Cikgu Sanggup Hutang Along Sebab Rakan


Ada beberapa mentor Amir mengatakan bahawa "Niat tidak menghalalkan cara". Apa maksudnya? Sebagai contoh ialah Robin Hood yang mencuri duit dari orang kaya untuk membantu orang miskin. Cara dia tu dah salah sebab "mencuri" walaupun niat dia baik iaitu "membantu" orang miskin.

Sama juga dengan niat murni seorang cikgu ini yang membantu orang lain terutama rakan yang dalam kesempitan dengan meminjamkan wang, memakan diri apabila dia kini menanggung hutang hampir RM2 juta akibat meminjam duit dari Along & Ceti Haram.

Ibu kepada 12 anak yang bertugas sebagai guru di Sabah itu mengaku dia tidak berfikir panjang apabila menawarkan diri membantu 102 rakan dan kenalannya dengan meminjam wang daripada tiga ceti haram atau along tanpa pengetahuan suami dan keluarganya.

“Pada awalnya, saya hanya berniat ingin membantu rakan yang terdesak. Mungkin kerana bahagia melihat kegembiraan orang lain, saya langsung tidak terfikir niat baik itu memakan diri,” katanya kesal.

Wanita berasal dari utara Semenanjung hanya mahu dikenali sebagai Masni, 50, berkata, hidupnya makin tersepit apabila rakan yang meminjam mula mengadu tidak mampu membayar semula mengikut jadual dipersetujui sebelum ini, kerana terikat dengan pelbagai komitmen.

“Bayangkan, hanya dalam tempoh kurang sebulan pada Jun lalu, saya sudah meminjam RM685,000 daripada ceti untuk membantu 102 rakan dan kenalan.

Pengajaran dalam kisah ini ialah 
1. Bantulah rakan atau ahli keluarga mengikut kemampuan kita
2. Jangan pinjam Along
3. Kalau ada yang ingin pinjam duit dengan banyak, better mereka apply di Bank.
4. Jika kita sendiri tidak cukup makan, kita boleh bantu menasihatkan rakan2 ini dengan supaya mengurangkan komitmen mereka sendiri (belajar berjimat cermat seperti potong astro, kurgkan makan diluar).

Post a Comment

0 Comments