagi pintar dalam pelaburan ini daripada seorang perunding yang terlatih. Kadang-kala bila mesej dihantar tidak dihiraukan. Ini asam garam perhubungan antara pelabur dan perunding unit amanah.

Akhirnya perunding unit amanah itu merasakan khidmat mereka tidak diperlukan lagi. Lalu tergantunglah perhubungan itu tidak bertali....

Simbiosis Pelabur Dan Perunding Unit Amanah
Don't ask for respect. Earn it.

#RespectIsEarned

Pelaburan unit amanah melalui perunding is a two way relationship. You have to trust the consultant, the consultant have to jaga amanah tu sepenuh hati. Tapi consultant hanyalah boleh bagi nasihat. In the end you will decide the course.

Not all consultants are skillful equally, not all clients will cooperate finely. Kekadang clients dan perunding tak faham yang pada fasa awal pelaburan, anda perlu kumpulkan unit. Bila dah tiba saat menuai, tukarlah unit itu kepada duit.

Semoga kita semua pelabur dan perunding muhasabah dengan diri kita sendiri.


#JagalahPortfolioAndaElokElok

Sekiranya anda pernah ditinggalkan perunding, cubalah cari perunding yang lebih aktif menjaga portfolio anda. Off course you want the best out there. And there are good consultants out there, trust me.

All you have to do is just beranikan diri dan message mereka di Facebook, call mereka, atau whatsapp mereka sahaja. I am sure mereka akan membantu anda untuk menjaga portfolio anda. Buang yang keruh, ambil yang jernih. Lower down your ego if needed be.

Sebab apa kene tulis ni? Sebab now is a great time to invest your cash or wang KWSP akaun 1 ke dalam unit amanah. Namun perunding anda perlu amalkan teknik selective Ringgit Cost Averaging dan distinctive funds diversification.


#MoralOftheStory

Adakah anda salah seorang pelabur yang pernah ditinggalkan atau pernah meninggalkan perunding unit amanah?

Amir pasti anda ada sebab munasabah kenapa ini terjadi.

Janganlah sesekali anda putus asa. Carilah perunding yang lebih berkemahiran untuk mengambil alih portfolio anda hari ini.

Ingatlah, pelaburan unit amanah ini ialah pelaburan jangka masa panjang. Leave it to the pro agar anda dapat tumpukan fokus pada kerjaya anda. Until then, Happy Investing❗

Amir Marzhuki
012-2372641

#8020Empire
#SyariahInvestment

Friday, 10 August 2018

Senarai Dana-Dana Unit Amanah di bawah Skim Pelaburan Ahli KWSP

Senarai Dana-Dana Unit Amanah di bawah Skim Pelaburan Ahli KWSP
Senarai Dana-Dana Unit Amanah di bawah Skim Pelaburan Ahli KWSP
Hari ini, Amir nak kongsikan senarai dana-dana Unit Amanah di bawah Skim Pelaburan Ahli KWSP sebab rata-rata kawan Amir biasanya akan melabur dengan menggunakan akaun 1.

Ada 23 Company yang diberi lesen oleh KWSP

1. MAYBAN ASSET MANAGEMENT SDN BHD  (IPD001)
Senarai baru dana berkuat kuasa mulai 1 Mac 2018

2. PUBLIC MUTUAL BERHAD (IPD 003)
Senarai baru dana berkuat kuasa mulai 1 Julai 2018

3. AMANAH SAHAM SARAWAK (IPD 004)
Senarai baru dana berkuat kuasa mulai 1 Mac 2018

4. HONG LEONG ASSET MANAGEMENT BERHAD (IPD 009)
Senarai baru dana berkuat kuasa mulai 1 Julai 2018

5. MIDF AMANAH ASSET MANAGEMENT BERHAD (IPD 012)
Senarai baru dana berkuat kuasa mulai 1 Mac 2018

6. TA INVESTMENT MANAGEMENT BERHAD (IPD 014)
Senarai baru dana berkuat kuasa mulai 1 Mac 2018

7. AMFUNDS MANAGEMENT BERHAD (IPD 019)
Senarai baru dana berkuat kuasa mulai 1 Julai 2018

8. PMB INVESTMENT BERHAD (IPD 020)
Senarai baru dana berkuat kuasa mulai 1 Mac 2018

9. PACIFIC MUTUAL FUND BERHAD (IPD 022)
Senarai baru dana berkuat kuasa mulai 1 Mac 2018

10. PERMODALAN BSN BERHAD (IPD 025)
Senarai baru dana berkuat kuasa mulai 1 Mac 2018

11. RHB ASSET  MANAGEMENT SDN BHD (IPD 026)
Senarai baru dana berkuat kuasa mulai 1 Julai 2018

12. AMANAH MUTUAL BERHAD (IPD 032)
Senarai baru dana berkuat kuasa mulai 1 Mac 2018

13.APEX INVESTMENT SERVICES BERHAD (IPD 033)
Senarai baru dana berkuat kuasa mulai 1 Mac 2018

14.CIMB-PRINCIPAL ASSET MANAGEMENT (IPD 034)
Senarai baru dana berkuat kuasa mulai 1 Mac 2018

15. AMANAH SAHAM NASIONAL BERHAD (IPD 035)
Senarai baru dana berkuat kuasa mulai 1 Mac 2018

16. AMANAHRAYA INVESTMENT MANAGEMENT SDN BHD (IPD 038)
Senarai baru dana berkuat kuasa mulai 1 Mac 2018

17. LIBRA INVEST BERHAD (IPD 042)
Senarai baru dana berkuat kuasa mulai 1 Mac 2018

18. EASTSPRING INVESTMENTS BERHAD (IPD 046)
Senarai baru dana berkuat kuasa mulai 1 Mac 2018

19. KAF INVESTMENT FUNDS BERHAD(IPD 052)
Senarai baru dana berkuat kuasa mulai 1 Mac 2018

20. PHEIM UNIT TRUST BERHAD (IPD 053)
Senarai baru dana berkuat kuasa mulai 1 Mac 2018

21. AFFIN HWANG ASSET MANAGEMENT BERHAD (IPD 055)
Senarai baru dana berkuat kuasa mulai 1 Julai 2018

22. KENANGA INVESTORS BERHAD (IPD 056)
Senarai baru dana berkuat kuasa mulai 1 Mac 2018

23. MANULIFE ASSET MANAGEMENT (IPD 057)
Senarai baru dana berkuat kuasa mulai 1 Mac 2018

Sumber rujukan diatas Amir ambil dari website KWSP. Anda boleh pergi terus ke website KWSP untuk info lanjut.

Amir Marzhuki
012-2372641

Thursday, 9 August 2018

Melabur Unit Trust tanpa guna duit poket?

Melabur Unit Trust tanpa guna duit poket?
Sesi face to face dengan agen
1. Sapa kat sini yang pernah kena approach dengan agen Unit Trust?

Kalau ada pernah, ada tak mereka guna ayat ni. "Encik, boleh melabur Unit Trust tanpa guna duit poket encik sendiri"

Jadi, apa maksud agen diatas tu?
Agen tu maksudkan ialah selain melabur menggunakan tunai di tangan, pelabur juga boleh menggunakan sebahagian dari Akaun 1 KWSP. Namun ia hanya tertakluk kepada dana yang diluluskan oleh KWSP sahaja.

Anda boleh rujuk Senarai Dana-dana Amanah Institusi Pengurusan Dana (IPD) Skim Pelaburan Ahli KWSP.

Setakat hari ini, 8 Ogos 2018. Ada 23 Company Unit Trust yang diberikan lesen untuk membuat pelaburan menggunakan akaun 1 KWSP.

Dan KWSP telah menetapkan rules jika ingin melabur dalam Unit Trust. Pelabur hanya boleh keluarkan setiap 3 bulan sahaja. Maknanya setahun, 4 kali sahaja anda boleh keluarkan duit dari Akaun 1 untuk pelaburan Unit Trust.


2. “Boleh saya tahu, dekat mana Unit Trust tu laburkan duit KWSP saya?”

Ini soalan yang Amir tanya masa mula-mula nak melabur dulu. Sebab nak kepastian la juga. Tapi bila agen Amir sebut nama fund tu. Amir siap minta bukti dana tersebut. Dengan selamba jer, agen tu tunjuk QFR (Quality Fund Review). Dalam QFR tu, dia tunjuk detail pasal performance fund sejak ia ditubuhkan.

