8 Tips Nak Elak Skim Penipuan Emas

Sekarang ini, Amir rasakan sudah ramai orang Malaysia mula menyimpan emas semenjak kejatuhan nilai wang ringgit kita pada tahun lepas. Dalam masa yang sama, skim2 cepat kaya pun bertopengkan emas pun tumbuh kembali & tidak pernah2 berputus asa untuk menipu lebih ramai orang lagi yang "tamak" dengan memberi janji2 manis.

Amir kongsikan 8 Tips bagaimana tidak terjebak dengan skim penipuan emas ni:-

  1. Elakkan melabur di dalam skim yang menjanjikan pulangan tetap setiap bulan.
  2. Elakkan melabur sekiranya harga emas yang dijual adalah terlalu tinggi
  3. Elakkan melabur sekiranya anda perlu serahkan balik emas anda kepada syarikat untuk didagangkan.  
  4. Elakkan melabur sekiranya emas itu perlu digadai dan wang hasil gadaian perlu diserahkan kepada syarikat.

  1. Elakkan melabur sekiranya sekiranya terdapat unsur-unsur bonus tajaan,bonus rekrut orang ataupun ala-ala MLM di dalam syarikat berkenaan.
  2. Elakkan melabur sekiranya ada syarikat menerapkan unsur-unsur sentimen seperti keagamaan, bangsa etc. untuk menarik anda menyertai mereka.
  3. Elakkan melabur jika anda perlu menyerahkan emas sekarang dan menunggu beberapa hari untuk mendapat semula duit anda (bagi kes jualan semula).
  4. Elakkan membuat bayaran penuh atau lebih 30% ketika membeli emas dalam plan Delay.

Post a Comment

0 Comments