Monday, 22 August 2016

Peluang Baik Sentiasa Ada



Jangan risau. Biarlah rumah makin mahal, biarlah tanah kampung untuk buat rumah hari tua tu pun makin mahal.  Tak perlu kelam-kabut. Fokus selesaikan masalah kewangan satu per satu. Settlekan dulu hutang-hutang yang menyesakkan nafas setiap bulan. Restructure dulu kewangan supaya komitmen bulanan melegakan kita.

Bila dah selesai nanti, kita dah tak perlu risau. Peluang-peluang terbaik akan sentiasa ada. Ya, betul. Ia akan SENTIASA ADA. Itu yang Amir belajar dan lalui dalam masa 2 tahun ini. Bila ada duit nanti, nak beli sebuah rumah setiap tahun pun tak ada masalah, bahkan nak beli lebih daripada itu pun boleh.

Bila ada duit nanti, nak beli rumah-rumah mahal impian hidup pun boleh. Buat masa sekarang, duduk menyewa dulu pun tak apa. Secara fizikalnya, tak ada beza rumah sewa dengan rumah beli.

Perasaan risau tu sebenarnya datang sebab kita tak berduit. Bila dah berduit nanti, peluang-peluang yang baik sentiasa ada. Jangan risau... Cool dulu... ;)


1 comment: