Tips Membeli Rumah Dari Pemaju (Part 1)

Di Malaysia ni, ada banyak kategori rumah yang boleh dibeli samada under construction (dengan pemaju), subsale, lelong atau buat sendiri rumah diatas tanah sendiri.

Buat kawan2 yang ingin membeli rumah dengan pemaju ni, apa yg anda WAJIB tahu sebelum membeli rumah ini?

1.) Sebelum anda putuskan untuktk membeli rumah dengan sesebuah syarikat pemaju, selidikilah dulu latar belakang pemaju tersebut. Cuba dapatkan sedikit gambaran tentang syarikat tersebut. Saya amat galakkan anda untuk membuat carian syarikat (company search) untuk mengetahui maklumat-maklumat penting tentang syarikat tersebut.

2.) Melalui carian syarikat anda boleh mengetahui tentang status syarikat tersebut sama ada ianya syarikat berdaftar ataupun tidak, sama ada ianya masih aktif dan tidak digulungkan (bankrupt) atau sebaliknya, bilakah syarikat tersebut ditubuhkan dan adakah syarikat tersebut didaftarkan sebagai syarikat yang menjalankan perniagaan pemajuan hartanah ataupun tidak (kerana banyak syarikat yang buat bisnes hartanah tapi sbnrnya syarikat tersebut tidak pun didaftarkan sebagai syarikat yang mana perniagaannya adalah pemajuan hartanah).
3.) Melalui carian syarikat juga anda boleh mengetahui siapakah pemegang saham syarikat tersebut, ahli lembaga pengarah dan juga modal berbayar (paid-up capital) serta untung rugi syarikat tersebut. Maklumat tersebut dapat memberi gambaran awal kepada anda tentang sejauh manakah establishnya serta kemampuan syarikat tersebut untuk memajukan sesuatu projek hartanah. Kalau syarikat yg modal berbayarnya (paid-up capitalnya) hanyalah RM2 atau baru seminggu didaftarkan, bagaimanakah anda boleh meyakini ianya mampu melaksanakan satu projek perumahan yg melibatkan 100 unit buah rumah misalnya. Bagi saya gambaran awal sebegitu amat penting dalam kita menilai sesuatu.

4.) Saya amat sarankan anda membuat semakan tentang pengalaman dan track record pemaju tersebut dalam bidang hartanah dan berapa banyakkah projek perumahan yg pemaju tersebut telah bina dan siapkan. Caranya, adalah dengan menghubungi Bahagian Perlesenan, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan untuk mengetahui tentang pengalaman syarikat tersebut dalam bidang hartanah.

http://ehome.kpkt.gov.my/

5.) Melalui semakan tersebut anda boleh tahu setakat mula penubuhannya, berapakah banyakkah projek perumahan yang mereka telah bina dan siapkan dgn sempurna, berapa banyakkah projek perumahan mereka yang lewat atau terbengkalai, adakah pemaju atau mana-mana ahli lembaga pengarahnya pernah disabitkan dengan apa-apa pertuduhan atau kesalahan di bawah Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Perlesenan), adakah pemaju tersebut pernah kena black list oleh kementerian dan lain-lain maklumat yg berkenaan lagi.

6.) Melalui maklumat tersebut juga anda dapat membuat penilaian sejauh manakah bersihnya track record syarikat pemaju tersebut. Kalau anda dah tahu yg syarikat tersebut ada projeknya pernah terbengkalai dan bermasalah, eloklah jangan ambil risiko untuk membeli hartanah yg dibina olehnya.

7.) Sila semak juga dengan kementerian sama ada pemaju tersebut telah memperolehi lesen pemajuan perumahan serta permit iklan dan jualan atau tidak untuk sesuatu projek perumahan yang didirikan tersebut. Lesen pemajuan perumahan dan permit iklan dan jualan ini perlu diperolehi oleh mana-mana syarikat pemaju sebelum mereka boleh memulakan pembinaan sesuatu projek perumahan dan menawarkannya untuk jualan kepad orang ramai. Adalah satu kesalahan di bawah Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Perlesenan) bagi mana-mana pemaju yang gagal mendapatkan kelulusan lessen dan permit tersebut.

8.) Biasanya syarikat yang telah memperolehi lesen pemajuan perumahan dan permit iklan dan jualan ini, mereka dikehendaki menulis nombor lesen dan permit tersebut dlm setiap notice board atau pamphlet/ broucher yg mereka keluarkan. Walaubagaimanapun, untuk pengesahan, sila semak dgn kementerian ttg nombor lesen pemajuan dan permit iklan dan jualan tersebut sama ada ianya benar-benar telah diluluskan dan sah (valid).

9.) Setelah anda meyakini yang syarikat tersebut benar-benar berpengalaman dan kukuh dalam melaksanakan sesuatu projek perumahan, bolehlah anda deal dgn mereka untuk mengetahui maklumat terperinci tentang rumah yg anda ingin beli tersebut. Cumanya, satu perkara yang saya ingin ingatkan, sebelum anda putuskan untuk membeli rumah tersebut, macam biasa, sila mintak salinan geran rumah tersebut daripada pemaju dan lakukanlah carian tanah di pejabat tanah. Sila juga mintak drpd pemaju salinan Lesen Pemajuan Perumahan dan Permit Iklan dan Jualan untuk projek tersebut sebagai pengesahan.

10.) Jika anda telah berpuas hati dgn keadaan fizikal, status tanah, harga dll berkenaan hartanah tersebut, barulah anda memasuki perjanjian jual beli dgn pemaju. Jgn sama sekali anda tergesa-gesa untuk t.tgn perjanjian jual beli selagi anda masih belum berpuas hati dgn hartanah tersebut. Kalau boleh masa ini lah anda nak tanya, mintak dan clarify apa sahaja dgn pemaju. Kerana setelah anda menandatangani perjanjian jual beli kelak anda dianggap telah terikat dengan terma-terma perjanjian jual beli tersebut dan kebiasaannya, pemaju pun sudah agak kurang minat untuk melayan anda, kerana mereka sudah berjaya ikat anda.

Insyaallah, Amir akan kongsikan lagi tips ni di post akan datang. Semoga ia memberi manfaat kepada anda semua.

Post a Comment

0 Comments