Kisah Abdullah Bin Mubarak Membatalkan Haji untuk Wanita Kelaparan



Kisah ini dikongsikan di dalam usrah IKIM petang tadi dan amat menyentuh hati Amir kerana semuanya tidak mustahil bagi Allah apabila kita sudah terpilih menjadi tetamu nya untuk menunaikan Haji.

Suatu hari, Abdullah Bin Mubarak dalam perjalanan menuju Baitullah untuk menunaikan ibadah haji, beliau sempat singgah di kota Kufah. Tanpa ia sengaja, Abdullah melihat wanita memungut bangkai ayam di tempat sampah kemudian mencabuti bulu-bulunya.

Lalu Abdullah bertanya kepada wanita tersebut, "Ayam ini bangkai atau sudah disembelih?" Si wanita menjawab, “Bangkai, dan aku akan memakan bersama anak-anakku yang kelaparan," jawabnya dengan jujur.

Abdullah : "Engkau ini agama apakah?"
Wanita : "Aku beragama Islam sama seperti tuan".
Abdullah : "Kenapa engkau berani melanggar ketetapan Rasulullah, karena memakan bangkai tidak dibenarkan dalam Islam?" tanyanya lagi. 

Awalnya, wanita itu menolak berterus terang tentang sebab ia berani memakan bangkai. Namun kerana Abdullah terus mendesak, akhirnya ia menceritakan keadaan yang derita selama ini.

"Sudah banyak hari, aku dan anak-anakku tidak makan," kisah si ibu dengan sedih. Tiada seorang yang hendak membantu kami ini walaupun seorang dari seluruh kampung ini.

Mendengar perjelasan wanita itu, Abdullah segera menuju perkemahannya dan bersedekah 100 dinar kepada wanita itu.
Wanita itu tidak percaya dengan apa yang dilakukan Abdullah. Padahal duit yang diberikan Abdullah itu adalah bekalan beliau menuju Mekah untuk beribadah ke Baitullah. Akhirnya wanita itu menerima sedekah Abdullah dengan gembira penuh rasa syukur.

Kerana persediaan untuk perjalanan sudah diberikan kepada si wanita, Abdullah terus pulang ke tanah kelahirannya di Iraq.

Ketika orang-orang yang naik haji pulang ke negeri masing-masing, ramai yang mengucapkan terima kasih kerana banyak membantu mereka semasa menunaikan Haji. Malah ramai yang ditolong oleh Abdullah sehingga beliau sendiri rasa pelik dengan apa yang berlaku kerana hakikatnya, beliau tidak pun menunaikan haji.

Pada suatu malam, ketika Abdullah tidur, beliau bermimpi dan bertemu dengan Rasullah SAW, "Hai Abdullah, Allah SWT menerima sedekahmu. Kemudian Dia menyuruh seorang Malaikat menyerupainya untuk menggantikanmu melaksanakan ibadah haji."

Begitulah kisah benar yang menjadi mashyur dikalangan ahli ulama mengenai peristiwa Haji. Amir yang mendengar didalam kereta pun tiba2 rasa sebak dengan kisah ini.

Semoga kita semua akan menjadi tetamu Allah suatu hari nanti dan mulakan pasang niat dari sekarang. Insyaallah, niat kita akan tertunai juga dengan izin Allah.

Post a Comment

0 Comments