6 Keistimewaan Emas Sebagai Simpanan

Harga emas dah naik sedikit sekarang ni. Jadi, ramai yang dah start membeli untuk simpanan. Ia adalah langkah yang bagus. Ada juga yang bertanya dengan Amir kenapa ada orang beli emas tapi tak jual? Macam nak untung kalo simpan jer? Bagi Amir sendiri, simpan emas ini adalah simpanan jangka masa panjang dimana ia boleh digunakan ketika kecemasan atau pelaburan masa depan (5-10 tahun akan datang)

Apa yang Amir belajar mengenai simpanan jangka panjang melalui emas ini atas beberapa faktor :

#1 – Emas Kali Inflasi


Zaman Nabi dulu, 1 dinar (emas 4.25 gram) boleh beli seekor kambing. Sekarang ni, harga 1 dinar sekitar RM670. Secara relatifnya, ia masih mampu beli seekor kambing (Ada certain peladang kambing masih menerima 1 dinar sebagai tukaran). Pada tahun 1990, budak-budak sekolah boleh bawa duit 50 sen sehari, cukup untuk mereka makan kenyang. Tapi hari ni, 50 sen tu hanya mampu untuk beli segelas air sirap atau 1 biji kuih sahaja. Maksudnya hari ni, 50 sen tidak mencukupi untuk belanja sekolah. Nampak tak kesan inflasi ke atas emas berbanding duit kertas?


#2 – Senang Ditukar Kepada Tunai


Emas senang ditukar kepada tunai apabila kena pada caranya. Ia aset fizikal yang paling mudah dicairkan. Bila simpan emas, kita tak perlu risau kalau nak pakai duit. Kalau bawa emas tu ke oversea pun, ia tetap laku sebab ia emas. Ia “international money” yang diterima sejak zaman berzaman (Kita hanya perlu declare berapa emas yang kita bawa, tetapi tiada limit berat emas seperti duit dollar dengan limit 10,000 USD). Kalau sayang nak jual emas tu, boleh pajak di ar-rahnu untuk dapatkan pinjaman. Lepas tu cari balik duit untuk tebus emas tu.

#3 – Kekayaan Di Tangan Kita

Bila simpan emas, hakikatnya kekayaan tu ada ditangan kita sendiri. Apa pun berlaku di luar sana, selagi emas tu ada di tangan kita, pendek kata, kekayaan tu memang ada dengan kita sendiri sebab nilai emas terletak pada BERAT DAN KETULENAN emas tu sendiri. Berbeza dengan duit kertas. NILAI SEBENAR duit kertas bukan pada kertasnya, tapi ia terletak pada jaminan kerajaan, kestabilan ekonomi dan politik negara.

Masih ingat tak duit syiling seinggit dulu? Bank Negara dah buat penetapan, ianya tak lagi sah untuk digunakan sebagai duit hari ini. Ia hanya sekeping logam yang tidak lagi bernilai. Siapa yang masih simpan duit seringgit lama tu, hari ni dah tak laku lagi dah.

Jadi kalau simpan duit banyak-banyak, hakikatnya kita memiliki kekayaan secara ‘maya’. Ia bukan duit yang sebenar, hinggakan Robert Kiyosaki dalam bukunya gelarkan duit kertas sebagai “funny money”. Ianya dianggap “funny” sebab ia dikeluarkan tanpa dibackup dengan apa-apa aset fizikal. Duit yang meyimpan nilai sebenar antaranya ialah emas.


Duit syiling seringgit. Duit syiling ini dah tak laku hari ini.


#4 – Boleh Dijadikan Modal Pusingan

Bila simpan duit di bank, sebenarnya duit kita dipusing oleh bank dengan bagi pinjaman kepada orang lain (atau kepada kita sendiri!) dengan caj keuntungan yang tinggi. Bank-bank ada target mereka sendiri. Mereka mesti pinjamankan duit tu untuk menjana keuntungan. Sebab tu bank pun ada “sales person” sendiri untuk ‘jual’ pinjaman-pinjaman mereka. Mereka mesti pusingkan duit yang kita simpan tu.

Berbeza dengan emas. Kita boleh pusing kekayaan kita sendiri. Kalau orang berniaga, emas tu boleh dijadikan modal pusingan. Bila perlukan duit untuk rolling, pajak jer emas tu di ar-rahnu untuk dapatkan pinjaman. Bila dah selesai urusniaga, tebus balik emas tu. Akhir sekali, kita masih ada emas (yang dijadikan modal pusingan) dan keuntungan tunai (hasil bisnes). Dan yang paling penting, duit modal kita tak akan bocor. Kita tak berpeluang ‘curi’ duit bisnes seratus dua untuk berbelanja kegunaan peribadi (ingat, duit bisnes bukan duit peribadi) sebagaimana duit tunai. Jadi modal bisnes kita tu akan lebih selamat dalam bentuk emas.


Emas-emas yang di pakai oleh akak peniaga Pasar Siti Khadijah (Kota Bharu) tu ialah simpanan dan modal pusingan mereka. Ia bukan sekadar perhiasan.

#5 – Emas Aset Mudah Alih

Emas ialah aset fizikal yang paling mudah alih (i.e. mobile). Kalau beli tanah atau rumah-rumah sewa, ia memang tak boleh dialihkan. Kalau nak jual pun, ia memakan masa untuk jual. Paling cepat pun proses jual beli akan selesai dalam tempoh 6 – 9 bulan. Ia berbeza dengan emas. 

Masa peperangan panjang antara US dan Vietnam, ramai rakyat Vietnam lari meninggalkan negara dan jadi pelarian. Mereka jual segala harta yang ada dan ditukarkan kepada kepingan-kepingan emas yang dinamakan Vietnam Kim Thant. Kepingan emas tu bentuknya nipis. Mereka boleh sorokkan dalam jahitan baju. Bila sampai ke negara lain, mereka boleh memulakan hidup baru bermodalkan emas yang mereka bawa. Di saat peperangan begitu, pastinya duit kertas tak lagi bernilai.
Emas kim than vietnam. Emas menyelamatkan kekayaan pelarian Vietnam zaman peperangan dulu.

#6 – Kekayaan Bertahan Lama

Antara sebab kenapa pentingnya simpan emas ialah kekayaan kita akan bertahan lebih lama. Salah satu tips yang Mentor Amir ajar adalah jika ingin simpan emas dengan berjaya adalah guna konsep "Simpan dan lupa". Dari sudut kewangan, kita kena adakan “simpanan untuk dilupakan”. Kalau asyik ingat-ingat simpanan tu, simpanan tu tak bertahan lama. Nanti asyik rasa nak belanjakan jer duit simpanan tu.

Dari sudut psikologi, bila simpan emas, kita rasa sayang nak jual. Naluri manusia sejak zaman berzaman memang suka kumpul emas sebab ianya cantik. Berbeza dengan duit kertas. Seronoknya emas pada mengumpul dan menyimpannya, tapi seronoknya duit ialah pada membelanjakannya. Tak ada orang simpan emas yang fikir nak belanjakan emas mereka, tapi orang yang simpan duit mesti terfikir-fikir, di mana nak dibelanjakan duit itu! Jadi itulah sebab kenapa bila simpan emas, kekayaan kita lebih bertahan lama. InsyaAllah.

Post a Comment

4 Comments

aeinnamusa said…
No 4 tu ena buat..

Pusing2 sampai pening.

Asal wang fiat dpt dari kutu je..sbb mmg x pernah ada gaji;)
Baizura Bahar said…
penutup tu saya setuju..hihi
Tq amir sebab buat blog ttg emas ni. Sy yg baru nak faham ttg emas ni rs selesa baca, jelas sgt. Teruskan menulis.
Amir Marzhuki said…
Aeinna Musa : Begitulah fungsi emas..membantu kita memberi modal utk perniagaan.

Baizura Bahar : Terima kasih

Nurul Zakeyah : Terima kasih atas support. Insyaallah, akan terus memberi ilmu yg ada.