Tahukah anda yang Ar-Rahnu hanyalah memberi pinjaman bercagarkan emas yang ‘interestnya’ sekitar 10% – 15% setahun! Tinggi bukan? Disini, Amir hendak nyatakan bahawa keuntungan dengan Ar-Rahnu bergantung sejauh mana kebijaksanaan seseorang itu memanfaatkan pinjaman. Yang benar-benar kaya dengan pajakan emas ialah peniaga emas yang suruh pembeli pajak ramai-ramai. Dia untung atas komisyen, bukan sebab dia pajak emas. Sedangkan pemajak emas untung nasibnya “untung secupak, rugi segantang”!
Kalau ada peniaga cakap “Ar-Rahnu adalah perniagaan”, sebenarnya keuntungan mereka ialah dengan menjual emas tu dengan jumlah yang lebih besar (sebab orang beli dengan duit pinjaman Ar-Rahnu), bukan dengan pajak tu sendiri.
Keuntungan Teknik Manipulasi Ar-Rahnu
Persoalannya, macam mana yang dikatakan untung dengan Teknik Manipulasi Ar-Rahnu? “Teknik Manipulasi Ar-Rahnu” ialah teknik memanfaatkan pinjaman Ar-Rahnu untuk beli lagi emas dengan harapan emas yang dibeli dengan pinjaman Ar-Rahnu dapat dijual bila harga emas naik melepasi “kos manipulasi”. Pemilik emas dapat dua (2) keuntungan iaitu:
Untung #1 – Untung kenaikan harga emas dalam simpanan Ar-rahnu yang masih lagi milik kita.
Untung #2 – Untung kenaikan harga emas yang dibeli dengan duit pinjaman Ar-Rahnu yang ada di tangan.
Harga emas naik kita untung, harga emas jatuh pun peluang untuk buat lebih untung. Wow, untung dua dalam satu!
Kos Sebenar Memanipulasi Ar-Rahnu
Tapi syaratnya… Kenaikan harga emas mestilah melepasi dua kos dan kenaikan tu mestilah DALAM TEMPOH PAJAKAN (6 – 12 bulan). Kalau harga emas tak melepasi kos dalam masa 6 bulan, risiko kerugian sangat besar. Kos yang Amir maksudkan ialah:
Kos #1 – Susut nilai emas yang dibeli dengan duit pinjaman Ar-Rahnu. Katakanlah anda beli coin 1 dinar Public Gold, maka susut nilainya 6%. Susut nilai emas Public Gold sekitar 4.5% – 8.0% setiap item.
Kos #2 – Kos “upah simpan” di Ar-Rahnu. Katakanlah 1.15% sebulan. Lagi lama dalam ar-rahnu, lagi meningkat kosnya. Kos sebenar pajakan ar-rahnu ialah sekitar 1.15% – 1.54% sebulan. Ia bergantung kepada kadar “upah simpan” dan “margin pinjaman” yang berbeza-beza antara setiap ar-rahnu.
Untung Secupak, Rugi Segantang?
Kiraan mengikut andaian emas yang dibeli dengan duit pinjaman; item yang susut nilainya 6% dan kos “upah simpan” 1.15% sebulan atas nilai pinjaman.
Sebagai contoh, perhatikan bulan ke-6 petak kuning dalam jadual di atas. Katakanlah pada bulan ke-6, harga emas naik 15%, maka kita untung 2.10% (15.00% – 12.90%) kalau jual emas yang ada ditangan iaitu yang kita beli dengan duit pinjaman ar-rahnu. Maksudnya, kalau dapat pinjaman ar-rahnu bernilai RM10,000, kita untung RM210. Itu belum kira keuntungan emas yang kita cagarkan dalam ar-rahnu. Tapi katakanlah harga emas cuma naik 8%, maka kita rugi 4.90% (8.00% – 12.90%) atau RM490. Kalau harga emas turun 5%, maka kita rugi 17.90% (5% + 12.90%) atau RM1,790!
Amir Marzhuki
Bandar Baru Bangi
Dealer Public Gold
PG00058738
(h/p:012-2372641)
1 Comments
[Jemput ke blog saya untuk tips Kerja Part Time Online]