Pentingnya Menuntut Ilmu

Kesedaran secara serius Amir menuntut ilmu bukannya datang masa belajar di Universiti. Dulu belajar sebab nak score exam & dapat markah yang tinggi.

Masa itu, Amir sendiri tidak nampak kepentingan ilmu itu kerana rasa macam tak relevant jer ilmu yang dibelajar ketika itu untuk kerja nanti. Yups, hakikatnya macam itu sebab dulu belajar IT tapi kerja sebagai Executive Human Resource. 

Kesedaran tentang ilmu ini hadir disaat umur Amir hampir mencecah 30 tahun selepas hadir ke Seminar Azizi Ali kerana terkejut bila dengar beliau boleh baca 3 buku serentak dalam 1 hari. Bila Amir lihat video Irfan Khairi pun, dia rekemen kita baca buku at least 1 buku untuk 1 minggu. Baca buku juga ikut apa yang relevant dengan impian kita atau bisnes kita ini. Alhamdulillah, dengan kesedaran ini..Amir mula sedar tentang kepentingan ilmu ini.

Semoga kita menjadi golongan yang suka belajar ilmu, berkongsi ilmu, manfaatkan ilmu dan juga mencari ilmu akhirat & dunia

Post a Comment

0 Comments