Tips Kewangan : Bagaimana Melangsaikan Pinjaman Rumah dalam tempoh 5 tahun (PART 1)

Assalamualaikum semua, mesti ramai tertanya2 mcm mana boleh melangsaikan pinjaman rumah dalam masa 5 tahun tu? Biasa kalo buat pinjaman mesti capai 30 tahun atau 35 tahun. Disini, amir nak berkongsi tips atau cara2 praktikal yg diajar oleh Tuan Azizi Ali melalui handbook beliau sendiri.

Sebelum anda mulakannya, better anda bertanya dahulu dengan pihak bank bagaimana pinjaman anda berfungsi. Amir sendiri baru sahaja bertanya dengan pihak bank dan terangkan macam mana amir nak setelkan pinjaman rumah dengan singkat. Pihak bank sendiri senyum sahaja.



Langkah 1 : Bayar pinjaman bulanan secepat yg mungkin.
Kebanyakan dari kita, akan bayar pinjaman bulanan ini pada akhir tempoh matang dalam bulan itu.
Cth : Tarikh matang pinjaman adalah 30hb setiap bulan. Dan kita dapat gaji pada 23 hb setiap bulan. Kebiasaannya, kita akan bayar pada 30hb dibulan kan? 
Tahukah anda bahawa caj faedah akan menjadi full apabila cukup matang? Jika bayar secepat mungkin iaitu pada 24hb, faedah yg dikenakan akan berkurang sbyk 6 hari!!. Itu baru sebulan, kalo 30 tahun? Agak2 byk tak kita boleh berjimat? paling kurg pun belas2 ribu


Langkah 2 : Lebihkan sedikit bayaran bulanan
Teknik ini mudah kerana anda hanya perlu genapkan pembayaran pinjaman bulanan tersebut.
Cth : Setiap bulan, anda perlu bayar RM969.12 untuk pinjaman rumah. Jika anda bayar RM1000 sebulan, sudah ada lebihan hampir RM40 dimana ia akan digelar sbgi advance payment. Mungkin jumlah ia nampak kecil, tetapi hakikatnya masa pinjaman anda telah disingkatkan sbnrnya (akan kurg 10 bulan dari tempoh pembayaran, dengan andaian caj faedah 7 peratus)

3. Bayar setiap 2 minggu (Bukannya bulanan)
Kaedah ini Tuan Azizi perkenalkan dalam buku kedua beliau bertajuk Bagaimana Menjadi Jutawan Hartanah. Dengan megambil cth yg sama seperti diatas dimana anda membayar RM969.12 sebulan. Anda bahagikan kepada 2 iaitu RM484.56 bagi setiap 2 minggu.

Ada yg berkata, "Eh, jumlahnya sama juga. Bayar 484.56 setiap 2 minggu adalah sama dengan RM969.12 sebulan". Betul kata mereka tetapi bayaran tahunan tidak sama. Kenapa Amir berkata begitu?

1 tahun ada 12 bulan kan? Jadi pembayarannya ada 12 kali setahun. Tetapi 1 tahun ada 52 minggu dimana pembayaran adalah sbyk 26 kali, bukannya 24 kali (12bulan x 2 minggu). Setiap tahun, anda dapat bayar lebih 2 kali (1 bulan) advance payment sebenarnya. Ajaib bukan?

Amir kongsikan 3 tips ini dahulu..lagi 6 tips akan dishare dihari yg lain kerana masa mencemburui Amir utk berkarang. Hehe.

Mcm Amir sendiri, Amir dalam proses cancel Standing Instruction bank yg buat pemotongan tetap sebulan kepada manual. Kerana Amir nak apply Tips no 1 & 2 tu dimana ia dapat menjimatkan Amir lebih dari 30k sepanjang pinjaman rumah Amir dan ia dapat mengurangkan at least 3 hingga 4 tahun dari tempoh pinjaman asal (30 tahun).

Semoga tips ini membantu anda nanti. Jika ada yang kurang paham, anda boleh beli buku ni atau buku2 hartanah yg dapat membantu memberi gambaran jelas bagaimana org buat duit melalui hartanah.

Post a Comment

2 Comments

Nadiah Othman said…
Buku azizi ali semua best2. Mudah faham & tak boring. Berbaloi baloi beli
Amir Marzhuki said…
Betul tu..amir nya buku hampir 70% dr company dia. TrueWealth. Siap dpt offer jika ingin jadi penulis bagi company dia :)