4 Faktor Kenaikan Harga Hartanah

Biasa kita lihat di dada akhbar dan juga media sosial yang harga hartanah ni makin lama makin naik dan tak de pun tanda2 akan turun. Yups, itu lah trendingnya selepas 20-30 tahun kalo kita tengok history hartanah ini. Anak2 muda mesti bimbang samada mampukah mereka hendak membeli rumah dengan paras gaji yang mereka dapat sekarang ini.

Jadi, nasihat Amir adalah dengan menimba ilmu dahulu sebelum membeli hartanah ini sebab ada cara untuk dapat harga rumah bawah dari market value apabila kita tahu caranya.

Sebelum Amir terlupa dari tajuk asal iaitu apakah faktor yang buatkan nilai hartanah semakin meningkat naik ni. Jum sama2 kita lihat samada faktor2 ini betul atau tidak.

Faktor #1: Perbandingan antara leasehold dan freehold.
Ramai yang lebih suka beli hartanah freehold berbanding leasehold. Sebab milikan hartanah jenis freehold kekal bersama dengan nama pemilik yang beli hartanah itu. Dan ia tak ada had masa (seperti leasehold), melainkan hartanah itu ditukar milik kepada orang lain.

Hartanah jenis leasehold pula adalah aset tetap yang mempunyai had masa maksimum selama 99 tahun. 
Habis tempoh masa ini, kerajaan akan ambil balik hartanah itu. Atau, kita boleh bayar fi untuk kekal duduk di hartanah itu.

Hartanah freehold lebih baik untuk kita miliki. Ia jauh lebih baik dari sudut peningkatan nilai jangka masa panjang, disebabkan oleh jumlah bayaran pajakan yang lebih besar.

Faktor #2: Lokasi hartanah.

Ada beberapa faktor yang menjadikan lokasi hartanah baik daripada segi nilai, dan ia bergantung kepada keperluan individu. Antaranya:
Jarak hartanah dengan sekolah, tempat kerja, dan pusat beli-belah. Kalau dekat dengan tempat-tempat ini, nilai hartanah boleh jadi lebih tinggi.

Pemilik atau penyewa ada akses ke tempat-tempat ini dengan mudah. 
Kalau ada pusat beli-belah seperti supermarket atau hypermarket, ia akan jadi sebab nilai sesebuah hartanah itu meningkat.

Ada kemudahan sekuriti yang menjamin keselamatan komuniti. 
Hakikat tentang kadar jenayah di Malaysia semakin meningkat sukar untuk kita pandang ringan.

Hartanah yang lengkap dengan sekuriti sudah jadi keperluan oleh pembeli hartanah masa kini.


Faktor #3: Akses yang mudah ke merata tempat, serta fasiliti yang lengkap.
Akses kepada kemudahan awam menjadi keperluan utama bagi golongan yang tak ada kenderaan sendiri. Kemudahan seperti stesyen bas atau teksi, LRT, atau MRT dalam jarak berjalan kaki boleh tambah nilai hartanah.

Tapi, kalau rumah terlalu dekat dengan kemudahan awam ini, ia akan berikan masalah kepada pembeli atau penyewa. 
Tak ada siapa yang suka duduk di kawasan yang padat dengan orang ramai, bising dan ada kemungkinan aktiviti jenayah kecil untuk berlaku.

Hartanah yang dekat dengan lebuhraya juga boleh beri impak kepada secara mendadak kepada nilai rumah di kawasan itu. 
Kita boleh sahaja lihat dan kaji kawasan perumahan yang dekat dengan lebuhraya, seperti LDP atau Kesas. Harga rumah di kawasan seperti ini lebih mahal berbanding kawasan lain.

Fasiliti seperti taman rekreasi, kolam renang, gym, atau sauna juga jadi faktor harga rumah sesuatu kawasan itu jadi tinggi.


Faktor #4: Potensi pembangunan di masa hadapan.

Kawasan mewah yang ada kemungkinan tingkat-taraf daripada sudut pembangunan, akan dijual pada harga yang lebih tinggi.

Kita boleh lihat pengezonan semula tanah di kawasan Seksyen 13, Petaling Jaya sebagai contoh. 
Dahulu, ia adalah kawasan perindustrian. Sekarang, ia telah ditukar menjadi kawasan komersial.

Perubahan ini beri impak kepada nilai hartanah di kawasan ini secara mendadak. 
Kalau kita perhatikan sekarang, kawasan yang dekat dengan kemudahan MRT akan mengalami peningkatan tinggi dari sudut harga.

Sekarang anda sudah tahu apa faktor yang menyebabkan harga hartanah boleh meningkat dengan banyak. Jika sesiapa yang ingin melabur, boleh consider faktor2 ini dalam budget anda nanti.

Post a Comment

1 Comments

Alan Downing said…
Bagus informasi ini. Untuk mencari hartanah di lokasi strategik dekat dgn kemudahan awam layari laman https://housenearby.com.my dan apps Android