Skim Cepat Kaya : Mymi1

Updated 14/1/2017

Assalamualaikum semua, hari ini Amir nak kongsikan satu lagi Skim Cepat Kaya yang dah mula merebak di kalangan kawan2 Amir sendiri yang dikenali dengan Skim Mymi1 dimana mereka akan katakan bahawa ini adalah "bisnes pelaburan" yang berasaskan product top-up tetapi bisnes mereka menjadi orang tengah kepada semua operator yang ada di Malaysia termasuk oversea.

Jadi, Amir nak huraikan kenapa bisnes ini adalah skim cepat kaya seperti yang lain2 diluar sana (samada dah tutup ataupun masih aktif). Boleh baca point2 Amir dibawah ini dan boleh buat penilaian sendiri.

1. Nak join bisnes ini perlu melalui beberapa package yang sangat menarik untuk mendapatkan komisen/insentif setiap 10 hari (bukan setiap bulan yer!!). Bab ni dah sah2 mirip dengan skim Highway Group Resources, Mecca Fund, IPO (Yang dah lingkup & blacklist by Bank Negara Malaysia).

Ini link senarai blacklist BNM.


Tak percaya? Meh kita lihat antara persamaan skim mereka ialah dengan memerlukan mereka membayar deposit/yuran keahlian mengikut pakej yang mereka promote.



Mymi1
Highway Group Resources
Mecca Fund


2. Modal atau ayat yang biasa mereka akan guna ialah ini adalah bisnes yang betul sebab ada lesen perniagaan dari SSM. Yups, betul tu company ini ada lesen perniagaan tetapi mereka TIDAK mempunyai lesen dari BNM bagi mengutip wang pelabur Malaysia. Ini adalah 1 kesalahan disegi undang-undang kerana hanya entiti terpilih sahaja seperti bank, syarikat unit amanah & insurans yang boleh mengutip wang pelabur.
3. Amir tahu anda semua bijak2 pandai dan tidak mudah terpedaya dengan gambar borang 9 (perakuan perbadanan syarikat sendirian). Borang itu adalah pendaftaran syarikat dengan SSM. Dalam kata lain, syarikat itu telah didaftarkan dengan SSM. 

FYI, SEMUA syarikat Sdn Bhd di Malaysia mempunyai borang yang serupa. Even kami pun ada sijil ni sebab ada company. Dan ini tidak bermakna bisnes mereka untung, valid dan tak menipu yer kawan2 (Langkah ini lebih kurang sama seperti Amir menunjukkan IC Amir untuk menyatakan Amir adalah seorang rakyat Malaysia yang SAH. Realitinya, berjuta2 rakyat Malaysia juga mempunyai IC kan?


4. Syarikat ini juga menggunakan konsep MLM(boleh rekrut downline). Hanya syarikat yang mempunyai lesen jualan langsung (direct selling) yang dibenarkan bertindak demikian. Ini lagi satu kesalahan kerana setahu Amir, Mymi1 tidak mempunyai lesen tersebut. Dan Syarikat MLM tertakluk kepada akta MLM yang telah disediakan oleh KPDNKK.

5. ‘Pulangan’ pelaburan (ROI) yang diberikan tak masuk akal – lebih 10% dalam masa sebulan atau 120% setahun! Kita semua tahu yang ROI tersebut mestilah angka yang sensible dan reasonable. Dengan ROI dari bisnes ini nampak sangat tak masuk akal langsung!

6. Mengapa ROI tersebut tak masuk akal? Legenda2 pelaburan dunia seperti Warren Buffett dan George Soros pun ‘hanya’ memberikan ROI diantara 22%-34% setahun! Jadi masuk akalkah orang yang baru berniaga beberapa bulan boleh memberikan pulangan yang begitu tinggi menggila?

7. Jika betul angka ‘pulangan’ itu pula, sudah tentu satu dunia akan melompat! Majalah Fortune dan Forbes serta stesyen TV CNN dan Al-Jazeera akan menemuramah pengurus pelaburannya, dan satu dunia juga akan datang berpusu-pusu untuk melabur dalam program ini. Semua ini tak berlaku dan malah tak ada siapa di luar Malaysia yang kisah langsung!

8. Part yang paling banyak orang tergoda adalah tunjuk kemewahan yang mereka perolehi seperti tayang kereta & duit berkepuk2. Sapa yang lihat post2 mereka di FB mesti akan tergugat iman & mesti nak tahu macam mana mereka boleh kaya dengan CEPAT & MUDAH tanpa perlu susah payah.


Pengakuan dari salah seorang Mymi1 apabila upline beliau sudah pakai audi A6 (hampir 300k) selepas 5 bulan join. Nama ustaz Don & PU Hafiz pun naik skali gak tu bagi membuktikan bahawa "bisnes" mereka ini sah & halal. Company juga sangat baik hati apabila membahagikan keuntungan dengan semua ahli supaya adil dan saksama. Menarik bukan?


9. Amir tahu akan ada ahli Mymi1 yang menyangkal semua poin2 di atas dan berkeras mengatakan program itu adalah betul kerana mereka mendapat pulangannya secara konsisten sudah beberapa bulan. 

Inilah jawapannya: PULANGAN WANG ITU DATANG DARIPADA AHLI BARU DAN TAMBAHAN PELABURAN OLEH AHLI LAMA. Itulah sebabnya Mymi1 boleh memberikan pulangan secara konsisten – kerana ahli mencurahkan wang ke dalam syarikat! Dalam kata lain, wang itu di-recycle-kan. 

Situasi ini TIDAK AKAN BERTERUSAN. Ianya akan berakhir seperti skim2 yang lain apabila :-
1) Jumlah ahli berkurangan.
2) Apabila Mymi1 diserbu oleh Polis atau masuk dalam alertlist Bank Negara .
3) Sistem pembayaran komisen Mymi1 ada penangguhan/delay atas sebab2 tidak logik (upgrade sistem).
4) Menukar terma/syarat sesuka hati seperti memberi komisen dalam bentuk saham pulak (seperti skim UFUN suatu ketika dahulu)
5) Pihak pengurusan cuba menutup operasi secara halus

Rasanya situasi diatas dah mula berlaku sejak 2/3 bulan ni kan?

-----
Additional Info untuk pembaca blog ini yang ingin tahu lebih lanjut pasal Skim ini

1. Kronologi Skim Mymi1
2. Apa khabar Mymi1
3. Mymi1 dah masuk list Bank Negara?
4. Nak kenali bagaimana rupa Skim Cepat Kaya?



Post a Comment

55 Comments

~h@yruL~ said…
thnx for sharing....yg sedihnya most of my family pcya bnde ni...aduhaiii...
Anonymous said…
sedihnya.......
Amir Marzhuki said…
Kita betulkan niat dan cuba membantu kawan2 dan juga ahli keluarga supaya tidak terjebak dengan benda2 mcm ni. Kes ni pun dah merebak meluas dan sampai satu masa akan kecundang juga seperti skim2 yang lain.
Anonymous said…
skim2 sebegini pulangannya mmg menggiurkan dan yg bestnya mmg ramai yg dah dapat pulangannya. Namun halal haram itulah paksinya..suma orang nak kaya
unanimous said…
Salam En Amir,
Ada ejen mereka dtg jumpa saya... bila saya kata mereka takda lesen BNM, mereka kata mereka bukan sykt pelaburan tp mereka ada produk... huhu
Anonymous said…
Paling best aunty sy pun terjebak jg, kerja lawyer tp beria2 ajak family sy dan saudara mara lain join. Saudara mara sy semua pakat kata gila pd dia. Tp mak sy kesiankan dia sbb aunty sy adik yg baik dan suka tolong keluarga susah cuma tak sangka dia terjebak jua. Katanya nak ajak semua family join sbb dia dh dapat pulangan dan dh jd kaya, jd nak bantu kitaorg jd kaya jg. Mula tu sy ingat pelaburan saham baru sbb dia kata kesatuan profesional lawyer pun ada join pelaburan ni. Hebatnya penangan mymi1. Jd mak dan ayah tertarik sbb diberikan jaminan hebat dan percaya pd status aunty sbg lawyer xkan dia bodoh kena tipu skim cepat kaya. Sy pun ragu2 jg dan berkeras kata skim cepat kaya tetapi akhirnya tergoda jua dgn pulangan hebat duit akim cepat kaya. Sekarang sistem macam ada masalah menurut aunty, mungkin kena serbu bnm katanya.
Anonymous said…
untuk makluman admin dan juga sesiapa yang membaca post ini saya syorkan untuk datang ke taklimat percuma mymi1 yang diadakan pada setiap minggu(isnin hingga jumaat waktu malam)di pejabat mi1 station aras 4 untuk pencerahan dan bertanya sendiri kepada yang berkenaan.Tak adil sekiranya kita hanya dengar sebelah pihak sahaja ataupun rujuk blog ini http://mymiwan.blogspot.com..
Memang fitrah manusia biasa fikir yang Negatif dulu sebelum yang POSITIF
Anonymous said…
Pulangan tinggi pastu secara tetap....hebat perniagaan ni....

