Jenis-jenis Dinar Emas

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera, Amir ada ditanyakan soalan apa perbezaan Dinar2 yang ada dipasaran dan mana satu yang lebih baik? Jadi, setelah Amir membuat rujukan dan Amir nak share based apa yang tahu tentang beberapa jenis dinar secara ringkas

Jenis-jenis Dinar di Malaysia
Dinar Sri Ayu (917)

Semasa Amir berkongsi ilmu tentang emas dengan rakan2 yang lain, mereka ada menyebut beberapa jenis dinar yang menjadi pujaan hati mereka kerana unik dan kecantikkan dinar emas itu sendiri "kes demand tinggi". Jika anda mahukan dinar yang paling murah ialah Dinar Sri Ayu.
Dinar Kelantan (917)

Dinar Kelantan lebih baik dari sudut permintaannya berbanding Dinar Public Gold. Maksudnya, bila anda nak jual balik, ia lebih cepat dapat pembeli individu berbanding Dinar Public Gold. Bila jual direct pada pembeli individu di luar e.g. menjual melalui facebook atau kawan-kawan, biasanya kita boleh dapat harga yang jauh lebih baik berbanding jual pada pengeluar.
Dinar Public Gold (916 atau 999)

Kenapa Amir suka dengan Dinar Public Gold ni? Ada 3 sebab iaitu :-

  • Dinar Public Gold spreadnya (susut nilai) lebih rendah.
  • Dinar Public Gold harganya lebih murah.
  • Dinar Public Gold sentiasa ada stok walaupun harga emas jatuh.

Adakah emas paling murah yang paling baik?
Tak semestinya. Terpulang pada diri masing-masing. Kalau beli emas memang untuk simpan emas dalam jangka masa yang sangat lama, carilah emas paling murah. Tapi kalau untuk ‘investment’, nak jual dalam masa setahun dua, belilah emas yang paling tinggi permintaannya. Senang nak jual nanti.
Beli Murah, Jual Pun Murah
Dinar Power Gold (999)
Dinar GCP (999)

Kalau beli emas paling murah, jual pun paling murah juga. Murah satu, yang lagi penting ialah nak cari pembeli. Kalau susah dapat pembeli, terpaksa tolak pada pengeluar dengan harga yang lebih rendah. Dan yang paling rugi kalau pengeluar letakkan spread (harga diskaun) yang paling tinggi!
Dinar Perak (916)

Post a Comment

2 Comments

ainniah said…
hihi baru tau jenis2 dinar. tq mam! :)