Backup Plan Kejatuhan Ringgit


Pada hari ini bersamaan 13 Ogos 2015, Ringgit Malaysia sudah jatuh ke paras RM4 = 1 USD. Jadi ramai yang berkongsi status di laman sosial tentang perkara yang berlaku ini dan apa agaknya langkah2 yang sesuai untuk diambil bagi kita yang tidak mampu mengawal nilai wang ringgit ini?

Seperti Mentor Amir pernah menulis apa kaitan emas dengan mata wang ini dan kenapa kita perlu ada simpanan aset fizikal seperti emas, hartanah, tanah, antara sebab utamanya ialah Risiko Kejatuhan Ringgit.

Kekadang kita rasa ianya mustahil ringgit boleh jatuh dengan teruk. Lagi-lagi yang ceritakan pasal kejatuhan ringgit itu dari kalangan peniaga emas (sebab mereka menjual emas).

Hari ni RM4.00/USD. Kejatuhan yang begitu cepat. Tak mustahil ringgit boleh cecah RM4.80/USD dalam tempoh 6 - 12 bulan akan datang sebagaimana 1998. Jangan lupa, ringgit pernah jatuh 50% setahun!

Orang takut beli emas sebab emas pun jatuh juga. Tapi Amir ingin pesan yang EMAS kalau jatuh, ianya adalah "Emas". Ringgit kalau jatuh, ianya "kertas"... Beza tak antara "emas" dan "kertas"?

Sekadar renungan bersama...

Post a Comment

0 Comments