Saturday, 9 April 2016

Check CCRIS dari Rumah


Tried and tested. Ini cara paling cepat nak dapatkan laporan CCRIS. Yang pernah ambil pinjaman PTPTN wajib semak laporan CCRIS sebelum memohon apa-apa pembiayaan, terutamanya kalau nak beli rumah.

1. Kenapa Laporan CCRIS Penting?

Laporan CCRIS ni menunjukkan rekod pembayaran hutang anda pada institusi perbankan. Daripada rekod ini dapatlah mengetahui samada anda ni pembayar hutang yang bagus atau tidak.

Sekiranya anda mempunyai salah satu daripada yang dinyatakan di bawah, anda sudah mempunyai rekod CCRIS.

  • Pinjaman PTPTN
  • Pembiayaan peribadi daripada bank
  • Kad kredit
  • Pembiayaan pembelian kenderaan
  • Pembiayaan kereta
  • Pembiayaan perniagaan daripada bank

Daripada laporan ini, senanglah bank nak tahu samada seseorang itu pembayar hutang yang bagus atau tidak sebelum mereka beri pinjaman kepada individu tersebut.

2. Laporan CCRIS Untuk Siapa?

Bagi yang ada pinjaman PTPTN dan nak beli rumah, anda wajib semak laporan ini dahulu. Takut ada rekod buruk yang anda tak tahu. Leceh bila sampai masa nak beli rumah dan dah letak deposit, loan sangkut sebab ada masalah CCRIS.

Amir juga diberitahu melalui Facebook dari salah seorang banker bahawa ada yang dah membayar PTPTN on-time dan tiada tunggakan tapi PTPTN gagal mengemaskini akaunnya menyebabkan rekod buruk di dalam CCRIS. Ya, ini berlaku lebih-lebih lagi bila sistem ini baru diperkenalkan. Jadi kepada yang membayar on-time pun Amir sarankan supaya periksa rekod CCRIS.

Selain itu, yang dah ada banyak produk kewangan (personal loan, kad kredit, loan rumah) eloklah menyemak laporan CCRIS anda setahun sekali atau beberapa bulan sebelum membeli hartanah. Kalau ada yang tak cantik tu, adalah masa untuk cantikkan supaya mudah dapat pembiayaan.

Terutamanya yang nak masuk lelong, semak je laporan CCRIS. Just in case kan. Yang main lelong kalau menang tapi loan tak approve, memang menangis tak berlagu sebab deposit 10% hangus. Jangan main-main.

3. Bagaimana Nak Dapatkan Laporan CCRIS Tanpa Perlu Keluar Rumah?

Laporan CCRIS boleh didapati daripada kiosk yang disediakan di Bank Negara dan cawangannya. Tempat lain takde dah kiosk ni.

Satu lagi cara adalah yang saya ajarkan di sini. Kenapa cara ni penting? Sebab selama ni majoriti yang saya kenal bersusah payah bayar tol, bayar parking, redah traffic jam pergi Bank Negara semata-mata nak dapatkan laporan ni.

  1. Laporan boleh didapati daripada Credit Bureau Malaysia (CBM). Pergi ke laman Self Enquiry Report
  2. Download borang. Klik sini.
  3. First page borang ada checklist. Senang cerita, kena sertakan salinan IC dan dua dokumen sokongan.
  4. Second page borang isikan maklumat peribadi. Tandatangan.
  5. Third page borang. Pastikan anda tandatangan kat bahagian atas surat.
  6. Scan borang yang dah lengkap.
  7. Lakukan pembayaran pada akaun Maybank Credit Bureau Malaysia 5123 5260 4549 sebanyak RM10.
  8. Emelkan borang dan resit pembayaran tadi ke info@creditbureau.com.my.

Dalam masa kurang daripada 1 hari, anda akan dapat laporan kewangan penuh, termasuk laporan CCRIS dan rating tahap kewangan anda.

Ini pula rating yang bakal diberikan berdasarkan laporan kewangan anda. Rasa-rasanya anda di mana?

Selamat menyemak rekod CCRIS anda.

No comments: