Bila Masa Terbaik MEMBELI Emas?

Sekarang ni, harga emas sudah mula turun & ada naik sedikit berbanding pada tahun 2011 dimana harga emas ketika itu mencecah RM200/gram. Jika ada pembeli emas yang beli emas ketika itu, mesti ada yang geleng kepala kerana harga emas mereka sudah turun sehingga RM150/gram. Boleh kata hidup mereka akan tidak tenteram dan resah dengan keadaan harga emas skrg. Buat pembeli baru, ini adalah peluang terbaik untuk mengumpul harta dengan emas kerana mata wang kita makin lama makin turun. Harga barang pun dah makin naik, belum masuk lagi dgn GST.

Mentor Amir sendiri (En Zulkifli, Master Dealer PG) berkongsi pengalaman beliau sejak 5 tahun lepas dimana beliau hanya membeli emas dan tidak menjualnya walaupun 1 gram. Ini kerana beliau tahu tujuan utama membeli emas. Iaitu sebagai Simpanan Jangka Panjang. Buat pembeli emas yang lain, usah risau kerana sejarah emas sendiri sudah terbukti bahawa harga emas akan sentiasa naik mengikut peredaran tahun. Tak percaya? Cuba anda cek sendiri di www.kitco.com. Bahkan sejarah harga emas sejak 30 tahun lepas pun boleh tengok. Itulah buktinya. Akibat Tunggu Harga Paling Rendah

Keduanya, yang paling ramai ialah yang nak tunggu harga emas jatuh baru nak beli! Tapi bila harga emas turun, ramai yang teragak-agak untuk beli sebab takut turun lagi. Akhir sekali, masa emas memuncak macam tahun 2011, harga emas melepasi USD1,750 seauns, baru ramai kelam-kabut nak beli emas, sebab takut emas naik lagi.

Jika ada yang bertanya kepada Amir, bila waktu sesuai beli emas. Jawapan Amir sama seperti mentor, “bila ada duit yang tak pakai dalam masa setahun ke atas”. Daripada duit tu terbiar dimakan inflasi 10% setahun, lebih baik simpan emas yang purata kenaikannya 10% – 15% setahun.

Jadi, jangan tunggu harga paling rendah sebab penganalisis teknikal harga emas yang paling pakar pun tak dapat buat ramalan tepat turun naiknya harga emas.

Faktor ‘Fundamental’ Luar Jangka
Ini kisah mentor Amir sendiri :
“Saya pernah ada pengalaman dah. Masa harga emas turun pada Januari 2011 (Hari Raya Cina), saya jual semua emas saya sebab menurut pakar analisis harga emas, emas akan turun banyak lagi. Masa tu, harga gold bar 20 gram sekitar RM2,980. So, saya jual kesemuanya sekitar RM2,980 – RM3,000. Habis…”
Lepas raya Cina pada tahun 2011, berlaku pergolakan di Mesir dan Timur Tengah! Harga emas tak jadi turun. Ia terus, naik, naik, dan naik! Saya pun panik, dan dapat beli balik pada harga RM3,100. Saya rugi 4% (RM800 kesemuanya)! Saya terkena. Kononnya nak manipulate naik turun harga emas, tapi rugi… Nasib baik saya adalah dealer emas, kerugian tu dapat cover balik dengan komisyen jualan emas”

Satu pelajaran yang Amir dapat dari kisah diatas ialah jangan bermain dengan turun naik harga emas sebab ramalan pergerakan harga akan tersasar bila berlaku perubahan ekonomi dan politik luar jangka seperti pergolakan Mesir dan timur tengah (Februari 2011), bencana alam seperti tsunami dan letupan stesen janakuasa nuklear di Fukushima (Jepun, Mac 2011) dsb. Bila semua tu berlaku, orang akan selamatkan kekayaan mereka dengan membeli emas dan harga emas akan melambung. Amir cuma perlu yakin, harga emas akan naik dalam jangka panjang. Paling kurang pun, 10 tahun lagi. Ini berdasarkan sejarah harga emas 1975 – 2015.

Jadi, selepas setahun lebih Amir study pasal EMAS ini berkaitan dengan naik turun harga emas, Amir tak berani buat andaian bila harga naik, bila harga turun. Nasihat Amir, kalau ada duit yang tak pakai dalam masa setahun, belilah emas. Daripada simpan duit, lebih baik simpan emas. Jadikan emas sebagai sandaran kepada duit sebagaimana yang dibuat oleh negara-negara di dunia sebelum tahun 1971 dulu. Setiap duit kertas yang nak dicetak, mereka akan sandarkan kepada emas sebab emas adalah penyimpan kekayaan paling ampuh dari sebarang bencana ekonomi.

Post a Comment

0 Comments