Apapun bank negara atau agensi berkaitan tidur ke??? Nak tggu ramai yg rugi baru nak bertindak???
Amir Marzhuki said…
Amir harap pembaca2 blog ini semua bijak2 pandai walaupun ada yang membangkang point2 Amir diatas especially leader2 dalam Mymi.

Amir just nak pesan, dalam dunia pelaburan ini. Mana boleh berikan pelaburan yang menggiurkan sehingga komisen dapat hampir setiap bulan. Kalo betul2 wujud, mesti bank2 pun nak join skali. Mereka mesti nak untung jugak.

Dan sekali lagi nak diingatkkan, takkan kita nak lihat benda ni berlaku lagi macam peleburan skim Highway Resources yang berjaya menjerat hampir 500 ribu orang ke dalam skim mereka (yg dilaporkan dalam media). Pengasasnya bukan calang2 iaitu seorang ustaz dari sekolah agama yang berjaya memperdayakan hampir semua peringkat golongan termsk la artis dan kakitangan awam seperti guru2.

Buat pelabur Mymi, cuba buka minda anda dan cuba godek2 dalam internet ni. Banyak lagi pembongkaran pasal skim anda. Malah banyak sudah screenshot dari Telco2 yang mengatakan mereka tiada MOU dengan Mymi. Malah Bank Negara pun dah beri amaran banyak kali pasal benda ni.

Melaburlah dengan bijak dan berilmu.
Lesungpipit said…
Saya pun hampir tertipu dgn skim ni yg di promote oleh sorg kwn.setelah sy google skt sebyk br la terbuka minda ni skt btl modus operandi diorg ni rolling duit dr ahli br dan ahli lama yg upgrade ke peringkat lbh tgi.tgu n lht jela sejauh mana diorg leh g..elok xtau dr tau benda2 cmni.. baik wat partime klik iklan jer..hehe skt2 dpt pn lama2 jd bukit yg pntg sabar..
Link di bwah ni klu berminat

https://wad.ojooo.com/register.php?ref=Bidun
samsudin said…
Semua skim yang sebgini adalah plan atau program putaran modal/wang ahli yang baru daftar utk digagihkan menjadi dividen kembali. Kalau masih berdegil utk melabur maka anda mesti bersedia menyalahkan diri sendiri dan bukan orng lain termasuk pengasas mahupun upline skim yg mengabui mata orng ramai ini yg mana wang pelaburan itu menjurus kepada lebuh dan lebur. Keputusan di tangan anda buat keputusan yg bijak supaya anda tidak tertipu.
Anonymous said…
Saya pernah juga hadiri taklimat tentang mymi1 ini.. setahu saya mymi1 ini sebenarnya memudahkan member utk membuat apa2 pembayaran yg melibatkan bank. Cth bayar bil api air, top up hp, bil astro dll. Mymi1 ini ada networking tersendiri. Guna networking mereka tidak memotong apa2 % dalam akaun simpanan kita. Selain itu mudah utk top up prepaid hp masing2 trutama keluarga. Bagi saya ianya sesuai utk mereka yg bekerja, bisnes, dan berkeluarga besar.
my journal said…
Anonymous Anonymous said...
Saya pernah juga hadiri taklimat tentang mymi1 ini.. setahu saya mymi1 ini sebenarnya memudahkan member utk membuat apa2 pembayaran yg melibatkan bank. Cth bayar bil api air, top up hp, bil astro dll. Mymi1 ini ada networking tersendiri. Guna networking mereka tidak memotong apa2 % dalam akaun simpanan kita. Selain itu mudah utk top up prepaid hp masing2 trutama keluarga. Bagi saya ianya sesuai utk mereka yg bekerja, bisnes, dan berkeluarga besar.

biz ni berselindung di sebalik produk bro...cuba teliti plan skim ponzi tu...akhirnya kelaut ..jahanam abis org yg join biz perosak masyarakat ni...
Anonymous said…
di sini saya suka nak ingatkan kepada admin..cuba fikir sekiranya ada yang ingin join mymi1 tetapi berubah fikiran kerana percaya kepada post di blog ini...sedangkan tiada bukti kukuh yang mymi1 ini skim cepat kaya..admin dalam tidak sengaja telah membuat fitnah..ingat fitnah itu lebih berat dosanya daripada zina...company ada produk sedangkan contoh skim cepat kaya yang ditunjuk dalam blog ini yang telah berkubur langsung tiada produk!!!
Amir Marzhuki said…
Terima kasih kepada komen2 di blog ini.

Amir sudah biasa terima komen mengatakan bahawa pembongkaran2 diatas dianggap fitnah kerana dianggap menjatuhkan bisnes orang2 kita sendiri.

Bagi Amir, jika "bisnes" atau "pelaburan" itu sangat mencurigakan kerana memberi pulangan tetap yang melampau sehingga membuatkan orang jadi tamak untuk melaburkan duit mereka ribuan ringgit. Itu yang Amir tidak suka kerana sebenarnya ia adalah penipuan yang sangat licik.

Bagaimana nak kenal ciri2 skim cepat kaya di entry sebelum ini
http://amirmarzhuki.blogspot.my/2015/08/ciri-ciri-skim-cepat-kaya.html

Dan lagi satu, disyorkan kalo nak komen. gunalah nama sebenar yer.
Anonymous said…
thankz admin sebab sudi kongsikan maklumat berkaitan kes2 mcm ni...semoga terus brkongsi sekiranya ada maklumat terbaru atau skim2 sebegini rupa. #hapuskanskimcepatkaya
Anonymous said…
Saya sendiri hadir taklimat skim ini, nampaknya hebat pulangan keuntungan. Cuma saya rasa aneh sekiranya betul skim ini membantu orang ramai kenapa ianya tidak iklankan produk secara meluas terutama di media utama seperti
Astro atau apa saja yang memudahkan ramai tau bahawa pelaburan ini baik dan dapat menolong meningkat ekonomi keluarga..
abdfatah said…
menarik jugak pakej tu... haiway grup pun menarik jugak... kenapa lingkup? mecca fund jugak menarik pakejnya... kenapa melingkup jugak? pastu kenapa ada pakej?

sebabnya mudah... mudah nak roling duit lama dan duit baru mahsyuk...

mahsyuk laa sikit2...

kemudian hari tukar plan pulak. Sekelip mata kau berubah bro!.. macam dalam lagu Rock Bro pulak..
Anonymous said…
Macammana pulak dengan OG1asean, ada kawan ajak kita join. bolih kasi coment?
Amir Marzhuki said…
Anonymous Anonymous said...
Macammana pulak dengan OG1asean, ada kawan ajak kita join. bolih kasi coment?

10 November 2016 at 17:34

----

Encik boleh rujuk 5 ciri2 skim cepat kaya di blog saya ni.
Insyaallah, iakan dapat menerangkan serba sedikit tentang OG1asean.

http://amirmarzhuki.blogspot.com/2015/08/ciri-ciri-skim-cepat-kaya.html

Atapun, encik join group Ponzi Scheme Alert. Disitu, ramai orang2 share pasal jenis2 skim cepat kaya. Terlampau banyak yang masih active skrg ni.
Anonymous said…
Bgs entry saudara Amir, mcm saudara ckp, kte bkan nk halang orang brniaga@jana pndapatan tepi. Kte nk hlang org dr trtipu. Di fb sy ada ahli2 mymi1 ni duk share mcm2. Bila sy tgk, mcm pelik pulangan dia brlipat kali ganda dlm masa yg singkat. & sprti yg ada saudara di ats2 td bgtau, hrga2 pakej tu nmpk pelik. Dia sume rolling duit je
Unknown said…
Join mymi1 dari april 2016
Setakat ni alhamdullilah...tak pernah lagi duit tak dibayar
Cuma sistem prabayar je yg bermasalah..lain takde.terpulang pada keyakinan diri...sanggup tak sanggup hadapi risiko..
Unknown said…
Saya baru je join mymi1 ni bln 8 hr tu....saya join pakej vip.saya masuk under kwn saya.baru 2 bln join saya rasa seronok kerana selama 2 bulan tu saya dpt cash transfer ke accn saya tp masuk bulan ke 3 (nov dan dec ) saya tak terima cash lagi.sekarang utk pembayaran bil pun dah dihentikan ...cuma utk beli to up saja yg di sediakan. So sekarang saya nak kan penjelasan ...kwn saya tu dah loose contact dgn saya...jd dgn siapa saya perlu minta bantuan...jika ada yg bolh bantu beri penjelasan pada saya sila whas ap saya....013 7747628
Amir Marzhuki said…
Salam CIk Noorazliza,
Cik boleh rujuk terus dengan pihak Mymi1 untuk maklumat lanjut.
Atau boleh baca post2 di group Ponzi Scheme Alert. Disitu ramai ahli2 yang membongkar sendiri masalah yang berlaku dalam company Mymi1.

Seperti post Amir yang ditulis pada Mei 2016 ni, Mymi1 dalam fasa nak lingkup.

