Tips Kewangan : Bagaimana Melangsaikan Pinjaman Rumah dalam tempoh 5 tahun (PART 2)

Okes..rasanya ramai mesti nak tahu apa lagi langkah yang boleh dibuat bagi melangsaikan pinjaman rumah dengan cepat. Disini Amir akan cuba share lagi 3 langkah yang boleh dibuat :

Langkah 4 : Bayar awal (sebelum tarikh matang)
Ia sama dengan langkah pertama cuma segelintir dari kita ada buat pemotongan berjadual melalui bank apabila masuk sahaja gaji kita. Cth tempoh matang ialah 30 haribulan, dan anda menerima gaji pada 25 haribulan, jadi terus bayar pada hari yang sama. Ia hanya awal 5 hari tetapi kesannya besar pada masa jangka panjang.


Disamping itu, memastikan bahawa pemotongan berjadual ini dapat menjimatkan anda apabila gaji anda masuk ke dalam bank yang sama dengan pinjaman rumah, Ini kerana caj perkhidmatan (standing instruction) dari bank berlainan adalah min RM5 + GST. Jika anda terpaksa meminjam di bank yang lain, anda boleh manually transfer secara online atau cash deposit terus ke atm. Kos perkhidmatan juga rendah melalui kaedah ini.

Langkah 5 : Bayar pinjaman apabila ada lebihan wang
Langkah ini mgkn ada yang kurg setuju kerana biasanya apabila ada duit lebih dari bonus tahunan, pemulangan cukai ataupun dapat ex-gratia, biasanya kita akan belanjakan pada sesuatu yang kita inginkan selama ini. Maklumlah, sudah lama mengidam..jadi masa ini mahu me"reward"kan diri sendiri. Tak salah untuk berbelanja utk diri sendiri, tetapi kena ingat bahawa perlu simpan at least 10% dari hasil itu.

Jadi, langkah ini adalah dengan membayar sedikit dari hasil itu kepada pinjaman perumahan kita. Ia seperti reward kepada diri sendiri juga cuma ia tidak nampak kerana kita bayar kepada bank. Owhh..sebelum Amir terlupa, anda sebenarnya boleh mengeluarkan wang dari akaun kedua KWSP untuk mengurangkan pinjaman perumahan (tertakluk kepada syarat2nya). Dan pengeluaran itu boleh dibuat setiap tahun.

Langkah 6 : Tingkatkan jumlah bayaran apabila gaji anda naik.
Kerja makan gaji, biasanya ada kenaikkan gaji tahunan kan? Makin lama anda bekerja, makin banyak gaji akan dinaikkan (average 3-8% setahun). Walaupun bayaran semasa anda mula2 mengambil pinjaman nampak besar bebranding dengan gaji anda, apabila compare dengan gaji selepas 5 tahun. Ia akan nampak kurg kan? Betul kan?

Cth : bayaran balik mula2 semasa buat pinjaman adalah 30% dari gaji bulanan anda. Selepas 5 tahun, bayaran tersebut akan jadi lebih kurg 25% dari gaji bulanan ketika itu. Jadi, langkah seterusnya adalah dengan menaikkan % tersebut kepada 30% (ini dikira lebihan bayaran dari yang sebelum ini).

Hendak mulakan langkah ini, anda janganlah berkira2 menukar kenderaan baru atau membeli barang2 yang tidak perlu seperti set HiFi atau tv 50 inci walaupun tv dirumah masih elok lagi (32 inci). Ini merupakan salah satu keazaman anda untuk membebaskan diri anda dari pinjaman perumahan (atau HUTANG).

Okes..amir sudah share 3 tips disini. Apa pun, setiap ilmu yang kita dapat, kena apply. Jika tidak, kita akan berada di tempat yang sama (TIDAK BERUBAH) walaupun Vision Board kita sudah tulis untuk capai Money Freedom. Betul kan?

So, mari kita amalkan apa ilmu yang kita dah dapat hari ini. Good Luck dan Selamat Berjaya untuk membebaskan diri anda dari Hutang

Post a Comment

2 Comments

wani said…
tq for the tipss
Amir Marzhuki said…
sama2. semoga ilmu ini bermanfaat kepada para pembaca.