Apa tu Gold Accumulation Program (GAP)?


Sekarang ni, ramai orang sudah mula sedar tentang kepentingan emas tetapi takut nak simpan sendiri (Takut hilang atau dicuri). Kalau masuk Akaun Emas di bank, kebanyakkannya tak patuh syariah. Yang patuh syariah cuma Kuwait Finance House (KFH) dan Al Rajhi sahaja. Kalau nak sewa safe deposit box pun bukan mudah untuk sesetengah tempat. Jadi masalah tempat simpan selalu jadi ‘penghalang’ untuk sesetengah orang mula menyimpan emas. Masalah kedua, nak beli emas tapi modal kecil. Bajet cuma sekitar RM150 – RM200 sahaja sebulan.

Berita baik buat semua orang kerana Public Gold melangkah setapak lagi dengan melancarkan produk dan kaedah pembelian terbaru yang dinamakan Gold Accumulation Program (GAP). GAP sebenarnya nak bantu lebih ramai orang memulakan simpanan emas dengan cara yang lebih mudah. Selesai masalah di mana nak simpan, dan selesai masalah bajet kecil untuk bermula dengan Program GAP Ala2 “Akaun Emas”

GAP ini lebih kurang Akaun Emas yang ditawarkan KFH. Kita boleh beli emas, dan KFH simpankan emas untuk kita secara percuma. Bila-bila masa nak keluarkan emas tu, kita boleh keluarkan serendah 1 gram. Cuma kelebihan GAP, kita boleh mula walaupun dengan bajet 1 gram. Kalau KFH, belian pertama mesti 10 gram. Dan GAP kita perlu tinggalkan baki minimum 1 gram (supaya akaun kekal aktif), tetapi KFH kena tinggalkan baki minimum 2 gram.

Kemudahan GAP Public Gold

Secara ringkasnya, ini kemudahan GAP Public Gold untuk penyimpan emas:

  1. Boleh beli emas ketulenan 999.9 dengan bajet minimum 1 gram.
  2. Simpan emas dengan Public Gold secara percuma! Tanpa had masa, tanpa had jumlah emas yang dibeli. Tiada yuran simpanan dikenakan.
  3. Boleh tambah simpanan emas dengan gandaan 1 gram pada bila-bila masa.
  4. Boleh keluarkan emas fizikal (gold bar 999.9) serendah 1 gram di mana-mana 18 cawangan Public Gold seluruh Malaysia tanpa had.
  5. Boleh keluarkan semua emas yang kita simpan tu pada bila-bila masa. Cuma kalau tak tinggalkan baki 1 gram, akaun GAP kita dianggap tak aktif. Bila nak aktifkan semula, Public Gold kenakan caj RM50.
  6. Urusniaga 24 jam sehari, 365 hari setahun. Boleh beli secara online, dan jual pun secara online.

Setiap pengeluaran emas fizikal akan dikenakan caj “gold premium” sebagaimana beli emas fizikal Public Gold yang lain. Kalau tak keluarkan emas tu secara fizikal, gold premium tak dikenakan.


Gold bar LBMA 1 gram Public Gold.

Perbandingan GAP dan Akaun Emas KFH

Kalau akaun emas yang ditawarkan di bank, bagi saya KFH paling bagus buat masa ni. Sebagai perbandingan, ciri-ciri GAP Public Gold hampir sama seperti Akaun Emas KFH. Bezanya cuma:



Siapa Yang Bermanfaat Dengan GAP?

Saya nampak, GAP Public Gold ni sangat bermanfaat bagi siapa yang:

  • Nak mulakan simpanan emas, tapi bajet kecil.
  • Nak simpan emas, tapi risau nak simpan sendiri.
  • Nak beli emas Public Gold, tapi menetap di overseas atau tinggal di tempat yang jauh dari pejabat Public Gold.
  • Nak beli emas secara konsisten dengan bajet sekitar RM150 – RM200 sebulan. Mungkin boleh jadi alternatif simpanan masa depan anak-anak dengan bajet RM150 – RM200 sebulan setiap anak.


Cara Membeli Emas Dengan GAP

Bagi siapa nak beli GAP, ini langkahnya:

Langkah #1 : Bank-in Duit Ke Akaun Public Gold

Bank-in duit ke 5571-3923-8048 (Maybank) atau 3167-52-0833 (Public Bank) atas nama “PUBLIC GOLD MARKETING SDN BHD”.

Berapa banyak kena bank-in?

Sebelum bank in, semak dulu harga per gram di website Public Gold. Harga GAP disemak sehari sekali. Harga akan berubah selepas jam 12.00 malam. Kalau nak bank-in duit hari ni, kena bayar ikut harga hari ni. Kalau nak bank-in esok, kena bayar ikut harga esok. Jangan bank-in lebih!



Harga gap public gold. Harga GAP disemak sekali sehari. Harga berubah jam 12.00 malam. Bank-in duit genap-genap mengikut berapa gram yang anda nak beli

Lepas bayar, emailkan slip bayaran ke gap@publicgold.com.my . Kalau anda nak letak Amir sebagai introducer, cc kan email tu kepada gajahchan@yahoo.com supaya senang Amir bantu kalau ada apa-apa yang perlu follow-up dengan Public Gold nanti

Dalam email tu, letakkan maklumat anda supaya Public Gold dapat sahkan pembayaran. Dibawah adalah contoh Amir sendiri beli emas melalui GAP

Muhammad Amir bin Marzhuki (nama penuh)
850714-05-5531 (no. ic)
012-2372641(no. telefon)
gajahchan@yahoo.com (email)

RM14600 (jumlah pembayaran)
31.8.2015 (tarikh pembayaran)
12.06Tghari (masa pembayaran)

PG002369 Mohd Zulkifli Shafie (introducer) <-- Ini introducer Amir. Amir punya PG ID adalah PG00058738 Muhammad Amir bin Marzhuki

Langkah #2 : Sms atau Whatsapp Maklumat Ke 017-4866916 (Ini no GAP Public Gold)

Lepas tu, hantarkan maklumat di langkah #1 tadi melalui sms atau whatsapp ke 017-486 6916 (simpan no. telefon ni) untuk Public Gold keluarkan GAP Statement. Ikut format yang saya tunjuk ni.



Cara order GAP PG


Ikut format whatsapp atau sms ni. Kalau whatsapp, attachkan sekali slip bayaran supaya lebih mudah Public Gold sahkan pembayaran.

Kalau anda baru pertama kali beli emas Public Gold, boleh letak nama Amir atau mana-mana dealer sebagai introducer. Penting letak introducer supaya dealer boleh bantu permudahkan urusan (secara percuma) kalau-kalau ada apa-apa yang perlu follow-up dengan Public Gold. Kalau nak letak nama Amir sebagai introducer, kod saya PG00058738, Muhammad Amir bin Marzhuki

Langkah #3 : Simpan GAP Statement dan Slip Bayaran


Dalam masa dua (2) hari bekerja, Public Gold akan emailkan penyata GAP ni. Simpan penyata ni baik-baik bersama dengan resit bayaran original untuk rekod.
GAP statement


Ini contoh penyata GAP yang PG akan emailkan.

Itulah secara ringkas beli emas melalui GAP. Untuk persoalan tentang prosedur tambah lagi simpanan GAP, atau cara nak jual balik GAP tu, boleh baca panduan yang Public Gold sediakan (KLIK DI SINI).

Amir Marzhuki
Bandar Baru Bangi
Dealer Public Gold
PG00058738
h/p : 012-2372641

Post a Comment

0 Comments