----

Kepada Cik Imalizah,
Agak2nya duit yang Cik dapat tu dari mana dtgnya? Modal dari ahli baru? Atau Cik tak kisah mana sumbernya.
Fikir2kan lah sendiri
Unknown said…
Assalamualaikum Amir..saya dh hampir setahun join Mymi Ni Dan Alhamdulillah Tiada masalah pun Dr segi pembayaran..always dpt utk setiap 10 hari..Utk kes sistem yg x stabil, sbb baru2 Ni company dh wujudkan saham,sbb Tu always maintenance...Mymi Ni berteraskan jualan topup dimana ahli Bayar berdasarkan package Dan Akan terima pulangan juga seperti yg ditulis dlm package..Dtg dri mana duit??? Kalau nk Thu, business topup Ni umpama Kita beli bulk purchase topup..tahu maksud bulk?? Beli secara pukal dgn harga yg lebih murah....sama mcm sistem dekat supermarket...beli brg secara pukal and dpt harga murah...cth: Beli sejuta pen which satu pen berharga rm0.50...agak2 dpt murah x kalau beli sejuta pen? Adakah Kita Bayar harga asal atau Akan dpt bnyk diskaun? Sama la mcm business mymi Ni...cth la package bronze, harga rm420..umpama Kita beli topup berharga rm700.. Tapi jgn lupa, kitaorg bulan dpt sekaligus dlm masa 3 bulan mcm Tu...hampir 2 tahun bru Akan dpt pulangan semunya. Jdi, dekat mana skim cepat kaya Tu??? Nk tunding jari, Baca dulu btul2..kaji dulu..and please , anda blh check kt BNM senarai company yg kena blacklist atau x..SILA LAH CHECK MYMI NI KENA BLACKLIST KE TIDOK YER..
Amir Marzhuki said…
Waalaikumusalam CIk Fiqah,

Mungkin Cik tertinggal keretapi kot. Nama company Mymi1 iaitu Mi1 global sudah pun masuk dalam senarai Bank Negara pada 9 Jan 2017. Cik tak percaya? Boleh klik link dibawah :-

http://amirmarzhuki.blogspot.com/2017/01/mymi1-dah-masuk-senarai-bank-negara.html

Bukan 1 jer nama company yang masuk. Tapi 4 nama yang naik termasuk la juga Dinar Dirham.
Unknown said…
MYMI bukan dlm fasa utk lingkup ya...kalau ya, x dak maknanya company buat saham...Igt calang2 company ke blh buat saham sesuka hati..company yg btul2 berjaya ja blh buat mcm Tu..Encik Amir , x payah la nk jatuhkan business org lain..Skim cepat kaya? Oh please...kalau skim cepat kaya, labur harini, esok dh dpt pulangan berkali ganda tau..Mymi Ni jauh beza...kena tunggu setiap 10 hari bru dpt bonus..and habis pembayran bonus Tu hampir utk 2 tahun..Jadi makanya, sebelum bercakap yg bukan2, kaji dulu...x baik jatuhkan business org lain mcm Ni...
Unknown said…
Baru masuk 9/1/2017..bru 2 hari lepas..tu pun nk kecoh kan..tu pun masuk sbb company bru wujudkan saham...9/1/2017 is not big deal ok..awak Tu kecoh jer dri dulu lagi padahal dulu x dak apapun..
Amir Marzhuki said…
Terima kasih Cik Fiqah kerana rajin memberi pandangan di blog saya.

Cuma saya nak bgtau apabila skim Mymi1 sudah masuk list Bank Negara. Ia adalah petanda bahawa skim itu akan tutup tak lama lg. Mcm skim Mecca Fund (smlm owner dia masuk makhamah. Boleh baca newspaper) dan juga skim Highway yang sudah lingkup. Cik perlu tahu kenapa nama company masuk list tu? Antara sebab ialah tidak mempunyai lesen mengutip wang pelaburan & juga ada laporan dari ahli sendiri yg kena tipu.

Skrg ni pun, management Mymi1 pun dah mula nk cabut lari. Ialahkan, ada ahli baru yang x dpt dah komisen sejak bulan 10 seperti komen dari cik noorazliza di bahagian atas.

Jadi, terpulang pada Cik Fiqah nak percaya atau tidak sbb post saya ada diterangkan dlm point no 8 jika cik terlepas pandang.

Buat yang belum masuk, better lari jauh2 apabila ada nama2 skim yg sudah dalam list Bank Negara. Itu saja caranya dari kena tipu.

