Tips Kewangan #4 : Mengenali Hutang Berkat & Hutang Mudarat

Apabila anda baca jer title post ni, mesti ada yg tertanya kan..hutang pun ada jenis2 yer. Amir akan ulaskan agar kita semua paham dan boleh bezakannya.

Dalam Malaysia ni, hampir 60% rakyat Malaysia berpendapatan bawah rm4500 sebulan, jadi agak sukar untuk membeli sesuatu aset secara tunai kerana harganya sangat tinggi (lebih dari 100 bulan gaji). Maka, banyak bank menawarkan khidmat pinjaman bagi memudahkan kita untuk memiliki asset. Ini dikira hutang, dan ia wajib dibayar.

Apa itu Hutang Berkat?


Maksudnya bertambah nilainya dari tahun ke tahun. Hutang Berkat ialah hutang pada perkara yang makin hari makin tinggi nilainya, seperti membeli hartanah. Bahasa Inggerisnya dipanggil “good debt”. Katakanlah hari ini kita berhutang RM100,000, tetapi setiap tahun nilai rumah kita makin meningkat. Mungkin ia boleh mencecah RM200,000 pada 5 tahun akan datang. Sebab itu bank boleh buat duit dengan memberi pinjaman ini (Cuba lihat bertapa megahnya bangunan mereka di tengah2 KL). Dan juga, proses pinjamannya mengambil masa yang panjang dan juga agak rumit.

Apa itu Hutang Mudarat –


Maksudnya susut nilai dari tahun ke tahun. Bahasa Inggerisnya dipanggil “bad debt” – jangan disalah ertikan sebagai Hutang Lapuk. Katakanlah hari ni, anda beli kereta Honda, keesokkan harinya nilai kereta itu boleh jatuh sehingga RM3,000! Tak percaya? Amir sendiri dah alaminya sendiri.


Lagi malang, kalau beli pada bulan Disember (Biasa dealer akan buat promotion clearance stok sbb nilai kereta akan turun bila masuk tahun baru). Masuk sahaja bulan Januari (tahun baru), mungkin kerugian lebih banyak dari itu sebab nilai kereta akan dikira pada tahunnya, bukan pada umur sebenarnya.

Dah la nilainya makin susut, bank pula kenakan faedah atas pinjaman tersebut. Kita kena tanggung susut nilai, ditambah dengan faedah pinjaman. Yang miskin akan bertambah miskin. Kalau nak jadi lagi miskin, amalkanlah tabiat suka bertukar-tukar kereta – contohnya setiap 2 atau 3 tahun.

Semoga info ini memberi manfaat kepada para pembaca blog ini.

Post a Comment

2 Comments

hayati suki said…
Tq amir. Jelas n bermanfaat entry ni. Penutup tu best. Amalan tukar2 kereta. :-)
Amir Marzhuki said…
Yups, amalan itu sangat la menjadi trending skrg ni sehingga ramai org yg dikelilingi hutang mudarat ni.