Monday, 18 January 2016

Rumah "AL-PAPA" - Skim Baru atau Scam

Ulasan tentang rumah dari pemaju Alfafa dibuat dengan detail oleh Tn Faizul Ridzuan sebagai peringatan buat kawan2 yang ingin membeli rumah tetapi termasuk skim seperti ini.


Petikan FB SyafiePetikan FB Syafie

Salam semua. Hari rasa panas sikit sebab ada ramai yang tag saya dan suruh saya komen pasal skim perumahan AGOGO ( Bukan nama sebenar ). Saya terus terang tak pernah deal dgn "developer" ni tapi pernah dengar banyak cerita mengenai mereka dari rakan-rakan seangkatan. Dan semua cerita yang saya dengar berkenaan pihak AGOGO ini, adalah komen negatif.

Tapi sebab saya disuruh berkongsi, saya akan kongsikan tips-tips bagaimana anda boleh mengelakkan dari kena SCAM dari skim-skim jahat dan yang seangkatan dengannya and membuat due diligence sebelum membeli apa-apa projek baru dari mana-mana pemaju :

1. KPKT : Industri hartanah adalah industri yang dipantau ketat oleh Kementrian Kesejahteraan Bandar, Perumahan, Dan Kerajaan Tempatan atau nama ringkasnya. Semua pemaju yang berdaftar mesti mendaftar di bawah KPKT. Kalau rasa was-was dgn pemaju, boleh check kelulusan dan latar belakang mereka dgn KPKT di laman FB mereka 

https://www.facebook.com/KPKTMalaysia?fref=ts 
atau portal rasmi mereka http://www.kpkt.gov.my.

Kalau pemaju tak berdaftar dengan KPKT, mereka tak boleh jual rumah sebab melanggar undang-undang. Kalau mereka tak boleh nak ikut undang-undang untuk jadi pemaju yang sahih, memang anda sengaja cari pasal la kalau nak beli juga dari mereka.

Dialog En Afyan dan KPKTDialog En Afyan dan KPKT

2. APDL (Advertising Permit dan Development License) - Dalam Malaysia, semua pemaju walau sehebat mana pun ke-kroni-an mereka kena ada APDL sebelum boleh menjual sesuatu projek jenis kediaman (residential property). Tanya mereka apa nombor sahih APDL mereka. Kalau takde, maksudnya mereka dah melanggar undang-undang. Kalau anda nak beli juga jangan menagis bila tersontot kelak.

3. Tanya Uncle Google : Ni cara paling senang, tak samapi 1 minit. Kalau 1st page pun dah cakap pasal penipuan dan scam dan korang still rasa nak beli juga, padan muka in advance saya ucapkan untuk anda.
Pakcik Google 1
Paccik Google 2

4. Latar belakang PENGURUSAN pemaju : Kita kena fahami latar belakang mereka. Kalau mereka dah 30 tahun dalam indusri ni sebagai kontraktor dengan pemaju besar lain, mereka ada lah pengalaman untuk jadi pemaju hartanah. Tapi kalau anda beli sebab latar belakang pihak pemaju yang nampak islamik, sekali lagi padan muka saya ucapkan sebab agama tiada kaitan dengan kebolehan pihak pemaju menyiapkan rumah anda.

5. Projek sebelum ini yang sudah siap : Mana-mana pemaju yang berkaliber mesti dah ada projek yang dah siap sebelum ini. Minta mereka senarai pembangunan hartanah mereka sebelum ini. Kalau tergagap pemaju nak cerita atau pun mereka "claim" mereka ada projek di Kelantan, Sarawak, Perlis atau mana-mana negeri yang agak jauh untuk anda pegi semak, itu red-flag. Kalau ada yang berdekatan, pergi tengok projek mereka yang dah siap tu dan interview pembeli atau orang yang telah duduk di projek itu. Dapatkan feedback mereka.
Kalau semua yang anda interview pun menyumpah, then jangan la beli.

6. Kepelbagaian pinjaman atau loan : Ini signal penting untuk kita fahami kestabilan cashflow atau kekukuhan kewangan pihak pemaju. Kalau banyak bank yang jadi panel untuk financing/pinjaman, maksudnya banyak bank yang selesa dengan kedudukan kewangan pihak pemaju dan mereka yakin pihak pemaju mempunya pengalaman dan kewangan yang cukup untuk menyiapkan projek itu. Mereka dah buat kajian dan homework sebelum mereka berstuju utk jadi pemberi EF (end-financing) untuk projek tersebut.
Kalau mana-mana skim perumahan yang suruh anda bayar cash sebab tiada bank yang nak bagi EF, lari lah jauh jauh. Kalau projek tu hanya ada satu bank yang jadi EF pun, larilah jauh jauh dan selamatkan wang anda.

Apa-apa projek yang anda nak pertimbangkan, kena penuhi semua syarat diatas. But kalau tak nak buat research dan lepas tu kena tipu, jgn la datang menangis pada saya. Saya dah buat beratus sesi nasihat 1on1, dan yang datang jumpa saya mengadu kena tipu, 100% orang melayu. Yang menipu tu, majoritinya orang melayu beragama islam juga. Modus operandi penipu ni adalah :
a. Guna ayat-ayat atau konsep islamik
b. Gunakan sentimen perkauman dgn melagakan dengan bangsa lain untuk mempengaruhi anda untuk menyokong biz mereka.
c. Cerita bertapa mudahnya untuk anda buat duit melalu skim-scam mereka ini.

Ingatlah, manusia yang beragamakan duit, agama dan bangsa pun dia sanggup jual. Orang melayu baik-hati dan mudah percaya, tetapi kelemahan kita paling besar adalah kita n malas cari ilmu. Saya berpendapat sebab utama orang melayu selalu kena tipu adalah sebab kita kurang ilmu.

Kalau tak mahu kena tipu, kukuhkan diri dengan cari ilmu. Orang yang berilmu, susah kena tipu. Dan bila dapat ilmu, kongsikan supaya keluarga dan rakan anda pun boleh diselamatkan dari penipu-penipu bangsat yang mempergunakan sentimen agama dan bangsa.

Saya doakan anda semua lebih berilmu dan berjaya. Dan kalau anda tahu apa-apa skim yang nampak macam scam, sila komen di post ini supaya orang lain boleh berhati-hati dan elakkan dari ditipu.

p/s : SHAREkan post ini kalau anda tak mahu ada rakan-rakan /ahli keluarga yang mungkin terperangkap dalam skim-skim mengarut ini.

No comments: