Sunday, 22 November 2015

Simpan Duit Untuk beli Rumah

Ramai yang bagi cadangan supaya kita simpan 10%-30% gaji kita selama beberapa tahun untuk membolehkan kita beli rumah.

Sebagai contoh kalau gaji anda rm1500, simpan rm150-450 sebulan. So kalau anda nak beli rumah harga rm150k (sekarang ni nak dapat apartment pun susah dengan harga ni  jika tidak kena caranya), Anda perlukan lebih kurang 15% = 30k untuk legal fees & stamping transfer, legal fees & stamping loan & kos renovate. Dengan simpanan sebanyak itu, anda memerlukan tempoh 5-6tahun. Satu cadangan yg nampak bagus.

Tapi masalahnya:-

1. Bukan senang nak simpan duit banyak macam tu kalau gaji cukup2 makan je.. kena guna segala talian hayat sana-sini lg hujung bulan.

2. Nak tunggu 5 tahun duit tu duduk dlm bank tak kacau2 memang agak mustahil (jika tiada displin. Ini yang selalu orang kantoi)

3. Kehendak anda mesti tak boleh berubah dalam masa tersebut.. tak kira lah berapa ramai anak yg anda tambah dlm tempoh menunggu tersebut. Kena ada ilmu pengurusan kewangan.

4. Doa banyak2 juga supaya rumah yang anda idamkan akan kekal pada harga yg sama (memang hampir mustahil tetapi boleh diusahakan untuk rumah lelong atau subsale)

Kesimpulannya, anda perlu ada ilmu pengurusan kewangan dan juga tahu bagaimana nak buat side income atau cari kerja yang boleh membantu meningkatkan lagi income supaya dapat menyimpan lebih banyak duit untuk deposit rumah. Amir syorkan supaya melabur dulu dalam ilmu hartanah dan juga kewangan supaya mental dan fizikal kita boleh prepare untuk semua ni.

No comments: