Monday, 9 May 2016

Hukum Kutu Emas


Skim kutu emas bermasalah dari sudut syariah. Ini disebabkan harga emas ada naik turun. Ust Dr. Azman dah bagi pencerahan dalam artikel beliau di www.bit.ly/kutuemas 

Alternatif kepada kutu emas ialah KUTU DUIT tetapi digunakan untuk membeli emas.

Katakanlah peserta kutu 10 orang dengan caruman RM20 sebulan. Jumlahnya RM200.

Katakanlah bila sampai giliran si A, maka dia akan dapat RM200. Dengan RM200 itu dia boleh dapat sekeping gold bar 1 gram. Bila sampai giliran B, harga emas telahpun naik RM210. Maka si B tetap akan terima RM200 dan terpulang kepada si B untuk top-up lagi RM10 dengan duit sendiri untuk membeli gold bar 1 gram. Kaedah begitu patuh syariah.

Itu yg saya fahami. Jika silap harap perbetulkan.

------------
Penulisan ini dibuat oleh Mentor Amir, En Zulkifli


Amir Marzhuki
Bandar Baru Bangi
Dealer Public Gold
PG00058738

h/p : 012-2372641

No comments: