Tuesday, 25 August 2015

Tips Kewangan : Bagaimana Hendak Langsaikan Hutang Kad Kredit? Part 1

Assalamualaikum semua, Amir doakan semua agar sihat2 belaka. Hari ini, amir nak kongsi tips bagaimana hendak langsaikan hutang Kad Kredit ni. Ilmu ini amir dapat dari ebook yg ditulis oleh Tuan Shamsuddin Kadir yg merupakan salah seorang pakar pengurusan kewangan. Boleh follow beliau di fb Shamsuddin Kadir atau layari di website www.ShamsuddinKadir.com

Amir share ilmu ini tidak 100% kerana anda sebenarnya perlu beli ebook ini dimana sekarang ni berharga RM30 sahaja (harga sbnr rm90) bersama 12 tips melangsaikan hutang kad kredit. Kat mana nak beli? Anda boleh layari dan buat pembayaran di www.langsaihutang.com.

Bestnya ebook ini sebab ia bukan sahaja ajar teori tetapi sekali dengan doa agar tujuan kita ini diberkati oleh Allah kerana hutang ini wajib dibayar tidak kira bank atau pun kawan2nya. Jika kita melarikan diri di dunia ini, sudah pasti di akhirat kelak susah giler kita nak menjawab + pahala kita akan menjadi taruhan (dah la pahala kita x byk mana kan?)

Okes, berbalik kepada tujuan kita untuk melangsaikan hutang ni? Ada 5 benda yg perlu kita igt iaitu :-

1. TANGGUNG DOSA RIBA (SEKIRANYA AKAUN KONVENSIONAL) - Rujuk Surah Al Baqarah 278
2. Hutang kad kredit mengambil masa 32 Tahun Untuk habis dibayar
3. Hutang ini membuatkan kita semakin lama semakin MISKIN
4. Hutang Membuatkan Kita Hina di Siang Hari dan Risau di Malam hari. Riwayat Al Baihaqi
5. Mengelakkan menangung bom jangka iaitu KOS GAYA HIDUP kita bertambah berkali ganda.

----------------------------------------------

Apakah langkah2 yg boleh kita lakukan untuk langsaikan hutang kad kredit ni?
Teknik 1 : Potong kad kredit kepada dua (Kira dah x leh pakai la pasni)
Ini adalah kewajipan bagi anda yang mahu melangsaikan hutang kad kredit. Tiada guna, kalau impian untuk bebas hutang kad kredit hanya hangat-hangat tahi ayam. Ini pesan Tuan Samsuddin yer..bukan dari Amir.

Bilakah waktu terbaik untuk POTONG KAD KREDIT?
Sekiranya selama ini anda bergantung kepada kepada kad kredit untuk perbelanjaan setiap hari, kini anda perlu pilih tarikh keramat untuk gunting kad kredit.

YA, semua kad kredit yang anda ada, perlu dipotong, TIDAK BOLEH SIMPAN walaupun satu kad kredit.
KENAPA? Kerana kita sudah ada penyakit tabiat buruk, iaitu suka berbelanja lebih dari apa yang kita mampu bayar. Penyakit ini sukar dihapuskan, oleh itu selepas ini jangan pakai lagi kad kredit sampai mati. Orang lain yang berdisiplin boleh pakai tetapi BUKAN KITA. Igt tu yer

Tarikh paling baik untuk POTONG KAD KREDIT Adalah selepas jam 10 malam sehari sebelum gaji kita masuk (sekiranya) kita makan gaji.

Jangan terkejut, pada hari kita dapat gaji, kita menjadi sedikit panik. Apa yang saudara perlu buat ialah, baca Hasbunallah Wa Nikmal Wakil (Cukuplah Allah yang membantu aku). Pada hari dapat gaji, beli terus barangan keperluan rumah yang wajib, seperti beras, telur, ikan kering, ikan bilis, kicap, garam, sos cili, ayam dan daging.

Tarikh kedua paling terbaik untuk POTONG KAD KREDIT adalah SEKARANG (NOW). Kenapa? Majoriti orang menangguhkan untuk tidak MEMOTONG KAD KREDIT, oleh itu sebelum saudara dirasuk supaya JANGAN potong, POTONG KAD HUTANG itu SEKARANG.

Apabila kad kredit itu tiada di hadapan mata, Insyaallah tiada lagi fikiran yang terlintas untuk beli barang secara hutang melalui kad kredit.

----------------------------------------------
Panjangkan huraian utk teknik 1 ni dan jika anda mmg berazam utk bebas diri dari hutang kad kredit ni (tahap kronik). Boleh amalkan teknik ni yer. Amir masih pakai lagi kad kredit bagi urusan belian Shaklee, Hotel, Insurans, dan minyak. Nak pakai kad, bayar dulu kepada kad & baru guna. Kenapa? Sbb nak collect point dia jer.

Yes..Amir masih lagi ada hutang kad kredit yg belum selesai kerana dulu masih jahil ttg pengurusan wang. Skrg ni baru terbuka mata bila byk membaca. Insyaallah, kami target by umur 35 sudah tiada hutang lagi samada kereta mahupun rumah. Mustahil? Tidak mustahil kerana sudah ada yg berjaya & mereka ini sgt la low profile.

Pesanan Amir buat semua, berhati2 bila menggunakan kad kredit kerana ada ahli keluarga jauh skit yg telah diblacklist kerana tidak byr hutang kad kredit. Nasib baik beliau tidak malu hendak berjumpa dgn AKPK, sebuah agensi under Bank Negara yg membantu orang yg ada masalah hutang. Mereka sbgi org tengah yg akan negotiate dengan bank (kalo along diorg tak dpt tolong) utk refinance balik hutang2 customer mereka.

Semoga info ini memberi manfaat kepada kita semua dan jadikan ia sbgi teladan/iktibar agar kita dapat bebaskan diri dari hutang. Insyaallah.

2 comments:

Eina Md Ali said...

Pakai kad kredit ni kena ada sifat tanggungjawab. Dah guna kena terus bayar, jangan tangguh, kalau tangguh tu yg jadi masalah. Misalnya guna RM30, bayar RM30. Jangan guna RM30 bayar RM15 plak. ;)

Encik Gajah said...

Betul tu..perlu ada displin yang tinggi utk pakai kad kredit ni.