Tips Kewangan #2 : Cara Mengekalkan Simpanan Kita

Apabila kita memiliki duit, automatik kepala kita akan cuba mengira berapa duit yang ada + nafsu juga akan turut serta menambah2 perisa agar suruh berbelanja. Kebiasannya, ia akan berlaku apabila kita akan dapat bonus tahunan atau tiba hari gaji.

Ada beberapa cara untuk anda buat simpanan dan kekalkannya:-

1) Buat tabung khas seperti Tabung Bercuti, Tabung Kereta, Tabung Umrah dan sebagainya. Tabung ini digalakkan supaya suami & anak2 pun participate sekali. Fungsi tabung ini juga supaya kita on track dengan apa yang kita nak capai, dan bukannya ikut suka hati.

2) Simpan didalam Tabung Haji dan 'hilangkan bukunya'. Anda boleh buat pemotongan gaji terus ke Tabung Haji (TH) atau masukkan secara deposit ke TH. Lepas dah masuk tu, biarkan jer dan jangan dikira2 berapa amount yg ada didalam. Ada yg suggest supaya jangan jenguk2 melalui M2U sbb amount didalam simpanan itu akan membuatkan anda lupa tujuan simpanan.

3) Jika anda rasa susah nak simpan di bank, boleh tukarkan kepada emas. Emas ni kalis inflasi jadi selamat digunakan apabila "PERLU". Dan bila simpan emas ni, anda akan rasa sayang nak menjualnya, jadi anda akan terus menyimpan dan menambah simpanan lagi.

4) Apabila simpanan duit tu dah capai certain amount yg besar, anda boleh beli hartanah kerana nilainya akan naik setiap tahun. Sebab tu biasa kita dengar

"Ish...ruginya, aku x beli rumah 3 tahun lepas".

Alhamdullilah, berjaya juga kami membeli 2 rumah dan plan nak menambah lagi sebagai simpanan utk masa depan.

Ini adalah cara2 yang Amir rasa relevan buat Amir. Maybe orang lain ada caranya sendiri. Leh la kot nak share di sini.




Post a Comment

0 Comments