Sunday, 30 August 2015

Apa kelebihan Emas Public Gold ni?

Jika ada yang bertanya pada Amir, bes ke beli emas Public Gold (PG) ni compare dengan jenama2 yang lain? Biasanya, Amir akan beritahu tentang kelebihan emas PG dimana rata2 pembeli emas PG ni akan mengatakan mereka suka kerana harga yang kompetetif dan mudah berurusniaga sebelum & selepas beli (jika mahu jual balik). Bagi Amir, PG adalah platform terbaik untuk pelaburan emas fizikal di Malaysia buat masa ni.

Kenapa Amir yakin berkata begitu? Meh kita lihat beberapa point yang perlu dilihat dahulu sebelum membeli emas PG ini.

5 kelebihan UTAMA emas Public Gold ni, dan buat anda boleh buat perbandingannya sendiri :) :

#1 – Harga Lebih Murah Dari Kedai Emas
Harga emas Public Gold lebih murah berbanding harga kedai emas dan lebih murah berbanding harga kebanyakkan pengeluar emas lain. Public Gold boleh jual harga lebih murah sekitar RM15 – RM20 per gram sebab Public Gold adalah kilang emas, seolah-oleh kita beli terus dari kilang. Bila harga lebih murah, kita boleh dapat lebih banyak emas dengan bajet yang sama.
Ini senarai harga emas Public Gold pada 30 Aug 2015. Secara umumnya, Amir boleh katakan emas Public Gold antara yang termurah di pasaran.

#2 – Susut Nilai Terendah Di Pasaran
Susut nilai (atau “spread”) adalah kriteria paling penting kalau nak dapat untung maksimum dalam pelaburan emas. . Susut nilai emas Public Gold cuma 5% – 8% jer, bergantung kepada jenis item yang kita pilih. Amir perhati, pembeli emas Public Gold lah yang paling aktif jual beli emas di Malaysia sebab susut nilai dia kecil. Bila harga emas naik sikit jer, pembeli dah boleh jual untuk dapat untung. Tak perlu tunggu lama-lama. Bila harga emas turun sikit, dah boleh start beli balik.
Harga emas naik 10%, dah untung at least 5% bagi emas 250g.

Kalau jadi dealer Public Gold, lagilah jimat. Dengan rebat yang Public Gold bayar, kita boleh rendahkan susut nilai sebenar sebanyak 1.3% (Normal Dealer), 1.8% (Priority Dealer) dan 2.3% (Master Dealer). Contohnya, kalau Master Dealer beli gold bar 250 gram (susut nilai 4.5%), susut nilai sebenar cuma 2.3% (4.5% – 2.3% rebat). Maksudnya, kalau harga emas naik 3% pun dah untung 0.7%! Tak perlu tunggu lama-lama untuk ambil untung.

#3 – Stok Sentiasa Ada
Kalau harga emas menjunam berapa banyak sekalipun, kita boleh beli seberapa banyak yang kita mahu. Dulu Amir fikir, kalau harga emas jatuh menjunam, Public Gold akan hold stock. Hentikan jualan buat sementara waktu. Tapi realitinya, lagi banyak harga emas turun, lagi agresif Public Gold promote suruh beli. Dan ini menguntungkan pelabur untuk buat “short-term profit”. Contohnya, siapa yang beli emas sekitar hujung awal June 2015, bulan August 2015 ni dia dah boleh jual dan nikmati keuntungan sekitar 5% – 7% bergantung kepada item yang dia pilih.
Ini contoh screenshot seorang Master Dealer yang membeli emas untuk customer beliau (belian secara pukal ni).


#4 – Banyak Cawangan Seluruh Malaysia
Urusan jual beli emas Public Gold senang sebab banyak cawangan seluruh Malaysia. Setakat Aug 2015 ni, Public Gold ada 18 cawangan termasuk satu di Singapura. Setiap negeri ada office Public Gold. Jadi kita tak terlalu bergantung kepada dealer. Urusniaga pun lebih selamat dan terjamin.
18 cawangan seluruh Malaysia. Senang beli, senang jual.

Biasanya kalau nak beli emas mana-mana syarikat memang senang, tapi bila nak jual balik tu yang agak bermasalah kalau cawangan tak banyak. Masa nak beli, mungkin ramai dealer yang boleh bantu, tapi masa nak jual balik, tak ramai dealer yang sanggup beli balik terutamanya dealer yang modal tak besar. Kalau emas Public Gold, kita boleh jual terus di cawangan terdekat.

#5 – Jaminan Beli Balik Walaupun Rosak
Amir perhatikan yang Public Gold adalah syarikat paling tak cerewet bila kita nak jual balik emas. Public Gold jamin beli balik emas dengan harga yang tinggi (rujuk harga “PG Buy” di website) walaupun emas tu calar, kemek, bengkok, hilang resit dsb asalkan berat masih kekal. Kalau hilang sijil ketulenan, Public Gold cuma tolak RM10 jer atas setiap item. Orang yang simpan emas Public Gold lebih peace of mind.
Tak perlu risau emas calar atau lekuk. Janji berat masih maintain.

Sesetengah syarikat bukan sahaja emas tu calar, bahkan kalau hilang resit asal dan seal rosak pun dah jatuh nilai. Kalau hilang resit, harga dah lain. Kalau buka seal plastik, dia akan tolak at least 25%. Ia dikira sebagai “used gold”. Kalau emas tu calar, kemek atau bengkok, tak payah cerita lah…

Okes, Amir dah share 5 kelebihan utama emas PG ni kan? Ada 5 lagi kelebihan yang amir akan share kemudian.

Semoga info yang Amir share disini akan memberi idea serba sedikit tentang emas buat pembaca2 sekalian.

Amir Marzhuki
Bandar Baru Bangi
Dealer Public Gold
PG00058738 
(h/p:012-2372641)

No comments: