Asal Usul Nama Kurma Ajwa

Minggu lepas, parent Amir ada kirim 1 kotak kurma dari Mekah sambil2 mereka tgh menunaikan Haji. Mmg kami ni jenis suka makan kurma juga sbb ia dapat memberi tenaga selain makan nasi.
Kebetulan pula, ada 1 slot di tv Al-Hijrah menceritakan kisah asal usul kurma Ajwa dimana ia digelar kurma kegemaran Rasullullah dan harga dia pun mmg mahal.
Jadi, Amir pun godek2 balik kat internet dan share diblog ini utk tatapan kawan2 mengenai kurma Ajwa ni.

Kisah asal usul kurma Ajwa ini dikatakan bermula selepas buah kurma Ajwa disebutkan oleh Nabi Muhammad ï·º dalam sabdanya ketika Baginda ï·º berbuka puasa.
Rasulullah ï·º sendiri amat menggemari memakan buah kurma Ajwa dan menganjurkannya untuk sunnah memakan 7 biji buah kurma Ajwa di waktu pagi dan semasa berbuka puasa. Sabda Rasulullah ï·º: “Sesiapa yang makan pagi dengan tujuh butir kurma Ajwa, maka akan terhindar daripadanya racun dan sihir pada hari itu.” (Riwayat Shahih Al-Bukhari)
Hadis ini menjelaskan bahawa kurma Ajwa boleh mengatasi racun dan sihir, mungkin kerana keberkatan dan kandungan yang ada di dalam kurma ini yang menyebabkan kekebalannya. Bagi yang memakannya akan beroleh keberkatan, disebabkan penanaman asal kurma ini telah bersentuhan dengan tangan Nabi Muhammad ï·º yang mulia.

Buah kurma itu dinamakan Ajwa, berdasarkan ‘asbabul wurud’ (sebab-sebab turunnya hadis) yang menyatakan bahawa suatu ketika dahulu, Salaman Al-farisi seorang Nasrani yang baru memeluk Islam telah mewakafkan kebun kurmanya untuk perjuangan Islam. Beliau juga mempunyai seorang anak yang bernama Ajwa dan bagi mengenang jasa-jasanya itu, akhirnya Rasulullah ï·º menamakan kurma yang dimakan ketika berbuka puasa itu dengan nama Ajwa.
Sekarang kawan2 sudah tahu asal usulnya kan? Tahniah2 :)

Post a Comment

0 Comments