Berguru Dengan Kesilapan

Tajuk entry memang catchy sebab ia ada mention didalam mana2 buku kewangan yang Amir pernah baca. Apa yang dimaksudkan dengan berguru dengan kesilapan ini adalah belajar dari kesilapan. Benda ni kita biasa dengar dari guru di sekolah bahawa jangan takut melakukan kesilapan, kerana kita akan belajar darinya. Konsep itu besar kosnya apabila ia melibatkan duit yang beribu2 bila masuk ke dalam kancah pelaburan ni. Bila kita buat silap, kita akan menangung kerugiannya.

Ianya mungkin menyakitkan, tetapi ia mengajar kita jadi lebih pandai.

Amir pernah mengalaminya cuma KOSnya tidak besar mana kalo hendak dicompare dengan sifu2 yang lain. Tetapi ia lebih baik jika kita kita berguru dulu dengan orang yang pernah buat silap (Sifu2 atau Mentor2). Mereka sudah makan banyak garam dari kita yang baru2 lagi ni.

Kesimpulannya, carilah mentor atau sifu yang dapat membimbing kita ke jalan yang lurus yer.

Post a Comment

0 Comments