Melabur Unit Trust tanpa guna duit poket?
contoh Quarterly Fund Review
Berbalik pada soalan kat atas tadi. Apabila kita beli unit trust yang berasaskan ekuiti, sebenarnya kita melabur dalam pasaran saham (Bursa Malaysia atau pasaran saham dunia). Cuma yang tolong jual beli saham adalah fund manager yang dilantik.


3. “Berapa minimum untuk mula melabur dalam Unit Trust ni?”
Nilai minimum untuk pelaburan adalah berbeza-beza mengikut syarikat atau dana. Apa yang Amir tahu, biasanya sekitar RM100 – RM1,000. Kalau nak tambah lagi, boleh check dengan agen anda.


4. “Berapa purata pulangan Unit Trust ni?”
Secara keseluruhannya, daripada laporan BANK NEGARA, purata pulangan:-

Akaun simpanan bank biasa : 1-2%
Simpanan Tetap (FD) : 2-3%
ASB : 6-8%
Tabung Haji : 5-7%
Unit Trust : 6-12% (Bergantung pada performance fund)


5. “Mahal tak kos pengurusan Unit Trust ni?”
Disebabkan kita menggunakan khidmat pengurus dana untuk melaburkan duit kita, terdapat fees yang dikenakan seperti :-

  • Sales charge : dikenakan hanya sekali untuk setiap transaksi pembelian
  • Management fee : dikenakan setahun sekali
  • Trustee fee : dikenakan setahun sekali
  • Switching fee : dikenakan jika pelabur ingin menukar ke dana pelaburan lain
  • Redemption fee : dikenakan jika pelabur ingin menjual unit pegangan.
Sekarang anda dapat lagi ilmu baru pasal Unit Trust kan? Alhamdulillah, amir akan cuba yang terbaik untuk berkongsi lagi.

Amir Marzhuki
012-2372641

#Pelaburan
#8020Empire
#UnitTrust

Wednesday, 8 August 2018

Apa Itu Unit Trust?

Understanding Unit Trust
Word "Unit Trust" ini, Amir dengar pada 10 tahun yang lepas, tapi tak paham apa yang agen tu terangkan. Jadi, amir decide tak melabur dalam pelaburan yang Amir tak paham konsepnya. Ini kira kesilapan Amir sebab tak go detail pasal benda sebab tiadanya ilmu Menyimpan.

Tapi, pada tahun 2016, Amir berani melabur dalam Unit Trust ini apabila amir paham konsep & risikonya. Malam ni, Amir share pemahaman mudah pasal Unit Trust.

Keyword dia ialah Unit Trust atau Unit Amanah. Ia adalah satu produk pelaburan yang dikeluarkan oleh Syarikat Pengurusan Unit Amanah, yang mengutip duit orang ramai (bukan derma dari sesiapa!) supaya syarikat dapat melaburkan duit tersebut bagi pihak orang ramai, menerusi ikatan amanah.

Jadi, konsepnya ialah kita minta orang lain urus dan laburkan duit kita. Berikan kepercayaan anda kepada Fund Manager untuk kembangkan duit anda.

Amanah Saham Bumiputera

Soalan : Sama tak Unit Trust dengan ASB?

🔘 Konsep hampir sama seperti ASB (ASB juga adalah sejenis dana unit trust). Bezanya keuntungan ASB dalam bentuk dividen + bonus.

🔘 Manakala keuntungan Unit Trust melalui dividen + kenaikan harga unit dana.

Dan Unit Trust Management Company, UTMC = Syarikat Pengurusan Unit Amanah.

🔘 UTMC ini dipantau oleh Suruhanjaya Sekuriti (SC) Malaysia, dibenarkan operasi oleh Bank Negara Malaysia dan Kementerian Kewangan Malaysia.

Sehingga 31 Oktober 2016, terdapat 37 Syarikat Pengurusan Unit Amanah. Antaranya adalah PMB Investment Berhad, Phillip Mutual Berhad, CIMB Principal, Kenanga, RHB Asset Management, Eastspring Investment dan banyak lagi.

Sekarang anda dah paham skit basic mengenai Unit Trust. Mudah jer kan?

Bila anda dah tahu, senang skit nak borak dengan agen korang nanti. Takde la melopong jer kan apa yang agen share.

Jum sama2 kita BELAJAR. Melabur dengan Ilmu itu lebih baik. 😉

Amir Marzhuki
012-2372641

#Pelaburan
#8020Empire
#UnitTrust