Penting sangat ke “WHY” atau objektif ni?

Amir kongsikan nasihat yang bernas buat sesiapa yang ingin mula membeli hartanah. Status ini dikongsikan oleh En IqbalHafifi selepas ramai yang bertanya "How" dia membeli 3 biji rumah dalam masa 16 bulan.

“WHY” ATAU “HOW” DAHULU?
Sejumlah 99% pertanyaan yang saya terima di FB atau whatapps adalah berkenaan bagaimana saya beli rumah. (HOW) dan hanya 1% yang tanya saya kenapa saya beli rumah. (WHY)

Ini menunjukkan kebanyakan orang lebih fokus kepada “How” dari “Why”.
Dalam pelaburan hartanah yang saya buat, saya akan bermula dengan “WHY” dan diikuti dengan “HOW”.
KONSEP:
- “WHY” adalah objektif (kenapa saya perlu beli banyak rumah)
- “HOW” adalah perancangan. (macam mana nak beli banyak rumah)

Penting sangat ke “WHY” atau objektif ni?
Sangat penting supaya anda tahu destinasi yang anda ingin tuju, masa untuk anda capai dan jalan untuk anda lalui.
1. Anda akan tahu berapa harga rumah yang mampu anda beli. (kira DSR)
2. Anda akan tahu jenis rumah apa yang sesuai dengan “income” dan “risk” kewangan anda. (landed lebih berisiko tinggi dari apartment)
3. Anda lebih jelas berapa jumlah simpanan yang perlu anda kumpul. (Deposit dan legal fee)
4. Anda lebih tahu bila anda akan dapat rumah pertama anda. (minimum 3 bulan untuk makan gaji)
5. Anda akan bersedia lebih awal walaupun anda masih seorang student. (tambah ilmu, betulkan mindset)
6. Anda akan tahu pada umur berapa anda akan bersara. (financial freedom)

Sebagai contoh, jika anda ingin membeli hartanah dan anda tiada objektif;
1. Susah untuk anda mencari rumah harga di bawah market value kerana anda tidak ada specifik lokasi yang perlu anda fokus.
2. Anda berkemungkinan besar “terbeli” rumah yang anda tidak pernah buat research kerana iklan-iklan yang “menarik”. Atau lebih teruk anda membayar booking untuk rumah yang anda sememangnya tidak layak mendapat pinjaman.
3. Anda mungkin membeli buku atau pergi seminar yang tidak sesuai dengan diri dan profile kewangan anda. Tidak salah menambah ilmu tetapi biarlah anda tahu “priority” pelaburan anda.
4. Kurang motivasi kerana tiada “due date”. Jika anda mempunyai due date anda sendiri iaitu dengan menetapkan bila anda perlu mendapatkan rumah, perancangan anda lebih teratur dan anda akan berkerja lebih kuat.
5. Anda tidak tahu bagaimana untuk bermula kerana terlalu banyak maklumat dan pandangan berbeza dari ramai pakar dan sifu.
Contoh objektif jangka masa panjang:
Menggunakan pelaburan hartanah sebagai medium atau alat untuk mencapai status “financial freedom”.
Contoh objektif jangka masa pendek;

Sila lihat pada gambar.

Jangan mengada-ngada nak cari rumah atau pergi view rumah jika anda masih belum ada objektif (WHY) kerana ia akan buang masa anda.

Selamat mencipta objektif (WHY) anda sendiri!

Post a Comment

0 Comments