Sebab kena tipu itu adalah atas pilihan kita sendiri :)
Unknown said…
Utk kes cik noorazliza, sy rasa leader dia x updates...pasal package vip yg tc diserap utk saham secara auto..sbb tu bulan 10,11,12 ada yg xdpt auto cash atas sbb tc , rp, disedut utk saham..company dh start buat paymemt kepada ahli yg disedut tc ngn nilai 4usd...dekat acc mymi masing2, ada tulis tentang ni..sila baca annoucement juga utk ahli2 Mymi...alert selalu...company dh inform, sendiri kena bertindak ambil tahu juga...utk kes dh masuk BNM, founder dh berjumpa ngn pihak BNM..hope it will be turn out good soon..biasa la..business makin maju..ada saja mana2 pihak yg x puas hati..Mymi bukan sahaja di Malaysia tapi di Indonesia, Singapura dan juga Thailand..Company punya cawangan skrg makin bertambah plus skrg dh wujud Cafe Mymi...Yg mengukuhkan lagi Company makin maju adalah dgn wujudnya saham baru2 ni....dtg mana la tipunya kalau setiap 10 hari duit masuk kan...dh setahun berlalu plus bnyk acc sya dekat mymi tu...mcm sy ckp, mymi bukan skim cepat kaya...kalau skim cepat kaya, dlm masa 3 bulan, sy dh dh dpt pulangan 2 atau 3 kali ganda...malangnya mymi bukan mcm tu..pulangan hampir 2 tahun...jdi utk yg kunjungi blog ni, sila jgn tgk satu pihak saja..blh dtg sendiri kt HQ , blh jumpa founder, pengerusi or any leader and dgrla penjelasan diorang..ataupun ada kelapangan, sila la turun kl utk dgr talk tentang Mymi...setiap minggu ada..blh la tgk ya mymi ni mcm mna ya...Sekian
Anonymous said…
Tertarik dgn pelbagai komen di atas. Terima kasih En Amir memberikan penjelasan Ciri-ciri skim cepat kaya. Saya ahli mymi yg sah.Saya sgt setuju dgn pendapat En Amir bahawa MyMi1 adalah skim cepat kaya. Pd peringkat awal kata busines toup. Sbb tu sy masuk. Bukan tertarik pd TC yg masuk setiap 10 hari. Setakat ni ni TC masuk dlm account.W/bagaimana pun TC yg masuk tidak membawa sebarang makna kerana gagal untuk dicairkan (ditunaikan).Sebelum masuk leader memberi penerangan tentang cara cairkan. 1. Dgn beli top up/bayar bil. 2. Jual balik kpd company dgn kadar RM2.80 bersamaan 1 TC. 3. Jual balik dgn leader. Sejak kebelakangan saluran utk mencairkan TC telah disekat secara halus. Leader tak mau beli. Company reject. Bayaran bil telah tiada. Perkhidmatan to up dihadkan kpd RM10.00 shj. Ini membawa maksud TC tak boleh dicairkan.Rumusan yg boleh kita simpulkan tiada sebarang cash setiap 10 hari. Hanya tengok pada TC semakin bertambah. Tak boleh buat apa-apa. Jilat lah TC tu pd skrin komputer. Lebih mengejutkan sebelum masuk kata busines top up /bayaran bil. Tapi bila dah masuk outomatik beli saham. Kebenaran siapa?
Anonymous said…
Setiap 10 hari tu duit masuk ke TC masuk?.TC wp masuk dan banyak, tapi tak boleh dicashkan. Sebelum masuk leader beritahu TC boleh dicaskan dgn cara 1. Beli top up/bayar bil. 2. Jual balik pd. Company. 3. Jual balik pd leader. Skrg ni nak jual pd. Company- reject. Nak jual pd leader-tak mahu. Nak bayar bi-tak ada. Nak top up disekat secara halus. Dihadkan RM10.00 sehari. Jadi TC yg banyak tak membawa apa-apa makna. Kesimpulannya memang tak ada duit masuk setiap 10 hari. Yg ada hanya TC. Tengok dan jilat aje kat skrin komputer. Sy sgt setuju dgn sdr Amir Mymi adalah skim cepat kaya. Firasat sy bakal lingkup. Tunggu masa dan ketika. Saya adalah ahli mymi yg menghadapi banyak masalah dgn Mymi dan leadernya sekali.
Unknown said…
