Keuntungan Menjadi Dealer Public Gold

Hari ni, Amir nak share apa keuntungan yang boleh kita dapat jika menjadi Dealer Public Gold ni. Ini bergantung kepada baget apabila cukup membeli emas. Emas pun dapat, untung jadi dealer pun dapat. Seronok kan?

Apa yang untung?
1. Dealer boleh untung dalam semua urusniaga dan semua keadaan harga emas samada naik atau turun. 
2. Beli emas untuk diri sendiri untung, jual emas sendiri pun untung. 
3. Harga emas naik untung, harga emas turun mendadak lagi untung. 
4. Syaratnya, jadi dealer dan manfaatkan betul-betul posisi sebagai dealer emas Public Gold.

Okes, jadi Amir akan share lagi apa untung ni jadi Dealer Public Gold berdasarkan 6 faktor keuntungan disini:

#1 – Rebat Belian Emas Sendiri
Untuk jadi dealer, kita kena buat belian minimum RM30,000 dalam satu resit. Setiap belian KEDUA dan seterusnya, Public Gold akan bayar rebat 1%. Kalau buat belian seterusnya RM10,000, maksudnya dapat rebat RM100. Dah la harga emas Public Gold murah RM15 – RM20 segram berbanding kedai emas, kita jimat lagi rebat 1%. Tahap rebat ni boleh meningkat kepada 1.5% dan 2,0% mengikut tahap dealership masing-masing.

#2 – Rebat Jual Balik Emas Sendiri
Kalau nak jual balik emas kita kepada Public Gold, kita dibayar rebat 0.3% atas harga jualan tersebut. Kalau jual RM10,000, dapat la RM30. Rebatnya tak banyak, tapi biasanya lepas la duit minyak pergi hantar emas tu ke office Public Gold.

#3 – Komisyen Introduce Pembeli
Kalau yakin betapa untungnya simpan emas, dan yakin emas Public Gold ni emas simpanan terbaik di Malaysia, jangan ‘selfish’, tapi ceritalah kepada orang lain. Share kebaikan menyimpan emas ini kepad kawan2 yang lain. Pengalaman Amir sendiri, sudah ada 2 orang yang tersilap membeli emas (beli dari pihak ketiga tanpa resit dan juga beli emas tanpa panduan yang betul, kena mark up dengan penjual kedai emas). Perasaan Amir bila dengar kisah ni, rasa kesian sebab orang kita melakukan kesalahan yang biasa dilakukan apabila tiada ilmu tentang emas.

Jadi ambillah tanggungjawab introduce orang lain tentang emas dan Public Gold. Manfaatkan facebook dan whatsapp tu. Jangan menjual, tapi niat nak sampaikan kebaikan tentang apa yang kita tahu.

Setiap orang beli emas atas recommendation kita, Public Gold akan bayar komisyen 1%, 1.5% dan 2.0% ikut level komisyen masing-masing. Kalau sebulan ada orang beli RM60,000 hasil celoteh kita pasal emas di facebook, maksudnya Public Gold bayar RM600. Ok la tu, modal ilmu dan ‘air liur’ jer. Kita cuma consult dan tolong place order jer. Pembeli tu bayar dan ambil sendiri emas dari office Public Gold. Dengan duit RM600 tu, tambah lagi sekeping 1 dinar sebagai simpanan! Tambah simpanan 1 dinar sebulan secara PERCUMA. Untung bukan?

#4 – Beli Emas Pada Harga Diskaun & Simpan
Kalau kita dah introduce ramai pembeli, insyaAllah selepas setahun, akan ada pembeli emas nak jual emas tu sebab nak pakai duit. Masa tu, kita berpeluang beli emas pada harga “PG Buy”, iaitu harga lepas tolak spread / susut nilai 5.0% – 8.0%.
“PG Buy” ialah harga Public Gold beli balik kalau kita nak jual. Ia dikira lepas ditolak peratusan susut nilai dari harga “PG Sell”.

Pembeli boleh jual emas tu di office Public Gold atau jual kepada kita (dealer). Harganya sama jer ikut website. Pembeli yang dekat-dekat biasanya suka jual kepada dealer sebab boleh dapat duit on the spot. Kalau jual kepada Public Gold, duit tu akan masuk dalam masa 1 hari bekerja.

Secara jujurnya, ini salah satu cara untuk tambah simpanan emas sekarang dengan hanya membeli daripada customer pada harga diskaun “PG Buy” jer. 

#5 – Beli Emas Pada Harga Diskaun & Jual
Bila orang jual emas pada harga diskaun “PG Buy”, kekadang simpanan emas dah ‘berlebihan’. Kita perlu juga stand-by duit tunai untuk beli balik emas kalau-kalau ada penyimpan emas nak pakai duit. Jadi stok berlebihan tu, kita jual bila ada pembeli baru pada harga “PG Sell” dan untung sekitar 8%! Kalau beli RM10,000, untung RM800 tu sekejap jer, insyaAllah. Bukan ker itu jauh lebih baik berbanding tunggu dividend Tabung Haji dan ASB?

#6 – Komisyen Overriding “Dealer”
Dalam ramai-ramai pembeli emas, mesti ada yang buat belian RM30,000 dan automatik jadi dealer. Sememangnya ramai rakyat Malaysia mempunyai duit yang banyak. Sebelum kenal emas, mereka cuma kenal Tabung Haji dan ASB jer. Jadi jangan terkejut, urusniaga emas memang besar-besar sebab orang bukan “belanjakan duit”, tapi cuma TUKAR sahaja duit kepada emas sebab emas hakikatnya adalah duit tunai juga. Bila-bila nak pakai duit, boleh jual atau pajak jer emas tu.
Beli mana-mana emas Public Gold bernilai RM30,000 dalam satu resit, automatik jadi dealer. 

Kalau dealer di bawah kita buat belian, Public Gold akan bayar “overriding commission”. Kalau orang pertama kali beli RM30,000, Public Gold bayar kita sebagai intoducer RM300 (1%), atau RM450 (1.5%), atau RM600 (2%) mengikut tahap komisyen kita. Bila dealer tu buat belian kedua dan seterusnya, Public Gold bayar lagi perbezaan tahap komisyen dealer tu dengan tahap komisyen kita sebagai introducer. Dan komisyen ni akan terus dibayar setiap kali ada urusniaga sampai Amirmati, atau dealer dan customer Amir mati.

Kesimpulannya, bila jadi dealer emas Public Gold, kita boleh jana keuntungan dalam apa juga urusniaga dan pergerakan harga emas. Walaupun beli hanya untuk simpanan sendiri semata-mata, kita boleh dapat untung lebih besar kalau manfaatkan posisi sebenar sebagai dealer dengan membantu orang lain turut sama menyimpan emas. Siapa yang jadi dealer sambil simpan emas, dia untung:

  • Jimat susut nilai at least 1.3% – 2.3 (rebat).
  • Peluang jual emas sendiri tanpa susut nilai (jual harga PG Sell).
  • Peluang beli emas dengan harga diskaun 5% – 8% (susut nilai).
  • Untung berganda bila bantu orang lain (komisyen jualan).
  • Untung simpan emas bila harga emas naik.
  • Untung komisyen berganda bila harga emas jatuh (komisyen jualan).
  • Beli emas untung, simpan emas untung, jual emas pun untung.
  • Harga emas naik untung, harga emas turun lagi untung.


Post a Comment

0 Comments