Cara Pajak Emas Di Ar-Rahnu

Sekarang ni sudah ramai yang mula sedar tentang kelebihan menyimpan emas, dan ada juga yang bertanya kepada Amir bagaimana cara2 hendak memajakkan emas dari menjualnya sebab mereka rasa sayang nak jual emas ni. Maklumlah, ada sentimental value (Orang lebih sayangkan emas berbanding duit..Betul tak?) 

Cara pajak di Ar-Rahnu ni mudah jer. Di bawah ni Amir share panduannya secara umum:


Di mana tempat pajak emas?
Pajak di mana-mana Ar-Rahnu (halal), bukan kedai pajak (haram), dan bukan juga di bank sebab bukan semua cawangan bank ada fasiliti Ar-Rahnu. Hanya bank tertentu dan cawangan tertentu sahaja yang sediakan fasiliti Ar-RahnuDi bawah ni ada senarai antara Ar-Rahnu yang ada di Malaysia:
Ar-Rahn PKB
Ar-Rahnu Bank Rakyat
Ar-Rahnu Exchange (francais Bank Rakyat)
Ar-Rahnu Agrobank
Ar-Rahnu Pos Malaysia
Ar-Rahnu Koperasi Tentera
Ar-Rahnu YAPEIM
Ar-Rahnu Express (Habib Jewel)
Ar-Rahnu Bank Islam (Kelantan sahaja)
Ar-Rahnu KPMNJ (Johor sahaja)
Ar-Rahnu YBU (Perak sahaja)
Ar-Rahnu MAIDAM (Terengganu sahaja)

Apa yang anda perlu tahu ialah polisi setiap Ar-Rahnu berbeza-beza yer. 
1) Berapa nilai emas
2) Apa dokumen yang diperlukan
3) Berapa banyak pinjaman yang diberikan
4)Berapa lama tempoh pinjaman, memang berbeza antara setiap Ar-Rahnu

Di bawah ni ada Amir share panduan umum tentang cara pajak emas di Ar-Rahnu.

Apa yang perlu di bawa?
Emas + sijil ketulenan (kalau ada) + resit belian asal. Sesetengah Ar-Rahnu tak perlukan resit belian.

Apa jenis emas yang diterima Ar-Rahnu?
Barang kemas solid (tanpa permata), gold bar, dinar, atau syiling emas. Asalkan ianya emas dan ianya tulen. Sesetengah Ar-Rahnu hanya terima barang kemas sahaja. Gold bar, dinar & syiling emas tak diterima.

Berapa banyak pinjaman akan diberi?
65% atas nilai emas yang dipajak. Sesetengah Ar-Rahnu bagi sehingga 70% daripada nilai emas. Apa yang anda perlu tahu, nilai emas bukan berdasarkan harga emas yang dijual oleh pengeluar emas seperti Kijang Emas, Dinar Kelantan ataupun Public Gold, tapi berdasarkan harga semasa yang ditetapkan oleh Ar-Rahnu itu sendiri dan harga setiap setiap cawangan juga berbeza. Anda perlu call Ar-Rahnu untuk tahu harga semasa mereka sebab kebanyakkan Ar-Rahnu tak publish harga semasa mereka di website.
Desimeter uji ketulenan emas

Alat penimbang & menguji ketulenan emas bagi menentukan berapakah nilai emas anda, Ar-Rahnu akan timbang berat dan test ketulenan menggunakan alat densimeter. Kalau ketulenannya berbeza daripada apa yang tertera dalam sijil ketulenan, samada (1) anda ditipu oleh penjual, atau (2) mesin densimeter tu ‘problem’. Kalau nak kepastian, bawa emas tu ke Ar-Rahnu cawangan lain.

Contoh surat pajak Ar-Rahnu Agrobank
Berapakah caj yang dikenakan?
Caj pajakan Ar-Rahnu dinamakan “upah simpan” seolah-olah kita bayar caj Ar-Rahnu simpankan emas kita. Hakikatnya, ia adalah caj pinjaman, cuma kaedahnya dibuat supaya patuh syariah. Secara umumnya, caj dikenakan sekitar RM0.70 sebulan atas setiap RM100 nilai emas yang dipajak (istilahnya “marhun”), BUKAN atas nilai pinjaman.
Apa yang anda perlu tahu, caj adalah tetap sebagaimana tertera pada surat pajak walaupun harga emas turun naik dalam tempoh pajakan. Dan anda bebas untuk bayar upah simpan tu pada bila-bila masa samada dalam tempoh pajakan ataupunsekaligus masa tebus emas tu nanti.

Berapa lama tempoh pinjaman?
Tempoh standard ialah 6 bulan. Sesetengah Ar-Rahnu bagi ‘extended-period’ sehingga 9 – 12 bulan. Habis tempoh pinjaman, anda kena tebus balik emas tu ataupun emas tu kena lelong! Kalau nak sambung lagi pajakan, kena renew surat pajak. Dan jangan lupa, anda bebas untuk tebus emas tu pada bila-bila masa walaupun tempoh pajakan belum tamat. Kalau tebus dalam masa sebulan, maka caj pajakan cuma dikenakan untuk sebulan sahaja.

Bagaimana cara sambung pajakan bila tamat tempoh?
Sebelum habis tempoh pajakan, datang ke Ar-Rahnu dan settlekan kos upah. Kemudian, emas tu akan dinilaikan semula mengikut harga semasa. Katakan pada awal2 dulu nilai emas RM10,000, tapi masa hendak renew surat pajak (untuk sambung pajakan), nilai emas itu menaik menjadi RM12,000, maka jumlah pinjaman baru akan diberi sebanyak 65% atas RM12,000 (bersamaan RM7,800) dan caj pajakan (“upah simpan”) juga dikenakan atas nilai RM12,000 (bersamaan RM84 sebulan).
pelaburan emas Ar-Rahnu (lebih kurang 0.7% dari nilai emas)
Berdasarkan carta di atas, bila renew surat pajak, Ar-Rahnu akan tambah lagi pinjaman sebanyak RM1,300. 

Apa akan berlaku kalau sebaliknya (harga emas turun)? Maka kita kena top-up (bayar) RM1,300 baru boleh sambung pajakan. Nampak tak disitu dan ini yang pernah berlaku apabila ramai pemajak (Yang suka rolling duit pajakkan utk beli emas lagi) tersangkut bila harga emas bergerak secara mendatar atau kurg memberangsangkan. Kesimpulannya, hendak pajak emas perlu ada ilmu juga yer kawan2. Semoga ilmu yang dishare ini dapat memberi manfaat.

Amir Marzhuki
Bandar Baru Bangi
Dealer Public Gold
PG00058738
h/p:012-2372641

Post a Comment

0 Comments