Dinar Public Gold & Dinar Kelantan

Ada beberapa sahabat Amir yang berkongsi tentang kecantikkan dinar kelantan ini dan ia sememangnya antara tercantik yang pernah Amir lihat. Mereka cuba membandingkan kelebihan dinar kelantan dengan dinar Public Gold ini dari segi konteks (Spread, Harga dan Stok yang ada)

Amir cuba catit dan lakukan yang terbaik berdasarkan kisah orang lain dan juga melalui pembacaan buku sebagai rujukan. Amir kongsikan kelebihan Dinar Public Gold dan juga Dinar Kelantan sebagai rujukan pembaca blog Amir.

Kelebihan #1: Dinar Public Gold spreadnya (susut nilai) lebih rendah.

Spread 1 Dinar Pulic Gold cuma 8% sahaja berbanding Dinar Kelantan yang spreadnya 10%. Ini bermaksud, keuntungan Dinar Public Gold LEBIH CEPAT berbanding Dinar Kelantan. Jika kenaikan harga emas sebanyak 11%, maksudnya pembeli Dinar Public Gold dah dapat untung sebanyak 3% (11% – 8%) sedangkan pembeli Dinar Kelantan cuma untung 1% (11% – 10%).

Rule ni hanya relevan kalau anda menjual balik pada PENGELUAR dinar tersebut, bukan pada pembeli individu di luar i.e. sesiapa individu yang nak beli melalui facebook, kawan-kawan dsb. Kalau jual pada pembeli individu di luar, rule ini tak terpakai. Ia adalah bergantung pada PERMINTAAN. Dan sememangnya Dinar Kelantan ni HOT STUFF. Sebab apa? Teruskan membaca lagi.

Kelebihan #2: Dinar Public Gold harganya lebih murah.
Ikut pada pemerhatian Amir, harga Dinar Public Gold sekitar 6% atas spot price (harga emas mentah di graf emas dunia), tetapi Dinar Kelantan sekitar 12% atas spot price. Lagi murah harga emas tu, lagi bagus sebab kita boleh beli kuantiti lebih banyak dengan nilai pelaburan yang sama. Anda boleh banding harganya di link ni:
Dinar Kelantan
Dinar Public Gold

Kelebihan #3: Dinar Public Gold sentiasa ada stok walaupun harga emas jatuh.
Senang beli Dinar Public Gold. Boleh beli bila-bila masa dan di mana sahaja hampir seluruh Malaysia tak kira masa harga rendah ataupun tinggi. Ini disebabkan Public Gold ada kilang sendiri di Penang, dan 17 cawangan (termasuk di Singapura) serta dealernya terlalu banyak di Malaysia.

Berbanding Dinar Kelantan yang selalu tak ada stok especially masa harga emas jatuh. Ini disebabkan Kelantan Golden Trade (KGT) terpaksa order dari Dubai. Lagi satu, ‘dealer’ Dinar Kelantan membelinya secara pukal, dan menjualnya bila harga lebih tinggi. Bila harga jatuh, biasanya mereka akan hold stok tu. Memang rugi la pembeli tak dapat beli pada harga rendah untuk memaksimumkan keuntungan pelaburan.

Kelebihan Dinar Kelantan

Dinar Kelantan lebih baik dari sudut permintaannya berbanding Dinar Public Gold. Maksudnya, bila anda nak jual balik, ia lebih cepat dapat pembeli individu berbanding Dinar Public Gold. Bila jual direct pada pembeli individu di luar e.g. menjual melalui facebook atau kawan-kawan, biasanya kita boleh dapat harga yang jauh lebih baik berbanding jual pada pengeluar. Kalau jual pada pengeluar, dia akan ambil kira SPREADnya (harga jual beli mengikut carta yang dikeluarkan), tapi kalau jual pada pembeli persendirian, spread tak diambil kira. Dinar Kelantan sangat famous dikalangan pembeli individu untuk dijadikan hantaran, mas kahwin ataupun koleksi sebab designnya sangat halus, cantik dan ada ukiran kalimah syahadah.

Kesimpulannya yang boleh dibuat ialah
Kalau anda nak beli emas untuk tujuan pelaburan, beli Dinar Public Gold sebab ia lebih cepat untung. Bila nak jual balik nanti, semak harga di website Public Gold, dan terus berurusan dengan dealer atau pejabat Public Gold terdekat.

Kalau nak beli emas untuk koleksi dan maskahwin, boleh pertimbangkan Dinar Kelantan. Memang cantik sebab buatannya lebih halus dan ada kalimah syahadah.

Kalau nak dapatkan harga tertinggi bila nak jual Dinar Kelantan, carilah pembeli individu untuk kurangkan spread 10% yang dikenakan oleh pengeluar. Dinar Kelantan lebih tinggi permintaannya sebab ia dinar paling cantik di Malaysia. Sekali tengok, mesti jatuh hati. Lagi pun, pengeluarnya ialah Kerajaan Negeri Kelantan, bukan syarikat persendirian seperti Public Gold.

Dinar Kelantan lebih kepada nilai sentimental, tetapi Dinar Public Gold pure atas dasar investment.

Post a Comment

2 Comments

ainniah said…
ooo macam tu..faham2..penerangan yg jelas..tq tq :)
Amir Marzhuki said…
Semoga ia memberi manfaat. :)