Sejarah Penubuhan Public Gold

Hari ni, Amir nak berkongsikan sejarah berkaitan dengan company Public Gold supaya anda tahu bagaimana ia bermula dan juga cara operasinya. Ia adalah salah satu cara bagi kita yakin dengan sesuatu product tersebut apabila kita tahu sejarah mereka. 

Public Gold atau nama penuhnya Public Fine Gold International Sdn Bhd sememangnya diyakini oleh pelabur dan pembeli emas dan perak.

Public Gold adalah syarikat pengilang dan pedagang (jual beli) tempatan yang telah mendapat kelulusan Bank Negara Malaysia (BNM) dan produknya iaitu terdiri dari jongkong emas dan jongkong perak telah pun diiktiraf oleh Malaysia Book Of Record sejak awal penubuhannya lagi iaitu pada tahun 2008. Pengiktirafan ini merupakan yang pertama kepada syarikat pengeluar dan pedagang jongkong emas dan perak tempatan. Pada peringkat permulaan, perniagaan Public Gold hanya tertumpu di Pulau Pinang dan kawasan utara Semenanjung Malaysia sahaja.

Pengiktirafan Jonkong Emas Public Gold oleh Malaysia Book Of Record
Pengiktirafan Jongkong Perak Oleh Malaysia Book Of Record

Kini, Public Gold berkembang pesat dan mempunyai beberapa cawangan di seluruh negara bagi memudahkan dealer-dealer mengambil stok emas dan perak. Public Gold juga mempunyai anak syarikat iaitu Public Dinar yang mengeluarkan syiling Dinar Emas dan Public Jewellery yang mengeluarkan barang-barang kemas investment series (atau i-series).

Dengan perkembangan pesat dan kepercayaan para penyimpan dan pelabur emas, Public Gold kini telah mempunyai wismanya sendiri yang dipanggil Wisma Public Gold di Kawasan Perindustrian Bayan Lepas yang menggabungkan kilang emas dan perak serta Ibu Pejabat Public Gold dan anak syarikat dalam satu bangunan di kawasan yang sama. Ia telah dirasmikan oleh Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah pada 15 Mac 2012 yang lalu.
Perasmian oleh pemimpin tertinggi negara oleh Ke Bawah Duli Permaisuri Agong tersebut menunjukkan bahawa Public Gold telah diberi pengiktirafan yang amat besar dalam sejarah kegemilangan emas dan perak yang menunjukkan keyakinan yang sangat tinggi oleh pelabur dan peminat-peminat emas dan perak.

Sebenarnya Public Gold sebagai pengilang, pengeluar dan pedagang (jual beli) emas telah pun diiktiraf oleh pemimpin negara sejak awal penubuhannya lagi. Dengan adanya kilang sendiri, Public Gold dapat menjual emas dan perak keluarannya pada harga yang lebih rendah kerana kos pengeluarannya tidak bergantung kepada pihak ketiga.

Mantan Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad sangat menggalakkan rakyat Malaysia menyimpan emas.

'Matawang hanyalah sehelai kertas yang digunakan untuk mewakili nilai tertentu tetapi bukan mewakili nilai sebenar (intrinsic value) namun emas boleh mewakili nilai sebenar kerana ia sebuah logam berharga di seluruh dunia" katanya dalam satu sidang akhbar.
Beliau juga adalah seorang pemimpin yang berwawasan dan berpandangan jauh terhadap simpanan dan pelaburan emas dan perak yang pada asalnya adalah matawang sebenar bagi umat Islam sehingga beliau pernah menggelar matawang Dollar Amerika sebagai tisu tandas yang tiada nilai

Post a Comment

0 Comments