Bagaimana Nak Elak Duit Bocor?

‘Bagaimana nak elak duit bocor?’
Jawapannya ialah  ‘Tukar duit anda ke dalam bentuk emas’

Apa sebabnya? Ada 3 sebab.
1. Fitrah manusia dengan emas ialah nak simpan elok-elok
2. Fitrah manusia dengan emas ialah nak kumpul banyak-banyak
3. Emas orang tak pinjam.

1. Fitrah manusia dengan emas : Anda nak simpan elok-elok. Cuba beli emas dan peganglah ia seperti gambar ni.
Mula-mula hati anda akan cakap ‘wah cantiknya emas nie’. Kemudian hati anda akan cakap ‘emas nie kena simpan elok-elok’

Inilah yang akan berlaku bila anda pegang emas. Anda akan fikir kat mana nak simpan emas ini dengan selamat. Sebab itu anda kena tukar duit jadi emas secepat mungkin.

Bila dapat duit, maka hati asyik fikir belanja atau bayar hutang ajer.. takder fikir pasal simpan. Sebab itu emas magnet kekayaan. Ia selari dengan fitrah manusia ingin menyimpan.

Kenapa menyimpan duit sukar dibuat? Sebab fitrah manusia dengan duit ialah nak belanja dan bayar hutang. Bila duit dah jadi emas.. anda terpaksa simpan.


2. Fitrah manusia dengan emas : Anda teringin nak kumpul banyak-banyak. Emas memberikan kepuasan jika dikumpulkan. Ini kerana fitrah manusia dengan emas ialah ia seronok jika dikumpulkan. Semakin banyak emas, semakin seronok hati anda. Tanpa disedari, lama-kelamaan emas anda akan bertambah banyak. Anda akan faham perkara ini apabila anda dah beli emas. Selagi anda belum membeli emas, anda susah nak faham perasaan seronok mengumpulkan emas


3. Emas orang tak boleh pinjam.

Bila duit dah jadi emas maka orang dah tak boleh pinjam duit
anda. Hehehe.. selamat duit. Kalau ada orang yang nak pinjam duit anda, maka anda cakap ayat ini ‘Saya minta maaflah, semua duit saya dah habis beli emas’. Biasanya kalau anda cakap macam itu, maka orang yang nak pinjam duit anda tidak boleh berbuat apa-apa.
Jadi terpaksalah dia pergi mencari orang lain pula. Takkan orang tu nak cakap “Kalau macam itu, boleh tak saya pinjam emas tuan@puan sekejap?” Jadi, selamatlah duit anda kerana dah ditukarkan ke dalam bentuk emas. Itulah sebab kenapa emas itu dipanggil magnet kekayaan.


Jadi tuan puan pembaca sekalian, inilah 3 sebab utama kenapa anda perlu menukarkan duit kertas kepada emas. Mari kita ulang suara..

1. Bila duit jadi emas, maka anda kena simpan elok-elok.
2. Bila dah beli emas, nanti akan rasa seronok nak kumpul banyak-banyak.
3. Emas orang tak pinjam.

Post a Comment

0 Comments