Sunday, 30 August 2015

Bagaimana Memaksimumkan Keuntungan Melalui Barang Kemas?

Petang ni, Amir nak kongsikan beberapa tips cara hendak memaksimumkan keuntungan melalui barang kemas. Disini ada beberapa tips yang boleh anda follow :-

Tip 1 : Selidik terlebih dahulu samada kedai emas yang anda berkenan boleh menjual harga emas dibawah harga FGJAM(www.fgjam.org.my) sebab ada sesetengah kedai emas memang ada menjual dibawah harga ni. Anda cuma perlu bertanya.


Tip 2 : Selidik kos upah dari beberapa kedai emas. Selepas pilih yang paling rendah, boleh la anda mulakan tawar menawar bagi mendapatkan harga upah yang terbaik. Jangan terkejut jika ada harga upah tukang diatara satu kedai dengan kedai yang lain jauh berbeza walaupun rupa bentuk barang kemas itu adalah sama. Jangan lupa yer pasal GST sebab kos upah ada caj GST sebanyak 6% (itu belum masuk harga barang kemas itu lagi..double GST disitu).

Tip 3: Pilih barang kemas dengan gred emas 916(22k) ke atas. Gred emas untuk barang kemas adalah emas 916. Elakkan membeli barang kemas dibawah gred 916 (contohnya 20 karat atau 18 karat)

Tip 4 : Pilih rekabentuk yang padu dan tebal sebab ia tahan lasak. Kalau anda membeli barang kemas untuk pemakaian harian, belilah barang kemas yang lebih tebal dan kasar.

Cuba elakkan membeli barang kemas yang mempunyai rekabentuk yang nipis atau halus kerana dikhuatiri ia mudah rosak adalah tinggi. Antara risikonya ialah putus, kemek, bengkok dan patah. Jika ini berlaku, maka barang kemas tersebut tidak boleh dipakai lagi atau anda perlu menghantar untuk direpair (tambah kos lagi). Kalau dijual pula, kena potong susut nilai minimum 25% tu..

Tip 5 : Pilih reka bentuk tanpa ada sebarang batu permata (100% emas). Ini kerana barang kemas yang mempunyai batu permata tidak boleh diuji dengan mesin densimeter. Ada sesetengah kedai pajak gadai akan mengeluarkan batu permata tersebut sebab mereka hanya kira berat emas sahaja (Rugi sebab barang kemas kita tidak cantik lagi). Ia sama juga jika kita mahu jual kepada kedai emas, mereka akan nilai emas itu sahaja tanpa batu permata. 

Tip 6 : Pilih kedai emas yang boleh balik emas dengan nilai yang lebih baik. Walaupun susutnilai barang kemas ini dari 25% sehingga 30%, ada juga kedai emas yang memberi susutnilai cuma 15% untuk barang kemas tersebut. Jangan lupa perlu bawa resit asal semasa proses jual beli tersebut. Seelok2nya, jual balik barang kemas kepada kedai emas yang asal.


Amir Marzhuki
Bandar Baru Bangi
Dealer Public Gold
PG00058738 
(h/p:012-2372641)

7 comments:

Tengku Sofia said...

Thanks for sharing MAM!

AR said...

Wahh..thanks MAM. X amik tahu lgsg ni. Sbb org belikan je ;)

Encik Gajah said...

Terima kasih Sofia & Ajuya.
Share info yang jarang orang amik tahu ni bagus juga. :)

nadiah othman said...

memang rambang mata kalau p tengok barang kemas. mmg sy suka brg kemas yg padu berbanding yg design sbb tahan lama & design x telak dek zaman. cewah. hehe

Encik Gajah said...

Betul tu..brg kemas padu ni dari zaman dulu mmg org suka. Cuma skrg ni org suka ada permata sbb cantik.

siti rohani zakrai said...

Huhu xsimpan pun resit. Pasni kena simpan la

Encik Gajah said...

Yups..better simpan jika perlu dipajakkan atau dijual semula ke kedai emas yg sama :)