Asal perkataan Mortgage aka Housing Loan?


Korang Tau Tak?


Dari mana asalnya perkataan Mortgage ini aka Housing Loan? Ia berasal dari bahasa Perancis bermaksud "Mort-gage" aka Perjanjian Sampai Mati. Menakutkan bunyi dia?

Bagus ke buat mortgage ini utk rmh kita? Mengikut pakar hartanah, kita perlu bezakan beli rumah untuk duduk sendiri atau untuk pelaburan. Jika beli rumah untuk duduk sendiri, better kita beli cash (jika banyak duit) atau setelkan loan tersebut secepat mungkin sebab kita mahu elakkan rumah ini jadi "penjara" kita bila terpaksa kerja untuk bayar rumah.

Lain pula jika kita beli rumah untuk pelaburan, dimana kita digalakkan membeli dengan housing loan semaximum yang boleh kerana kita mahu maximumkan keuntungan kita dengan duit bank. 

Contoh : Kita ada cash RM100 000, kita cuma boleh beli 1 rumah sahaja jika secara tunai. Jika mahu untung lagi, kita boleh beli 3-5 rumah dengan rm100 000 tersebut dengan membayar deposit rumah + fee2 yang lain semasa membeli rumah. Dengan ini, hartanah kita akan bernilai rm500 000 dengan duit RM100 000 tadi (untuk 5 buah rumah bernilai RM100 000 sebuah). Mana lagi untung?

Post a Comment

0 Comments