Aku pun xfaham korg ni, dia pegang duit korg pastu dia ckp buat beli saham...pastu dia buat la pelancaran di indon bayar stesen tv nk nmpak genuine, alamat dlm web dia sume bohong.. Company ni didaftarkan di kowloon hong kong mi1 private ltd, dia bwk lari duit korg ke sana... Byk benda lagi aku malas nk taip, belajar n carilah maklumat n ilmu... Jgn dok dgr diowg pusing n kencing hangpa dgn cerita yg kononnya mcm2...korg igt senang ke nk listed company n kerjasama dgn big telco provider... Kalau betul untung byk mcm mymi ckp beli top up n byr bil secara bundle,dh lama dah cimb, maybank dan jutawan lain buat... Xsempat dpt kt mymi ni... Lg satu kalau genuine isi borg, ada agreement br lah diowg tu sume blh caj masul jail mcm...ni bank in duit pastu nk claim blk, hahaha... Senang je diowg ckp korg masukkan, bkn paksa jd xtimbul penipuan n undang2 xleh dakwa diowg.... Ko nk buat loan dgn aeon credit 1000 pun mcm2 dokumen nak kena sign... Ni korg senang2 masukkan duit 21000,hi hi bye bye la... Dah la tegakkan benang yg basah psl nk sedapkan hati... Geram aku baca... Aku bg komen yg logik akal je bg korg paham, cite details kan korg xphm
Unknown said…
Xyah la nk cerita, tc tu sume dia develop sistem nk g
tipu korg je.. mana ada transaction bank fixed currency pastu makluman pakai email bodoh tulisan biru je... Pegi indon ambk gambar dgn banner kata nk bgnkan resort ratus2 juta, bayar stesen tv jemput vvip pakai duit korg melabur...sewa opis 2 pintu kt indon pastu edit gambaf bangunan kononnya satu bangunan mymi punya... Malas aku nk taip byk2,saham tu beli kt mana? Kedai mamak? Sbb tu leader ko attack golongan rendah pertengahan...kalau attack profesional, dgr diowg ckp dh tau penipu n xlogik... Mmg juta2 la duit psl duit korg sume dia pegang n pusing
Unknown said…
This comment has been removed by the author.
Unknown said…
xbeli saham pun, duit diowg hantar ke luar negara cthnya singapore n hong kong/china... Bukak akaun ocbc/bank of china...nama lim kok chiang n beberapa melayu ada maklumat disana bwh kompeni mi1 private ltd... Ada org dia jaga server utk masukkan tc ke akaun ahli setiap 1O hari n transfer duit ke akaun kita mcm normal bank transfe... Sbb tu currency dlm sistem fixed, bkn fluctuate... Iklan n ckp nk buat mcm2 n benda tu semua dianjak... Bg harapan kerana harapanlah janji yg xkan pernah luput... Contoh sy bg mazlan, sy kira ikut bv yg dia dpt dia dh laburkan rm 22 juta jpd mymi n pulangan rumah,cash n kereta dia dpt lebih kurang rm 5 juta...dia pusing je duit, ssm bkn nama dia n kalau nama dka sekalipun dia declared kompeni bangkrupt pastu kompeni tutup... Dia ada ada ratusan juta duit pelabur yg di luar negara terutamanya china... Antara sbb china kaya sbb dia negara komunis... Agak2 senang ke bank negara nk campur tgn duit yg disimpan n dilaburkan disana?? Satu ayat je, sgt MUSTAHIL
Unknown said…
Bank negara senaraikn mi1 sbgai "aktiviti x berlesen" berkuatkuasa 9.1.2017.. Sila rujuk senarai dlm web bn. Dh tentu semua proses mi1 senyap dan sepi.. Sbb masing2 sedg mnyorokkn diri!!
Unknown said…
Dlm web bn.. Jelas mi1 disenaraikn aktvt yg x berlesen kuatkuasa 9.1.17.. Sila rujuk!!!
Unknown said…
Ha3 mmg dh lingkup pun. Kroni, group mi1 yg hari2 duk jadi musang cari mangsa .. Dh x update fb masing2. Masing2 tengah mnyorok.. Kentut pun dh x bunyi!!!
Unknown said…
Saham taik kucing!!! Bila nk disenaraikn mi1 kt bursa saham ? Org banggang je kena tipu.. Org bodoh je yg "tipah tertipu"
Unknown said…
Kono tipu la ko !!! Ha3
Razif said…
Ada lagi ke taklimat tu??? Heheheh
Unknown said…
Ada produk tu alasan cara mereka menipu. Produk adalh yg kita nampk, boleh pegang! Boleh dibelek bolih dipilih sbb itu hak kita sbgai pngguna. Klu kita menerima deposit org yg mnjanjikn keuntungn.. Mereka perlukan lesen dari Bn. Jadilah pengguna yg bijak..
maMan.utd_80 said…
T/kasih admin kongsikn maklumt kes2 begini.. di tempat sya kecoh dgn biz sebegini melabur dlm IGS.. bleh tlong bgi pencerahan skit ttg pelaburan terbaru ni? Tq
Anonymous said…
Ya... RP aku dah 16000 tp xblh convert ke Cash dah 5 bulan...apa ni???
Unknown said…
Cik Fiqah tlgla beli RP saya. says jual 16000 RP saya dgn harga RM4000 saje sbb nk pakai duit....
Amir Marzhuki said…
Kepada maMan.utd_80,
Encik boleh rujuk post saya berkaitan ciri2 skim cepat kaya. DIsitu encik boleh dapat agak samada itu Skim Cepat Kaya atau tidak

