Apa itu Real Property Gain Tax (RPGT)?

Amir sendiri pun sebelum ini kurang faham akan perkara ini. Selepas membuat sedikit kajian dan bacaan barulah Amir faham. 

RPGT bermaksud (Real Property Gain Tax). Dan didalam bahasa melayu RPGT ini disebut sebagai Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT). Maksud RPGT ini adalah cukai yang dikenakan keatas harta tanah yang menjana keuntungan. Dari sini fahamlah kita, di Malaysia adanya terdapat satu bentuk cukai yang dikenakan terhadap harta tanah yang dijual kembali atau dilupuskan dengan dikenakan peratusan (percentage %) tertentu.

Persoalan tentang RPGT ini banyak mengelirukan pemilik rumah yang muda dan yang baru. Rata-rata pemain hartanah sangat arif tentang polisi RPGT ini, dan ramai yang tidak berapa peduli. Kebiasaannya, pemilik rumah yang bernilai RM300,000.00 kebawah sangat risau, ya lah, jika dah cukainya 30%, dah kena bayar RM90,000.00, beli rumah dulu sudah RM200,000.00. Campur itu ini, dah lebih kos dari harga jual, langsung tak ada untung.

TAPI hakikat sebenarnya, ramai yang tersalah anggap. Nilai cukai RPGT itu adalah dari nilai keuntungan jualan, dan bukanlah dari nilai harga jualan rumah tersebut. Ok begini sebenarnya.

RPGT ini cukai yang dikenakan apabila kita menjual hartanah dalam tempoh tertentu. Polisi ini dibuat untuk mengelakkan spekulator dari memanipulasi hartanah. Pada Amir, ia dapat membendung sedikit, namun tidak dapat menyelesaikan 100% masalah sebenar.

Syarat cukai ini, apabila kita menjual hartanah kita sebelum tempoh 3 tahun dari tarikh kita menandatangani SPA (Sales & Purchase Agreement), kita akan dikenakan cukai pada kadar 30%. Tahun ke 4 ia turun kepada 20% dan tahun ke 5 kadarnya adalah 15%. Tiada cukai dikenakan selepas 5 tahun 1 hari, dari tarikh kita menandatangan SPA.
Apa maksud cukai ini? Secara mudahnya cukai ini dikira dari Harga Jualan, di tolak kos belian kita. Maksudnya lebih kurang begini

Harga Jualan : RM 500,000.00
Harga Belian : RM 350,000.00
Tempoh Belian : Belum cukup 3 tahun dari tarikh SPA (Tahun 2014 & 2015)
Jadi nilai yg perlu dibayar adalah : RM500,000.00 – RM350,000.00 = RM150,000.00 x 30%
Nilai Cukai Keuntungan Harta Tanah = RM 45,000.00

Oh, namun ada berita baik. RPGT boleh dikecualikan dengan 3 kondisi berikut :

1. Sekali dalam seumur hidup anda, anda boleh pilih mana-mana satu hartanah yang anda ingin jual utk dikecualikan dari RPGT.
2. Penjualan hartanah kepada ahli keluarga terdekat.
3. Keuntungan jualan 10% atau RM10,000.00 yang mana lebih rendah.

Untuk penjelasan lebih terperinci, anda boleh ke link berikut Info CKHT | LHDN

Semoga tips yang Amir kongsikan dapat membantu insyaAllah.

Post a Comment

3 Comments

mannlegacy said…
Baru tau pasal RPGT. .tq amir. .
Anonymous said…
terima kasih atas perkongsian yang sangat berguna ini encik. saya ada cuba satu applikasi untu mengira RPGT. sangat mudah dan cepat. encik/puan boleh cuba klik link ini https://loanstreet.com.my/ms/kalkulator/kalkulator-rpgt-ckht untuk merasainya sendiri.