Pelaburan Emas Melalui Barang Kemas

Sebelum kita melabur dalam emas, berbaloikah kita melabur dalam barang kemas ni walaupun ia salah satu cabang dari pelaburan emas. Dari entry Amir sebelum ini, Amir dah listkan beberapa tips bagaimana hendak memilih barang kemas sebagai pelaburan.

Disini, Amir cuma nak ceritakan apa rasionalnya orang menjadikan barang kemas sebagai pelaburan. Antara faktor utama ialah ia boleh dipakai dan orang perempuan sangat suka memakai emas. Itu adalah sifat semulajadi mereka kan? Yer la..perasaan memakai barang kemas ni amat menyeronokkan dan boleh menaikkan seri diwajah (ini orang kata)

Jika ada yang berminat mengumpul barang kemas, ia terpulang pada individu masing2 kerana setiap orang berlainan tujuannya. Cuma Amir hendak sampaikan bahawa barang kemas ni kalau mahu dijadikan pelaburan akan memakan masa yang lebih kerana spreadnya yang tinggi (25%-35%) compare dengan jongkong emas atau syiling emas.

Amir kongsikan apa kelebihan dan kelemahan pelaburan melalui barang kemas :-

Kelebihan :-
1. Barang kemas ini cantik dan boleh dipakai. Menceriakan hati si pemakai sampai lip lap2 dibuatnya. Hehe
2. Kelebihan dari segi zakat emas jika barang kemas itu dipakai.
3. Boleh digadaikan di Ar-Rahnu jika memerlukan wang tunai utk menambah modal bisnes.
4. Ia boleh diwariskan dan dapat memberi manfaat kepada pewaris. Siapa yang tak suka dapat emas kan?
5. Boleh membawa keuntungan apabila dijual semula ketika harga emas semakin naik.

Kelemahan :-
1. Harganya lebih mahal berbanding dengan syiling emas atau jongkong emas. Setiap kedai emas berlainan harga walaupun designnya hampir sama.
2. Ada kos upah dimana ia semakin mahal jika design itu makin rumit. Plus kos ini juga dikenakan GST 6%.
3. Spreadnya yang tinggi (25%-35%)
4. Boleh rosak akibat ia dipakai. (putus, patah, bengkok atau kemek).
5. Agak sukar digadaikan jika barang kemas tersebut memiliki batu permata. Boleh merugikan jika banyak sangat batu permata nya itu walaupun masa kita beli tu dah memang mahal.
Kesimpulan yang boleh dibuat disini ialah buat pilihan yang bijak dan kenal pasti apa tujuan kita menyimpan emas ini.

Post a Comment

2 Comments

Syahida Ali said…
syida suka emas yang boleh di pakai...lagi-lagi orang bagi..hehehe
Amir Marzhuki said…
Hehe..mmg bes bila dapat hadiah dr orang. Lg2, brg kemas.