Tabung Haji

Fakta Menarik Mengenai Tabung Haji

Zaman atuk nenek kita dulu, kalau depa nak ke Mekah. Biasanya mereka akan simpan duit sikit2 dalam almari kayu. Ada juga yang simpan bawah tilam. Ada juga yang Amir dengar, depa simpan dalam tempayan. Biasanya mereka tak simpan duit, depa prefer simpan barang kemas sebab tak mudah rosak.

Ada juga yang jual sawah bendang atau ladang untuk pergi Haji. Kiranya, waktu tu pandai2 la nak simpan sendiri. Kalau sapa yang tak simpan, nampak gaya sampai meninggal tak dapat nak menunaikan Haji.

Tabung Haji
Info Tabung Haji

Alhamdulillah, kertas kerja yang dibuat oleh Profesor Di Raja Ungku Aziz bertajuk "Rancangan Membaiki Ekonomi Bakal-bakal Haji" pada tahun 1959 menampakkan sinar harapan pada umat Islam untuk menunaikan Haji.

4 tahun selepas kertas kerja dibuat. Tabung Haji pun ditubuhkan pada 30 September 1963 (sebagai Lembaga Urusan dan Tabung Haji). Namanya kemudian diubah kepada Tabung Haji pada 28 Ogos 1997.

Keyakinan orang ramai terhadap Tabung Haji menjadikan ia sebuah institusi kewangan yang terbukti berkesan menguruskan perbelanjaan pergi dan balik dari Makkah.

Tabung Haji
Statistik & Hibah dari Tabung Haji

Statistik tahun 2017, menunjukkan pendeposit TH berjumlah 9.3 juta orang dengan nilai RM70,780,000,000 (Lebih 70 Billion). Banyak giler duit yang diuruskan oleh TH ni sebenarnya.

Antara kelebihan menyimpan di TH ni ialah :-
1. Simpanan di TH adalah dijamin 100% oleh kerajaan
2. Simpanan di TH adalah dikecualikan daripada bayaran cukai
3. Simpanan di TH telah dibayar zakat 2.5%
4. Tiada had Simpanan di TH
5. Simpanan di TH adalah berlandaskan syariah Islam

Di TH, tiada had simpanan tunai (kalau nak letak 1 juta sekali pun boleh) dan had maksimum pengeluaran tunai adalah RM10,000 sahaja. Pengeluaran lebih daripada RM10,000 hanya boleh dibuat di Ibu Pejabat TH dan TH Cawangan melalui cek / pindahan telegraf.

Tak lupa juga, TH ada maklumkan pada orang ramai tentang akaun pendeposit yang tidak mempunyai sebarang transaksi melebihi 7 tahun akan diklasifikasikan sebagai Akaun Tidak Aktif dan ia adalah selaras dengan Peraturan-Peraturan dan Akta Tabung Haji 1995.

Akaun Tidak Aktif tidak akan menerima agihan Hibah Tahunan atau Hibah Haji mulai tahun 2018.

Amir baru tau, rupanya masih ada yang tak tahu bahawasanya kalau nak register Haji, mereka perlu buat pendaftaran terlebih dahulu dengan deposit RM1,300. Kemudian boleh tambah bila-bila masa sampai cukup nak pergi Haji.

Sebab ada yang assume, bila dah buka akaun TH. Ingat dah setel untuk nama naik pergi Haji. Banyak kes yer even ada yang dah umur 40-50an pun tak tahu pasal benda ni.

Syarat nak buka akaun TH mudah sahaja.
1. Individu yang beragama Islam dan waras.
2. Warganegara Malaysia.
3. Bawa IC atau surat beranak untuk anak yang bawah 18 tahun.

Untuk info lanjut, boleh layari laman web TH www.tabunghaji.gov.my.

Post a Comment

0 Comments