http://amirmarzhuki.blogspot.com/2015/08/ciri-ciri-skim-cepat-kaya.html

Kepada Cik Fiqah,
Dah lama saya tak baca komen2 disini, rupanya ramai yang terkono.
Apakata Cik Fiqah bantu beli diorg punya saham. Hehe

Psstt..Cik Fiqah tahu tak cara sebenar membeli saham? Ke caya bulat apa yg upline citer jer?
Satu lagi, tahu tak berapa nilai sebenar 1 unit saham Mymi1 tu? Nak tahu tak? Nanti komen la kat sini kalo nak tahu yer :)
Jeman said…
Kalau apa2 berlaku, anda berani potong jari?
Unknown said…
Buat aduan melalui saluran...kpdnkk,lpkpm,pkpm...atau ngo yg berkaitan dgn pengguna...
hq masih wujud...
cuma berharap ada solution utk dapat duit balik
Anymous said…
Berapa nilai sebenar 1 unit saham mymi1 encik gajah?? Thanks
Anonymous said…
Ramai yg belajaq tinggi tapi bodoh..kahakaha..cina tipu kaw kaw..
Pn.Rohana said…
Saya ada byk tc dan cp...saya nak jual..siapa nak beli ye..
Saya join bulan 8 2016..
Rupanya bulan 8 tu dah ada mslh...saya tak tahu...tapi mesti leader saya tahu kan..
Apa perasaan leader bila saya terperangkap begini..
Leader saya kaya..
Saya x kaya dgn cara ni pun x apa..
Jgn perangkap org...
Setiap suapan mu leader..moga teringat situasi ku.

Ku lihat masih ramai yg join...mak cik2 dan pak cik yg berduit..
Kesian..
Semoga semua ini memberi pengajaran kpd semua.
Anonymous said…
Can anybody (SPECIALLY mymi1 members) tell me.. how is the situation mymi1 in Malaysia today... in Indonesia..mymi1 still HAPPENNING.. thanks alot
Local Bussines said…
Benda ni pun masih ramai yg kurg fhm.. Kata sekolah tinggi, tp mudah tertipu... Sbb dibutakan dgn wang..
Cubalah guna fikiran waras, nak duit, perlu usaha lebih dan dtg dari keringat.. Takde benda senang nak dpt, dan tkde benda free kat dunia ni.. Engko nak mkn nasi pun, perlu tangan suap cik abg adik oii...
Saya cukup simpati dgn org yg terjebak ni, kerana seakan memberi sokongan kpda pihak yg ambil kesempatan berselindung di sebalik produk org lain..

Ingat skim mereka takkan ke mana pun klu tanpa sokongan dari org yg tak mau berfikir secara bijak.

Wlupun pada mulanya segelintir ahli mndpt habuan, tetapi itu adalah PANCING untuk teruskan penipuan..dan akhirnya akan merana... Oleh kerana silap sndiri, seluruh ahli keluarga, rakan, jiran, turut sama menanggung kerugian bahkan ada yg sanggup berhutang dgn mana2 agensi untuk di laburkan..

Ingat ni saja, harta benda, duit takan dtg semudah bergolek atau jatuh dari langit tanpa kerja keras..

Ramai org dari umur muda sampai tua dihabiskan masa untuk bekerja tapi tak pandai2 jadi kaya,, alahai ni kan pula, dijanjikan sebulan, setahun dah jadi jutawan?? Pooodaaahhhh la... Buka la fikiran tu lebar2..

Just tuk peringatan
Anonymous said…
Oleh kerana M1 global sekarang tak punya product(topup di batalkan),sykt boleh diDAKWA
MENGUTIP WANG PAKAGE MEMBERS TANPA LESEN BNM & KPNKK!
BertTINDAK!